Bab 24

7.3K 229 9
                                        

Asya duduk menunggu bas di perhentian bas yang berdekatan. Kelihatan ramai orang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing.

'Betul ke apa yang Damia cakap tadi? Airil ni playboy ke? Hmm, tak apa. Aku yakin satu hari nanti, aku akan tahu cerita yang sebenarnya', Asya mengeluh.

Hujan turun membasahi bumi. Asya tersedar dari lamunannya lalu melihat ke luar tingkap bas.

'Hujan. Syukur Alhamdulillah. Tapi macam mana aku nak balik nanti? Mesti basah kuyup ni. Aduhh takut demam pulak nanti. Sekarang pun dah pukul 6.45. Ishh, Asya. Asya. Tu lah, dah jalan-jalan tak reti nak tengok jam', fikirnya sambil melihat jam tangannya.

Airil mencuci mukanya lalu terdengar bunyi titisan air hujan di luar.

Dia kemudiannya melangkah ke tingkap balkoninya. 'Hujan. Ya Allah, Asya!', lantas dia mencapai kunci keretanya dan beredar dari biliknya.

"Airil? Nak pergi mana tu? Dah nak Maghrib ni", tegur Puan Tengku Marliana yang sedang bersantai di ruang tamu bersama suaminya.

"Airil nak pergi amik Asya sekejap, bonda. Assalamualaikum", ucap Airil yang sedang tergesa-gesa memakai kasutnya.

"Asya? Haa, ye lah. Waalaikumusalam", Puan Tengku Marliana kehairanan.

"Bila masa pulak Asya keluar?", soal Encik Tengku Hazrul.

"Entahlah, abang"

"Sayang, mana awak ni?", Airil melihat ke kiri dan kanannya. Hujan yang telah membasahi bumi semakin lebat.

Asya turun dari bas lalu duduk seketika di sebuah perhentian bas. Tiada sesiapa di situ.

'Sejuknya. Macam mana aku nak balik ni? Hmm', Asya buntu memikirkan cara untuk pulang ke rumahnya. Nak jalan kaki? Boleh tapi hujan lebat. Nak naik teksi, teksi pulak tak ada.

'Nak mesej Airil tapi aku tak nak menyusahkan dia. Entah-entah dia marah kat aku sebab tak bagitahu dia awal-awal yang aku nak keluar hari ni. Hari pulak makin lama, makin gelap. Macam mana ni? Hmm'

Airil menoleh ke luar tingkap sebelah kirinya dan terlihat Asya yang keseorangan di perhentian bas.

"Asya?", segera dia memberhentikan keretanya lalu mencapai payung di tempat duduk belakang. Dia keluar dari keretanya sambil memegang payung dan berlari anak ke arah Asya.

Asya berdiri dan terkejut melihat Airil yang sedang menuju ke arahnya.

"Sayang!", Airil menyentuh kedua-dua belah pipi Asya yang kesejukan.

"Biyy..", air mata Asya mula menitis. Dia memeluk Airil yang berdiri di hadapannya.

"Dah.. Shhh.. Jangan menangis. Jom, kita balik", Airil memimpin Asya ke keretanya.

Airil masuk ke biliknya sambil membawa sedikit makanan dan ubat untuk Asya.

"Sayang, bangun. Makan sikit pastu makan ubat ni", Airil mengejutkan isterinya.

"Tak nak. Saya tak ada seleralah", jawab Asya. Airil meletakkan tapak tangannya pada dahi Asya. Agak panas.

"Janganlah degil, sayang. Badan sayang panas ni. Makan bubur ni sikit pastu makan ubat demam ni", Airil menyuakan sesudu bubur kepada Asya.

Asya terpaksa akur. Dia mengangakan mulutnya. Airil tersenyum lalu menyuapkan bubur ke mulut Asya.

"Alolorr, manjanya isteri abang yang comel ni", usik Airil. 'Aikk? Abang? Kahkahkah!', Asya tersenyum.

'Aku tak rasa yang cerita Damia tadi tu betul. Tak mungkin Airil ni lelaki yang macam tu', fikirnya.

"Kenapa sayang pandang saya macam tu? Saya tahulah saya ni handsome", Airil tersengih. "Eh eh? Perasannya", Asya menjeling suaminya.

