Asya dan Aina berjalan beriringan menuju ke kelas selepas menghantar buku-buku ke meja Cikgu Kamal.
"Eee !! Aku geram betul lah dengan Damia tu. Apa masalah dia sebenarnya? Tiba-tiba je dia langgar kau tadi", kelihatan Aina tidak puas hati.
"Hmm, entahlah Aina. Aku pun tak tahulah kenapa dengan Damia tu", jawab Asya yang kekeliruan.
"Hmm, apa-apa pun kau kena berhati-hati, Asya. Bukan apa, aku takut je kalau Damia tu ada niat yang tak baik kat kau", pesan Aina.
"Baiklah sahabatku. Kau jangan risau lah. Aku akan sentiasa berhati-hati", Asya tersenyum.
"Hmm, ye lah", Aina membalas senyuman Asya.
Knock !! Knock !!
Azzim membuka pintu bilik Azril. Kelihatan Azril sedang sibuk menaip menggunakan laptopnya.
"Angah, buat apa tu?", tegur Azzim.
"Tengah cari maklumat kat Internet ni. Untuk homework", jawab Azril yang sedang tekun menatap laptopnya.
"Ouhh. Ermm, Angah, Achik ada something nak bagitahu ni", Azzim memulakan ceritanya. Kedengaran agak serius.
"Apa dia?"
"Angah tahu tak yang Damia baru masuk ke sekolah kita?"
"Hah? Ehh, janganlah merepek, Achik. Damia kan kat Singapura sekarang", Azril memandang Azzim sekilas lalu menyambung kerjanya.
"Betul lah. Achik tak merepeklah. Achik sendiri ternampak Damia kat sekolah pagi tadi. Damia dan family dia dah balik sini. Diorang pindah ke sini", ujar Azzim sambil membelek buku latihan Azril.
"Serius? Achik nampak dia kat mana?"
"Hmm, kat koridor kelas Achik. Achik ternampak dia dan seorang perempuan lalu kat koridor kelas Achik. And Achik rasa Achik kenal perempuan yang jalan kat sebelah Damia tu. Kalau tak silap Achik lah, perempuan tu classmate kak Asya", sambung Azzim lagi.
"Errr, jangan-jangan.. Damia classmate kak Asya?", teka Azril.
"Yang tu Achik tak sure lah. Tapi kalau betul lah Damia classmate kak Asya, Achik risaulah kalau dia ganggu kak Asya bila dia dah tahu pasal status Along", luah Azzim. Risau.
"Ye tak ye jugak. Ishh, Angah tak nak hubungan Along dan kak Asya renggang sebab perempuan jahat tu. Tapi Along dah tahu ke yang Damia dah balik sini?", Azril memberhentikan kerjanya.
"Hmm, Achik pun sama, Angah. Entahlah, maybe Along tahu. Kot"
"Ermm.."
"Okaylah, Achik masuk bilik dulu", pinta Azzim. Azril hanya mengangguk.
"Asya, kau terjatuh erk semalam? Okay tak? Ada luka-luka tak?", tegur Najwa yang baru tiba.
Lantas Asya mendongak memandang Najwa.
'Aikk? Macam mana Najwa tahu yang aku jatuh semalam? Dia kan tak hadir semalam?', Asya kehairanan. Dia menoleh Aina di sebelah. Aina menjongket bahu. Tanda tidak tahu.
"Asya, jawablah. Janganlah diam macam ni", rengek Najwa sambil menepuk-nepuk tangan Asya.
"Kenapa Najwa?", tegur Izwan yang berada di tempat duduknya di belakang Asya. Amir yang berada di sebelah Izwan juga memandang Najwa.
"Asya jatuh semalam. Syuhadah yang bagitahu aku pasal semalam. Asya, betul ke Damia yang langgar kau sampai kau terjatuh?", soal Najwa lagi.
"Errr..", Asya agak gugup hendak menjawab soalan Najwa.
"Damia? Dia langgar kau, Asya? Betul ke?", soal Amir. "Aina, betul ke Damia yang langgar Asya?", soal Izwan pula.
Aina hanya diam dan tidak mahu menjawab soalan Izwan. Dia memandang Asya di sebelah. Mahu Asya yang menjawab soalan-soalan rakan-rakannya.
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romantizm"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...