"Wahh! Cantiknya anak ibu", puji Puan Nora apabila terlihat Asya yang baru muncul.
"Cantiknya anak abah ni. Pandai ibu pilih baju ni untuk Asya. Sesuai dengan Asya", puji Encik Shahrul pula.
Asya mengukir senyum. "Terima kasih ibu sebab belikan baju ni untuk Asya. Asya suka", ucapnya. Saja ingin mengambil hati Puan Nora.
"Haa, ye lah. Baguslah kalau Asya suka", Puan Nora senyum.
"Ehh? Cantiknya adik abang ni. Terpikat hatiku ini", puji Afiq pula yang baru muncul dari dapur.
Asya mencebik."Ehh ehh, lebih-lebih pulak abang ni", ada nada tawa di hujung katanya.
"Hehe, apa? Betul lah, terpikat hati abang tau"
"Ye lah abangku yang handsome. Terima kasih lah ye...", Asya mencubit pipi Afiq.
"Aduhh, haha. Ye lah adikku yang comel. Sama-sama kasih"
"Hah, sudah sudah. Jom kita gerak sekarang", ajak Encik Shahrul.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Airil! Dah siap ke?", Puan Tengku Marliana mengetuk pintu bilik Airil.
"Ye ibu, dah. Sekejap lagi Airil turun", Airil menyahut. "Ye lah. Cepat sikit", Puan Tengku Marliana melangkah turun ke tingkat bawah.
'Asal bonda suruh aku pakai baju warna coklat ni erk? Pelik lah', Airil mengemaskan rambutnya sambil merenung cermin di hadapannya. Melihat dirinya yang telah siap berpakaian kemeja coklat dan berseluar slack hitam. Nampak kemas dan semestinya handsome. Ngehngeh.
Setelah mengemaskan rambutnya, Airil keluar dari bilik dan melangkah turun menuju ke ruang tamu.
"Abang, diaorang dah sampai", ujar Puan Tengku Marliana kerana terdengar bunyi enjin sebuah kereta yang memarkir di ruang parkir rumahnya.
Lantas dia dan suaminya bergegas ke muka pintu rumah itu.
"Assalamualaikum Hazrul, Ana", ucap Encik Shahrul. Encik Tengku Hazrul dan isterinya menjawab salam serentak lalu mereka bersalaman.
'Wahh! Besarnya rumah Airil ni. Cantik pulak tu', puji Asya.
Afiq menyiku lengan Asya. "Pstt.. Asya.. cantikkan rumah Airil ni?", bisiknya.
"Ha ah, bang. Asya suka tengok rumah ni. Besar dan cantik pulak tu", balas Asya setuju.
"Wahh! Cantiknya Asya.. Handsomenya Afiq", puji Puan Tengku Marliana.
Pujian itu membuatkan Asya dan Afiq tergamam dan tersenyum. "Thank you auntie", ucap mereka hampir serentak.
"Haa, jemput masuk", pelawa Encik Tengku Hazrul.
'Asya?', Airil agak terkejut kerana terlihat Asya dan keluarganya yang berada di ruang tamu rumahnya.
'Laaa, rupa-rupanya family Asya yang datang. Aku ingat client ayahanda yang datang. Aduhh, malulah pulak. Dahlah colour baju aku dengan Asya sama. Errr'.
"Cik Lin, tolong buatkan air untuk tetamu saya ye", pinta Puan Tengku Marliana kepada pembantu rumahnya.
"Baiklah, puan", jawab maid tersebut.
"Haa, Airil. Sinilah", Airil tergamam setelah Puan Tengku Marliana memanggilnya.
Tanpa sebarang kata, Airil duduk di sebelah Afiq.
"Okay, semuanya dah ada kat sini. Bolehlah kita mulakan perbincangan", ujar Encik Tengku Hazrul.
Dup Dap.. Dup Dap..
![](https://img.wattpad.com/cover/39541940-288-k432956.jpg)
YOU ARE READING
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...