Segera Asya mencium pipi Airil. Sekali je. Hahaha !!
"Haa, ciuman pertama dari seorang isteri untuk malam pertama. Hahaha", usik Airil.
"Eee, gatalnya. Errr, menyampah", Asya mencubit lengan Airil. "Aduhh.. Hahaha, saya gatal dengan sayang seorang je"
"Haa, ye lah.. ye lah. Dah, jom tidur", ajak Asya.
"Jom. Good night sayang.. Assalamualaikum", ucap Airil. "Good night.. Waalaikumusalam", balas Asya.
Asya telah siap dengan dress pengantin berwarna 'gold'. Dia kelihatan sangat cantik.
Tokk tokk !!
Aina membuka pintu bilik itu lalu melangkah menuju kepada Asya.
"Wahh !! Cantiknya sahabat aku ni. Dress pengantin ni memang nampak sesuai dengan kau, Asya", puji Aina yang kelihatan anggun dengan dress putih. Hari ni Aina kena jadi pengapit untuk majlis bersanding Asya.
"Hehe, terima kasih sahabatku. Kau pun cantik jugak. Anggun gitu", puji Asya pula.
"Wahh, wahh.. Hahaha, terima kasih. Haa, jomlah kita gerak sekarang. Family kau semua dah ada kat bawah", ajak Aina.
"Sama-sama. Haa, jom. Nanti terlambat pulak", lantas mereka keluar dari bilik dan melangkah turun ke tingkat bawah rumah Airil itu.
Asya dan Airil sedang bersanding di pelamin sambil diapit dengan dua orang pengapit. Siapa lagi kalau bukan Aina dan Irham. Kihkihkih..
Airil memandang Asya di sebelahnya. 'Cantiknya isteri aku ni. Tergugat iman aku bila tengok dia. Hahaha !', Airil tersenyum.
Majlis bersanding mereka diadakan di Grand Bluewave Hotel. Bertemakan Inggeris dan warna tema 'gold', majlis itu kelihatan sungguh meriah. Keluarga Asya dan Airil lengkap berpakaian berwarna putih termasuk Aina, Irham, Izwan dan Farhana. Ramai juga tetamu yang hadir.
Acara bergambar pula diadakan. Bergambar bersama keluarga, saudara-mara, guru-guru dan rakan-rakan.
"Asya, Airil, jom kita Wefie", ajak Afiq. "Jom jom", jawab Farhana. "Nak jugak", pinta Aina. "Aku pun nak", pinta Irham pula. Aduhh, macam-macam ragam. Kahkah !! Asya dan Airil hanya diam dan tersenyum melihat gelagat Afiq dan yang lain.
"Asya, Asya dah sah jadi isteri Airil. Asya kena ikut Airil duduk kat rumah family dia. Asya kena dengar cakap Airil, tak boleh melawan. Kalau nak keluar, minta izin Airil dulu. Asya boleh balik ke rumah bila-bila masa je. Pintu rumah kita selalu terbuka untuk Asya. Walaupun Asya dah jadi seorang isteri, Asya tetap kena tumpukan perhatian kepada pelajaran jugak. Ibu dan abah nak Asya kahwin dengan Airil ada sebab. Satu hari nanti Asya akan tahu jugak apa sebabnya. Ingat pesan ibu ni", pesan Puan Nora.
Asya termenung sendirian di balkoni biliknya. Teringat pesan ibunya ketika hari perkahwinannya.
Airil yang muncul dari ruang tamu segera memulas pintu bilik lalu melangkah masuk. Dia terlihat Asya sedang bersendirian di balikoni.
"Sayang, kenapa termenung? Tak nak tidur? Esok kan sekolah", tegur Airil yang berdiri di sebelah Asya. "Tak ngantuk lagi. Biyy dah ngantuk ke?"
'Biyy?! Aku salah dengar ke ni? Hahaha, Asya panggil aku 'Biyy'?!', Airil agak terkejut lalu menoleh Asya.
"Sayang panggil saya apa tadi? Biyy?", Airil tidak menjawab soalan Asya.
'Hah? Biyy? Aku panggil dia 'Biyy' ke tadi?', fikir Asya yang kekeliruan.
"Mana ada. Awak salah dengar kot", Asya tersengih.
"Ehh, tak, tak. Saya dengar sayang panggil saya 'Biyy' tadi. Tak baik tipu", Airil mencuit hidung Asya.
"Hehe, ye lah. Saya panggil awak 'Biyy' tadi. Kenapa? Tak boleh ke?", Asya mencebik.
"Hahaha, mestilah boleh sayang. Saya suka dengan panggilan tu. Lepas ni sayang panggil saya 'Biyy' je erk", Airil tersenyum nakal.
