"Tak ! I tak percaya. Baik you berambus sekarang. Sekejap lagi kawan-kawan i sampai. Berambus !", Airil geram melihat Damia di hadapannya. Sukar untuk mempercayai kata-kata gadis itu.
"Terpulanglah pada you nak percaya ke tak. I tak nak you menyesal je nanti. Isteri you tu bukan sebaik yang you sangkakan", Damia tersenyum sinis lalu bangun dan beredar dari situ.
Airil hanya diam dan menjeling Damia yang telah keluar dari cafe tersebut.
Ting Tong ~
Ting Tong ~"Siapa pulak tu?", soal Encik Shahrul. "Entahlah, abang", Puan Nora bangun dan melangkah ke pintu.
"Assalamulaikum", Asya tersenyum. Dia menyalam tangan ibunya lalu mencium pipi dan memeluk erat ratu hatinya itu. "Waalaikumusalam. Ya Allah, Asya ! Kenapa tak bagitahu ibu dulu kalau nak datang?", soal Puan Nora. Mereka melepaskan pelukan.
"Hehe, surprise ! Asya saja je nak bagi surprise untuk ibu dan abah. Nah, ibu. Asya belikan kek favourite ibu dan abah. Red velvet cheese cake", Asya tersenyum lalu menyerahkan bungkusan plastik yang berisi sebiji kek kegemaran ibu bapanya itu.
"Ye? Wahh, terima kasih sayang. Dah lama ibu tak makan kek ni. Nak buat tapi tak ada masa. Dah, jom masuk. Abah ada kat ruang tamu tengah tengok tv"
"Hehe, sama-sama ibu. Jom", Asya memaut tangan ibunya dan berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.
"Assalamualaikum, abah. Abah sihat?", sapa Asya lalu menyalam tangan abahnya. "Waalaikumusalam.. Asya, Asya, kenapa datang tak bagitahu dulu? Abah sihat je. Asya pulak? Macam mana pening kepala tu? Sampai pengsan", balas Encik Shahrul.
'Mesti ibu bagitahu abah ni', fikirnya. Dia menoleh kepada ibunya. Puan Nora hanya tersenyum.
"Hehe, Asya saja je nak surprisekan ibu dan abah. Alhamdulillah, abah. Dah okay dah", jawab Asya. "Asya datang seorang je? Airil mana?", soal Puan Nora. Tidak melihat kelibat menantu kesayangannya.
'Hmm, dah agak dah. Mesti ibu tanya pasal Airil'
"Airil tak dapat nak ikut Asya. Dia ada janji dengan kawan-kawan dia. Nak study group katanya. Dia kirim salam untuk ibu dan abah", balas Asya.
"Waalaikumusalam", balas Encik Shahrul dan isterinya serentak. "Ha ah, abang Afiq pun keluar tadi. Nak study group katanya. Mesti dengan Airil sekali", ujar Puan Nora.
Asya tersenyum. "Abah, Asya belikan kek favourite abah. Abah makanlah ye"
"Haa, ye lah. Nanti abah makan. Asya, Asya makan tengahari kat sini sekali dengan abah dan ibu ye?", ajak Encik Shahrul. "Baiklah, abah. Abah.. ibu.. Asya naik atas dulu erk? Rindu pulak kat bilik Asya tu", Asya tersengih manja.
"Haha, ye lah. Pergilah naik. Nanti pukul 12.30 turunlah, tolong ibu masak. Ibu nak masak tomyam hari ni", ujar Puan Nora lalu melangkah ke dapur untuk memotong kek yang dibeli oleh Asya.
"Tomyam? Fuhh, sedapnya. Okay, ibu", Asya mengatur langkah naik ke tingkat atas.
"Assalamulaikum, Airil. Sorry lambat sikit", sapa Afiq yang baru tiba. "Waalaikumusalam, it's okay lah bro. Haa, penat aku tunggu korang reply Whatsapp aku", Airil meletakkan handphone di atas meja. Dari tadi asyik pegang handphone je. Tunggu mesej punya pasal.
"Hehe, kesian. Ouhh ye, Airil. Hana tak dapat nak join kita hari ni. Ada hal dengan family katanya", balas Afiq yang sedang membuat pesanan minuman.
"Ouhh, okay. Irham pulak? Dia datang tak?"
Handphone Airil berbunyi menandakan panggilan masuk. Tertera nama Irham di skrin handphonenya.
"Assalamualaikum, Airil. Sorry bro. Aku tak dapat nak datang. Ada hal sikit", suara Irham kedengaran di dalam talian. "Waalaikumusalam. Hmm, it's okay lah Irham. Nampaknya aku berdua je lah dengan Afiq", balas Airil.
"Aikk? Hana mana? Tak datang jugak?"
"Tak. Afiq cakap dia ada hal family. So kitaorang berdua je lah"
"Haa, okk. Okaylah, bye Ril. Assalamualaikum" "Okay, bye. Waalaikumusalam"
"Irham tak datang. Dia ada hal jugak", Airil mengeluh. "Laa, so kita nak study apa ni? Diorang tak ada"
"Kita study je lah apa yang patut. Haa, Afiq. Asya kirim salam. Dia cakap dia rindu sangat-sangat kat kau. Aku rasa dia kat rumah kau sekarang. Nak melawat parents kau", Airil mula membuka buku notanya.
"Waalaikumusalam.. Wahh, rindu? Haha, ingat dah lupa aku dah. Ye ke? Dia balik pukul berapa?", soal Afiq. Tak sangka bahawa adiknya sangat rindukan dia.
"Haha. Ha ah. Pukul 6 kot. Kot"
Pintu bilik itu dibuka. Asya masuk lalu melangkah menuju ke katil.
Dia melihat sekeliling bilik itu. Bilik tidurnya yang sangat cantik bertemakan warna ungu dan putih. Warna kegemarannya. Asya tersenyum sendirian.
Dia terlihat gambar-gambar yang telah dibingkaikan oleh ibunya yang telah tersusun dengan kemas di atas meja belajar. Dia kemudiannya bangun menuju ke meja belajarnya itu.
Ditatapnya satu persatu gambar yang ada di atas meja itu. Akhirnya, dia mencapai gambar yang terakhir. Gambar perkahwinannya dengan Tengku Airil Syazwan. Suaminya yang berumur 17 tahun. Tidak menyangka bahawa dia telah berkahwin dalam usia 16 tahun.
Air matanya menitis jua. Teringat kembali peristiwa dia dan Airil bertemu buat kali pertama di sekolah. Kemudian, peristiwa yang agak mengecewakan hatinya. Permintaan ibu bapanya untuk menyatukan dia dan Airil dalam usia yang sebegini. Dua bulan yang lalu, hari perkahwinannya. Hari ni, hari yang menyakitkan hatinya. Terlihat Airil dan Damia bersama. Dugaan yang amat berat untuk dia.
'Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Tabahkanlah hamba-Mu ini untuk menghadapi semua dugaan dari-Mu', Asya menghembus nafas lega. Diletakkan gambar itu ke tempatnya semula. Air mata yang menitis diseka perlahan.
Asya baring di atas katilnya sementara menunggu pukul 12.30 tengahari. 'Airil, kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak sayang saya ke? Dulu awak cakap awak benci Damia. Tapi kenapa awak jumpa dia tadi? Kenapa, Airil? Awak tahu tak yang saya sangat sayangkan awak? Sejak pertama kali kita berjumpa, saya rasa saya dah mula jatuh cinta kat awak. Hmm', ujarnya di dalam hati.
'Rilek Asya rilek. Mungkin diorang terjumpa secara kebetulan je tadi. Fikir dengan positif. Airil tu suami kau. Tak boleh sangka yang bukan-bukan tentang dia', akhirnya matanya terlelap.
Airil dan Afiq tiba di perkarangan rumah milik Afiq. Masing-masing memarkirkan motosikal.
"Assalamualaikum..", ucap Airil dan Afiq serentak lalu Airil menyalam tangan ibu mertuanya. "Ibu dan abah sihat?", soal Airil sambil melihat sekeliling seperti mencari seseorang. Cari Asya lah tu. Huhu..
"Waalaikumusalam.. Kami berdua sihat je. Haa, Afiq. Tadi cakap nak study group. Sekejapnya study?", balas Puan Nora.
"Kitaorang berdua je tadi, ibu. Irham dan Hana tak dapat datang. Masing-masing ada hal", balas Afiq.
"Haa, ye lah. Airil, Asya ada kat atas. Kat bilik dia. Pergilah naik. Dia tengah buat apa entah agaknya kat bilik tu", ujar Puan Nora. Tersenyum melihat menantunya seperti mencari kelibat isterinya.
"Ouhh, patutlah tak nampak dia. Kat atas rupanya. Ril, naiklah. Bilik dia kat tingkat tiga", celah Afiq.
Airil mengangguk. "Airil naik dulu ye ibu, abah". Puan Nora dan suaminya hanya tersenyum dan mengangguk. Lantas dia bangun dan melangkah ke tingkat tiga.
'Mana satu bilik Asya? Yang ni kot'
Airil membuka pintu bilik itu lalu melangkah masuk. Dia agak terpegun melihat sekeliling bilik itu. Cantik dan kemas. Pemiliknya pun macam tu jugak.
Matanya terhenti melihat Asya yang sedang lena di atas katil. Dia tersenyum sendirian. 'Tidur rupanya si cantik ni'
Asya tersedar dari lenanya apabila menyedari kehadiran seseorang di sebelahnya. "Abang? Bila abang sampai? Bukan abang study group kat cafe ke tadi?", soal Asya sambil membetulkan duduknya. Dia mengemaskan tudungnya yang senget dek kerana tertidur tadi. Airil membantunya. Tangannya terhenti apabila melihat Airil yang sedang membetulkan tudungnya.
"Baru je sampai. Study sekejap je tadi. Irham dan Hana tak dapat datang. Masing-masing ada hal", Airil tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romansa"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...