Pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Asya menoleh ke arah pintu tersebut.
"Wahh, cantiknya kau Asya! Eeee, geramnya. Cantik duhh", puji Aina. Overnya.
"Thank you Aina. Dah lama sampai?"
"Hehe, tak lah. Baru je sampai. Asya, siapa yang makeup kan kau ni? Cantik lah", Aina membetulkan tudung yang dipakai oleh Asya.
"Ni semua hasil kerja Kak Farhana tau. Hebat kan dia?", Asya menjungkitkan kening.
Terlopong mulut Aina. "Kak Farhana? Wahh, hebat lah dia. Aku tak tahu pulak yang dia pandai bab-bab mencantikkan diri ni"
"Haa, tu lah kau tak tahu. Dan InshaAllah dia akan jadi kakak ipar aku", selamba Asya tersengih.
Aina terkejut. "Hah?! Serius? Dia girlfriend abang kau ke?"
"Hahaha, tak lah. Bukan apa, kak Hana tu cantik, baik orangnya. Dia kan classmate abang aku. Aku rasa, dia tu sesuai dengan abang aku. Sepadan sangat", ujar Asya.
"Ouhh. Hahaha, okay okay. Kan, aku pun setuju kalau dia jadi girlfriend abang kau. Sesuai sangat", Aina tersenyum.
"Aku terima nikahnya Asya Syafiera Binti Mohd Shahrul dengan mas kahwin seratus ringgit tunai"
"Sah?"
"Sah.. Sah.."
"Alhamdulillah.."
Mereka menadah tangan untuk membaca doa. Akhirnya, dengan sekali lafaz, Asya sah bergelar isteri kepada Airil.
Airil bangun dan melutut di hadapan Asya. Asya memandang Airil dengan sebuah senyuman. Airil tersenyum lalu mengambil cincin yang dihulur oleh Puan Tengku Marliana dan menyarungkan cincin itu ke jari manis Asya.
Kemudian giliran Asya pula menyarungkan cincin. Dia mengambil cincin yang dihulur oleh Puan Tengku Marliana dan menyarungkannya ke jari Airil. Lalu Airil mencium dahi Asya dan Asya menyalam tangan suaminya.
Setelah selesai acara menyarungkan cincin, acara bergambar pula diadakan.
Asya dan Airil sibuk melayan tetamu. Ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. Termasuklah saudara-mara, rakan-rakan ibu bapa mereka, jiran-jiran, guru-guru dan rakan-rakan mereka.
"Tahniah, bro. Dah jadi suami orang dah", ucap Irham dan rakan-rakan yang lain. Asya agak terkedu melihat Izwan yang berdiri di sebelah Irham.
"Hahaha, thank you guys. Haa, majlis bersanding aku esok. Korang semua jangan tak datang pulak erk?", pesan Airil.
"Hahaha, of course lah kitaorang datang. Jangan risau lah bro", balas Irham.
"Hahaha, okay bro", jawab Airil. "Tahniah, Asya. Untung Airil dapat Asya", Irham tersenyum.
"Hehe, btw thank you Irham, Izwan sebab korang sudi datang", ucap Asya. "Haha, okay Asya", balas Irham. Izwan hanya diam dan tersenyum.
"Tahniah Asya, Airil", ucap Aina dan Farhana. "Thank you Aina, kak Hana", ucap Asya.
"Tahniah Asya, Airil. Haa, kau dah jadi adik ipar aku, bro", ucap Afiq. "Hahaha, thank you bro", balas Airil. "Thank you, abang", balas Asya pula.
Tepat jam pukul 8.30 malam, Airil memberhentikan keretanya di parkir kereta halaman rumahnya.
Dia menoleh Asya yang sedang lena di sebelahnya. Dia tersenyum sendirian kerana teringat kata-kata Asya sebelum bertolak pulang..
"Kereta? Awak pandai memandu ke? Mana motosikal awak?", soal Asya yang kebingungan.
"Ye. Kereta. Motosikal saya ada kat rumah. Saya pandai memandu. Cuma tak ada lesen je. Kenapa? Sayang tak percaya?", soal Airil.
"Errr, okay. Ehh.. percaya. Saya percaya. Saya terkejut sikit sebab awak tak pernah bagitahu saya pun yang awak pandai memandu"
"Hahaha, surprise.. Saya sengaja tak bagitahu awak sebab nak bagi surprise sikit kat awak. Saya dah start belajar memandu dari tahun lepas. Ayahanda yang ajar saya. InshaAllah, akhir tahun ni, saya buat lesen memandu", ujar Airil.