"Tak nak mengaku erk. Okay, tak apa", usik Airil lagi. "Hahaha, tak ada pape lah. Cuma saya rasa pelik sikit", jawab Asya.

"Pelik? Sebab?"

"Sebab saya terdengar ada orang tu kan, tiba-tiba gelarkan diri dia 'abang'. Haha", Asya pula yang tersengih.

"Hahaha sebab tu rupanya. Okay tak panggilan 'abang' tu?", soal Airil. "Eh, okay je. So mana satu saya nak panggil awak ni? Biyy atau abang?", soal Asya pula.

"Haa, saya nak awak panggil saya guna dua-dua nama gelaran tu. Boleh?", usik Airil.

"Okay. Boleh je", mereka sama-sama tersenyum.

"Ouhh ye, kenapa sayang pergi Mid petang tadi? Jumpa siapa? Dan kenapa sayang tak bagitahu saya awal-awal?", soal Airil lalu memberikan ubat dan segelas air kepada Asya.

'Alamak! Apa aku nak jawab ni? Takkan lah aku nak bagitahu dia yang aku jumpa Damia tadi? Errr', fikir Asya.

"Em, saya pergi Mid tadi sebab saja jalan-jalan. Sorang je. Saya bosan petang tadi. Saya nak bagitahu awak tadi tapi terlupa. Saya tak sampai hati nak kejutkan awak. Awak tidur lena tadi. Maafkan Asya ye, abang?", jawab Asya. Rasa bersalah sebab tak bagitahu Airil tadi.

"Hm, abang maafkan Asya. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Abang risau tau tadi. Lepas bangun, tengok-tengok Asya tak ada. Dah lah hujan lebat tadi. Kalau apa-apa jadi kat Asya tadi macam mana?", soal Airil.

"Hmm, okay. Asya janji Asya takkan buat macam tu lagi", balas Asya dengan muka manjanya.

"Okay, abang pegang janji Asya tu"

Asya tersenyum. 'Maafkan saya, Airil. Saya terpaksa tipu awak', fikirnya.

"Haa! Asyik termenung je kau ni, Asya", tegur Aina.

"Ishh, kau ni. Terkejut aku"

"Hehe, sorry. Haa, kau tak jawab soalan aku lagi. Dari hari tu lagi aku tanya. Airil kenal perempuan jahat tu ke?", soal Aina.

"Hmm, bukan setakat kenal je. Diorang tu cousin sebenarnya", balas Asya. "Hah? Cousin? Kau biar betul?", kelihatan Aina tak percaya.

"Betul lah. Airil sendiri yang bagitahu aku. Dia cerita kat aku pasal Damia tu. Dia cakap Damia tu suka kat dia", ujar Asya.

"Ouhh, patutlah aku tengok Damia tu macam tak suka kat kau. Rupa-rupanya, dia dah tahu yang kau ni isteri Airil", balas Aina. Asya diam tanpa sebarang kata.

"Aina, sebenarnya ada sesuatu aku nak bagitahu kat kau. Tapi Airil tak tahu pasal ni", Asya ingin menceritakan kepada Aina tentang kelmarin.

"Okay, apa dia?"

"Kelmarin aku pergi Mid. Damia nak jumpa aku" "Hah?! Kenapa dia nak jumpa kau?"

"Dia nak minta maaf kat aku pasal hari tu. Dia cakap dia tiba-tiba rasa sakit hati kat aku", jelas Asya.

"Dah tu? Kau maafkan dia?"

"Ha ah, aku malas nak besar-besarkan masalah ni. Aku rasa lebih baik aku maafkan dia je. Dan ada satu hal lagi dia cakap kat aku hari tu"

"Ermm, dia cakap apa?"

"Dia cakap Airil tu playboy", sambung Asya.

"Playboy? Ishh, kau janganlah percayakan Damia tu. Entah-entah dia saja je cakap macam tu. Tak mungkin Airil macam tu", omel Aina lalu mengemaskan buku-buku di dalam laci mejanya.

"Aku pun tak percaya jugak cakap Damia tu. Tapi entahlah", Asya buntu. "Dah, yang penting sekarang ni, kau jangan percaya kata-kata Damia. Sepatutnya kau kena percayakan Airil. Bukan Damia tu", jawab Aina. Asya hanya diam dan mengangguk.

Ya, Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang