Bab 15

8.8K 230 3
                                        

Airil dan keluarganya telah pulang selepas majlis tamat.

"Alhamdulillah. Majlis hari ni berjalan dengan lancar", ucap Encik Shahrul lega.

"Alhamdulillah, abang. Saya dah tak sabar dah ni nak planning untuk persiapan perkahwinan diaorang pulak", sahut Puan Nora.

"Wuuu.. tak sangka adik abang ni dah jadi tunang orang. Tak lama lagi jadi isteri orang pulak", gurau Afiq.

Asya menjulingkan mata ke atas. "Err, abang ni kan. Tunang je pun. Belum sah jadi isteri lagi tau".

Afiq ketawa mengekek. "Ye lah. Abang tahulah. Dah lah, abang nak rehat. Penat. Ibu, abah, Afiq naik dulu. Abang naik dulu ye adikku sayang..". Kakinya mula mengatur melangkah naik ke biliknya.

"Elehh, penatlah konon. Huh", Asya merenung tajam abangnya yang sedang melangkah naik ke tingkat atas.

"Asya, ibu dan abah pun naik jugak. Jangan tidur lambat. Ingat, esok kena bangun awal", pesan Puan Nora. Dia dan suaminya bangkit lalu menuju ke tingkat atas juga.

Tinggallah Asya seorang di ruang tamu rumahnya itu.

"Haihh, esok kena ikut ibu pergi rumah Airil. Malasnya! Boleh tak kalau aku tak payah ikut? Ishhh...", rungut Asya sendiri. Dia bersandar lemah pada sofa. Esok dia akan menemani ibunya ke rumah Airil untuk membincangkan tentang persiapan perkahwinannya.

Asya mengeluarkan handphone untuk melihat notification.

"Wushh! Banyaknya notifications. Insta... Twitter", Asya tekun meneliti satu per satu notifications tersebut.

Dia kemudiannya membuka acc Wechat. Asya membuka moment Wechatnya.

"Fuhh! Ramainya yang like dan comment gambar aku kat Wechat Aina", Asya menekan butang like dan membaca komen-komen yang ada.

'Wahh! Cantiknya Asya dan Aina! Congrats Asya dan Airil!'

'Fuyoo! Asya dah jadi tunang Airil! Abang hot SMK Dusun Nanding. Haha. Btw tahniah korang!'

'Wahh! Nampak serasi Asya dan Airil. Tahniah korang!'

'Sweetlah Asya dan Airil. I kennot! Hehe. Btw congrats! Aina kau cantik lah!'

'Wahh wahh! Tunang dah?? Awalnya. Haha. Jemput aku nanti bila kahwin pulak. Btw tahniah Airil dan Asya'

'Dah agak dah. Semua terkejut. Tak sangka erk aku dah jadi tunang Airil. Hmm. Takpe. Takpe. Kita reply comment diorang dulu'. Laju tangan Asya menaip komennya.

'Hye korang! Thank you banyak-banyak sebab wish untuk aku dan Airil. Kahwin? Hahahaha! Korang tanya lah Airil eh? Jangan tanya aku.'

Asya meng'off'kan handphonenya lalu menatap sekilas jam tangannya.

"Dah pukul 10? Err, baik aku naik lepas tu mandi dan tidur. Penatnya... Ugh", handbag dicapai lalu bangun melangkah naik ke biliknya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Asya membetulkan tudung bawal satin hitamnya. Dia telah siap berpakaian baju kemeja bercorak petak-petak yang berwarna hitam dan merah bersama seluar jeans biru gelap.

Nafasnya dikeluh perlahan. 'Haihh, kalau ikutkan hati aku, memang aku tak nak pergi sebenarnya. Terpaksa je. Demi ibu. K demi ibu. Hmm'.

"Nora, yang ni nampak cantik kan?", tanya Puan Tengku Marliana.

"Ha ah, tapi yang ni pun cantik jugak. Cuba tengok yang ni".

"Ha ah, yang ni pun okay jugak". Puan Tengku Marliana dan Puan Nora sedang sibuk berbincang tentang persiapan perkahwinan Asya dan Airil. Mereka kelihatan teruja.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang