Bab 45

11.6K 194 51
                                    

Asya menghirup air Milonya sambil berehat di halaman rumah. Dia tersenyum sendirian apabila teringatkan peperangan bantal antara dia dan Airil malam tadi.

Kebetulan Puan Nora sedang menuju ke dapur tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat Asya di halaman rumah. "Kenapa dia senyum sorang-sorang pulak tu?", langkahnya diatur menuju kepada Asya.

"Asya? Kenapa senyum sorang-sorang ni?", tegurnya.

"Eh? Err, ibu. Tak ada pape. Asya cuma teringat peperangan Asya dengan Airil malam tadi. Hehe"

"Peperangan? Peperangan apa?"

"Peperangan bantal. Hah, bantal. Hee"

"Ouhh. Hmm, alang-alang Asya dah ada kat sini, ibu nak bagitahu sesuatu kat Asya", tutur Puan Nora.

"Pasal apa, ibu?"

"Asya ingat tak dulu ibu pernah cakap kat Asya yang ibu akan bagitahu sebab apa ibu dan abah nak Asya kahwin dengan Airil?"

"Emm, ingat"

"So sekarang ibu nak bagitahu Asya sebab apa ibu dan abah nak Asya kahwin dengan Airil", Puan Nora memulakan bicara.

"Sebab apa, ibu?"

"Sebab kita terhutang budi dengan ibu bapa mertua Asya"

"Kita ada terhutang budi kat diorang?"

"Ye, sayang. 8 tahun dulu, syarikat abah hampir muflis sebab ada seorang pekerja abah cuba khianat syarikat. Tapi nasib baik bapa mertua Asya sudi tolong pulihkan syarikat abah. Abah pun tak tahu macam mana nak balas budi baik bapa mertua Asya. Bila abah tengok dia dan isteri dia macam berkenan sangat kat Asya, terus abah buat keputusan untuk kahwinkan Asya dengan Airil. Ibu harap Asya tak marah kami dan boleh terima perkahwinan ni", tutur Puan Nora sayu.

Asya hanya mendiamkan diri lalu memandang wajah sayu ibunya.

"Lagipun ibu dan abah suka kalau ada menantu macam Airil. Dia baik, penyayang, hormat orang tua dan kami yakin yang dia mampu jaga dan bimbing Asya", sambung Puan Nora lagi.

"Asya tak marah ibu dan abah kan?", tanyanya.

Asya mengukir senyum. "Asya tahu ibu dan abah nak yang terbaik untuk Asya, masa depan Asya. Sejujurnya, Asya sukar nak terima perkahwinan ni tapi sekarang ni, Asya sedar perkahwinan ni adalah yang terbaik untuk Asya"

Puan Nora tersenyum. "Alhamdulillah.. Lega hati ibu bila dengar Asya cakap macam tu. Ibu minta maaf ye sebab ibu dan abah paksa Asya untuk kahwin dengan Airil", ucapnya sayu.

"Tak apa, ibu. Bukan salah ibu dan abah", Asya memeluk ibunya. Puan Nora mencium dahi anaknya lalu mereka melepaskan pelukan.

"Jom ikut ibu ke dapur"

"Ibu nak masak apa?"

"Hari ni ibu nak buat kek keju. Asya nak tolong ibu tak?"

"Wah! Eh mestilah nak. Hehe, jom ibu. Asya dah lapar ni", Asya mencapai tangan ibunya lalu masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur.

"Lapar? Bukan tadi kita dah lunch ke?", usik Puan Nora sambil mencuit pipi Asya.

"Tapi Asya dah lapar balik sebab ibu cakap pasal kek tadi", Asya tersengih.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Airil melangkah keluar dari tandas. Dia bersendirian di tandas setelah selesai solat Zohor di surau. Dia duduk di sebuah bangku yang terletak di luar pintu tandas. Beg sekolahnya diletakkan di sebelah lalu dia membetulkan kolar uniform KRS. Eh lupa nak bagitahu, Airil ni ahli Kadet Remaja Sekolah tau. Asya pulak? Asya pun sama jugak. Ngee. 😆

Ya, Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now