"Ouhh. Hehe, okay. Kira okay lah awak pandai bawak motosikal. Pandai memandu", balas Asya. Airil hanya tersenyum.
'Kesian isteri aku ni.. Penat sangat sampai tertidur. Nak kejutkan dia ke tak erk? Hmm', fikir Airil sambil merenung Asya.
"Sayang.. bangun sayang.. Kita dah sampai depan rumah ni", Airil mengusap lembut pipi Asya.
"Errr, dah sampai?", soal Asya lalu mengosok-gosok matanya.
"Dah sampai dah. Jom masuk. Esok ada majlis lagi", balas Airil lalu keluar dari kereta dan segera membukakan pintu untuk Asya.
Mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu.
"Haa, Airil, kenapa dengan Asya? Pening kepala ke?", soal Puan Tengku Marliana yang sedang berehat bersama suaminya di ruang tamu itu.
"Tak ada pape bonda. Asya mengantuk je ni. Tertidur tadi", Asya kelihatan agak keletihan. "Kitaorang naik dulu ye bonda, ayahanda", pinta Airil.
"Haa, ye lah", jawab Puan Tengku Marliana. Encik Tengku Hazrul hanya mengangguk.
"Ni lah bilik kita, bonda dan Cik Lin dah siapkan untuk kita", lalu Airil memulas tombol pintu bilik tersebut.
"Wahh, cantiknya..", puji Asya yang teruja melihat suasana bilik itu yang telah dihias cantik untuk dia dan Airil. Lalu dia duduk di atas katil. Hilang ngantuknya selepas melihat sekeliling bilik itu.
Airil meletakkan beg pakaian milik Asya di sebelah almari. Kemudian dia melangkah ke katil dan duduk di sebelah Asya.
"Suka tak bilik ni?", soal Airil. "Suka, suka", Asya tersenyum. Asya agak berdebar-debar ketika itu. Melihat Airil yang tersenyum memandangnya.
"Baguslah kalau sayang suka. Dah, lepas ni mandi, sekejap lagi azan Ishak. Kita solat sama-sama", Airil bangun lalu mencapai tuala untuk mandi. Asya hanya diam memerhatikan langkah Airil.
Setelah usai solat Ishak, Asya membuka telekungnya. Airil hanya diam dan memandang Asya yang sedang menyimpan telekung dan sejadah. Lalu dia membuka ikatan rambutnya dan menyikatnya di hadapan meja solek.
Asya memandang Airil yang sedang merenungnya. "Kenapa awak pandang saya macam tu?", Asya tersenyum lalu duduk di sebelah Airil.
"Tak ada pape, saya suka tengok rambut sayang. Tu je", Airil tersengih. "Hahaha, pasal rambut rupanya. Saya ingatkan pasal apalah tadi", Asya tergelak apabila mendengar jawapan Airil itu. Airil hanya tersenyum.
Mereka sedang duduk berehat di atas katil. Airil menoleh Asya yang sedang membaca novel di sebelah.
"Sayang lapar tak?"
Lantas Asya memandang Airil. "Tak. Kenyang lagi ni. Saya dah makan macam-macam makanan tadi. Awak lapar ke?", soal Asya kemudian meneruskan bacaannya.
"Tak jugak. Kenyang lagi ni. Sayang.. boleh saya minta sesuatu tak?", pinta Airil dengan muka manjanya. Kahkahkah..
'Aduhh, dah kenapa Airil ni? Lain macam je. Jangan minta yang bukan-bukan sudah'
"Errr, awak nak apa?", soal Asya. "Saya.. saya nak.. sayang kiss pipi saya. Boleh?"
'Kiss pipi? Ohh Tidak !!'
"Hahaha, kelakarlah awak ni. Mengada-ngada betul", Asya tergelak sambil menutup muka dengan kedua-dua tangannya.
"Kelakar? Saya serius lah sayang. Bolehlah.. Please.. Please"
"Errr, ye lah. Tapi ada satu syarat", balas Asya sambil menunjuk jari telunjuknya. "Okay. Apa syaratnya?"
"Lepas saya kiss pipi awak ni, awak terus tidur okay? Esokkan kena bangun awal", jawab Asya sambil mencucuk-cucuk pipi Airil.
"Hahaha, okay. Baiklah isteriku sayang. Haa, kiss cepat", Airil menunjuk-nunjuk pipinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romansa"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...