"Arghh !! Kenapa ibu dan abah nak aku jadi girlfriend Airil? Aku baru 16 tahun kot.. buat apa nak bercinta pulak? Ermm", ujar Asya sendirian di dalam biliknya.
Tokk tokk !!
"Asya.. Asya.. abang ni.. Boleh tak abang masuk?", soal Afiq dari luar pintu bilik Asya. "Masuklah"
Segera dia masuk dan terlihat Asya sedang berbaring dan berselimut di atas katil.
"Asya.. dari tadi Asya tak makan lagi. Jom turun. Kita makan sama-sama", pujuk Afiq sambil mengusap rambut Asya. Risau sebab adiknya tak makan dari tadi lepas tahu permintaan ibu bapa mereka.
"Abang pergilah makan dulu. Asya tak ada selera nak makanlah", lantas Asya duduk bersila di atas katil dan menghadap abangnya.
"Hmm, ye lah. Abang pun tak nak makan. Kalau Asya nak makan, Asya panggil abang, okay? Abang nak temankan Asya makan", sambung Afiq.
"Ermm, okay"
"Asya.. Asya marah kat ibu dan abah ke pasal permintaan diaorang tu?", soal Afiq.
"Tak marah. Tapi sedihlah sebab Asya ni terlalu muda untuk semua tu, abang. Asya ni baru 16 tahun kot. Form 4. Ermm"
"Ermm.. Asya, Asya tahukan.. semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak diaorang. Abang yakin, permintaan diaorang adalah yang terbaik untuk Asya", Afiq cuba untuk memujuk adiknya supaya menerima permintaan ibu bapanya.
"Lagipun, apa salahnya kalau Asya jadi girlfriend Airil. Airil tu handsome, baik orangnya. Sesuai dengan Asya. Abang pun suka kalau Asya bercinta dengan kawan baik abang sendiri", sambung Afiq.
"Asya tahu, tapi.."
"Shhh, dah. Asya, 16 tahun, Airil, 17 tahun. Tak salah kalau korang berdua bercinta. Okay apa kalau korang bercinta masa umur macam ni, kalau orang lain, ada yang dah kahwin tau", sambung Afiq lagi.
"Ye lah, abang ku", balas Asya.
"So? Macam mana? Asya terima tak permintaan ibu dan abah?", soal Afiq.
Asya mengeluh perlahan. "Tak tahulah, abang. Boleh tak bagi Asya masa nak fikirkan pasal permintaam ibu dan abah tu?".
"Okay, boleh. Nanti abang bagitahu ibu dan abah. Tapi jangan lama-lama sangat tau", Afiq mengingatkan. Asya hanya mengangguk.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Keesokan harinya..
Asya berjalan sendirian menuju ke kelasnya. Tiba-tiba dia terlihat Izwan yang berjalan di hadapannya.
'Izwan? Hmm, dah sampai masanya aku kena bagitahu jawapan aku tentang lamaran dia dulu', getus hatinya.
"Izwan!", panggilnya.
Izwan menoleh ke arah empunya suara tersebut. 'Asya?', pantas dia menghentikan langkahnya.
Asya menghampiri Izwan. "Good morning, Izwan. Errr, saya nak jumpa awak masa rehat nanti boleh?".
"Good morning too, Asya. Okay, boleh je. Tapi kat mana?".
"Kat pondok sebelah kantin. Boleh?".
"Okay, boleh. Dah alang-alang kita terjumpa kat sini, jom lah jalan ke kelas sama-sama", ajak Izwan.
"Okay, jom".
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Suasana kelas 4 Sains 1 agak bising sikit kerana Cikgu Khairul tidak masuk ke kelas disebabkan ada mesyuarat untuk guru-guru. Asya termenung sendirian di tempat duduknya manakala Aina pula sedang khusyuk menyiapkan latihan Sejarah.
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Roman d'amour"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...