"Hahaha, ye lah, ye lah", Asya tersenyum.
Cikgu Aisyah melangkah masuk ke kelas 4 Sains 1. Diikuti oleh seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali.
'Siapa pulak tu? Student baru ke?', fikir Asya sambil memerhatikan perwatakan pelajar perempuan itu.
Orangnya agak cantik, nampak kemas dengan baju kurung sekolah dan rambut yang ikal paras bahu diikat rapi.
"Bangun !!", laung Amir. "Selamat pagi cikgu !", ucapan diberi oleh semua pelajar kelas 4 Sains 1.
"Selamat pagi semua, sila duduk. Hari ni kita ada student baru. Damia, sila kenalkan diri kamu", ujar Cikgu Aisyah.
"Okay, cikgu. Hai semua, nama saya Tengku Damia Qaisara binti Tengku Hafizi. Boleh panggil saya Damia. Selamat berkenalan", Damia memperkenalkan dirinya.
'Tengku? Sama macam Airil. Nama ayah dia pun lebih kurang sama dengan nama bapa mertua aku. Tengku Damia Qaisara binti Tengku Hafizi. Ishh, merepek je lah kau ni Asya. Kebetulan je kot. Hmm', fikir Asya.
"Damia, kamu boleh duduk di situ.. sebelah Sarah", arah Cikgu Aisyah setelah terlihat sebuah tempat duduk yang kosong. Tempat duduk itu milik Intan sebenarnya tetapi dia telah berpindah sekolah.
"Baiklah, cikgu", lantas Damia melangkah ke tempat duduknya.
Dia tersenyum kepada Sarah lalu meletakkan beg di atas kerusi. Sarah hanya diam dan membalas senyuman Damia.
"Hai, Damia. Nama aku Sarah Ayuni binti Fauzi. Panggil je Sarah. Selamat berkenalan", Sarah memperkenalkan diri.
"Hai, Sarah. Selamat berkenalan jugak", Damia tersenyum.
"Asya, asal nama dia lebih kurang sama dengan Airil erk?", bisik Aina.
"Entahlah. Aku pun tertanya-tanya jugak ni. Kebetulan je kot", bisik Asya pula.
Di kantin..
Damia membayar makanan yang dibelinya. Ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh tetapi dia tidak perasan.
'Damia? Ye, aku yakin dia tu Damia. Tapi bila masa pulak dia pindah kat sini?', fikir Airil. Terkejut apabila terlihat Damia bersekolah di sini.
"Airil, kau pandang siapa tu?", tegur Afiq yang sedang menikmati nasi lemak.
"Ehh? Errr, tak ada lah", lalu Airil menyuap nasi gorengnya.
"Sayang, buat apa tu? Study ke buat homework?", sapa Airil lalu duduk di sebelah Asya yang sedang sibuk menulis di halaman rumahnya.
"Buat homework Biologi ni. Nak kena hantar esok. Biyy tak ada homework ke?", Asya meletakkan pen birunya.
"Ouhh. Ada. Biyy dah siapkan kat sekolah tadi. Kenapa sayang tak buat homework kat bilik?", soal Airil yang sedang membelek buku teks Biologi milik Asya.
"Bestnya homework dah siap. Saja nak buat homework kat sini. Boleh ambik angin sikit", balas Asya.
"Ye tak ye jugak. Hehe, okay okay", Airil tersengih. "Ouhh ye biyy, saya ada classmate baru. Baru masuk hari ni", ujar Asya lalu menyambung kerjanya.
"Classmate baru? Lelaki ke perempuan?"
"Perempuan", jawab Asya sepatah.
'Perempuan? Jangan-jangan..', fikir Airil lalu memandang Asya di sebelah.
"Nama dia Tengku Damia Qaisara binti Tengku Hafizi. Cantik nama dia kan, biyy? Orangnya pun cantik", sambung Asya.
'Tengku Damia Qaisara binti Tengku Hafizi? Damia? Aduhh, habislah aku kalau Asya tahu siapa dia sebenarnya', fikir Airil.
"Biyy? Kenapa diam je ni?", tegur Asya sambil mencuit tangan Airil. Bingung melihat Airil tidak memberi apa-apa respon.
"Ehh? Tak ada pape lah, sayang. So nama panggilan dia apa?"
"Damia. Tapikan biyy, saya peliklah"
"Pelik? Kenapa pulak?"
"Ye lah. Nama dia hampir sama dengan nama biyy. Pelik, pelik"
"Hmm, kebetulan je sayang. Dah, cepat siapkan homework ni. Dah pukul 6.30 dah ni", Airil melihat jam menggunakan handphonenya.
"Hmm, okay okay. Baiklah suamiku yang tersayang",
jawab Asya. Airil hanya tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romansa"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...