Izwan termenung sendirian di halaman rumahnya. Dia teringat kata-kata Asya.
"Saya tak boleh terima lamaran awak tu. Saya minta maaf, saya tak bersedia nak jadi girlfriend siapa-siapa pun sekarang ni"
"Iz, termenung jauh nampak?", tegur Irham lalu duduk di hadapan Izwan.
"Abang, Iz nak tanya sikit, boleh tak?"
"Apa dia?"
"Abang pernah jatuh cinta tak?", soal Izwan.
"Aikk? Tiba-tiba je kau tanya soalan macam tu. Apasal? Haa, kau dah jatuh cinta erk?", soal Irham pula.
"Haha, ada lah. Jawab soalan Iz tadi tu dulu. Jangan banyak tanya", balas Izwan.
"Errr, sebenarnya abang dah lama dah suka kat orang tu. Tapi abang tak tahu lah orang tu suka kat abang ke tak", ujar Irham.
"Haa, abang suka kat siapa? Mesti satu sekolah dengan kita kan? Kan kan?", usik Izwan. "Hehe, tahu-tahu je kau ni. Ha ah, dia satu sekolah dengan kita. Alaa, kau pun kenal lah orang tu"
"Ehh? Siapa, abang?", Izwan teruja untuk mengetahui siapakah gadis yang dimaksudkan oleh abangnya itu.
"Hmm, bestfriend Asya tu. Aina Natasha", Irham tersengih. "Haha, dah agak dah. Patutlah abang asyik senyum-senyum je bila kita terserempak dengan Asya dan Aina hari tu"
"Haha, kau nampak erk? Aku ingat kau tak nampak. Haa, kenapa kau tanya aku soalan tadi tu? Kau suka kat siapa sebenarnya?", soal Irham lagi.
"Errr, sebenarnya Iz dah lamar dah orang tu. Iz cakap kat dia yang Iz dah lama suka kat dia. Tapi dia tak terima pun lamaran Iz. Dia cakap dia tak bersedia nak jadi girlfriend siapa-siapa pun", luah Izwan.
"Hmm, sabarlah Iz. Sekurang-kurangnya kau berani luahkan perasaan kau kat dia. Siap lamar lagi. Abang bangga dengan kau, Iz. Tapi siapa orang tu?", soal Irham. Ingin tahu.
"Asya. Iz masih sayangkan dia, abang. Tapi tu lah, nak buat macam mana. Dia dah jadi isteri orang", Izwan tersenyum. Redha dan terima kenyataan.
"Laa, kau suka kat dia rupanya. Hmm.. Sabar je lah, Iz. Kenapalah kau tak bagitahu abang awal-awal? Baru sekarang kau nak bagitahu", balas Irham.
"Ermm.. Sorry lah, abang. Iz bukannya tak nak bagitahu abang. Cuma Iz rasa masa tak sesuai nak cerita kat abang pasal Asya dulu", balas Izwan.
"Hmm, ye lah. Tak apa lah. Dah, sekarang ni kau lupakan je lah Asya tu. Berkawan dengan dia macam biasa. Cukuplah kau doakan kebahagiaan untuk dia. Biarlah dia bahagia dengan Airil. Satu hari nanti, abang yakin kau akan jumpa dengan seorang gadis yang lebih baik daripada Asya. Sekarang ni kau fokus kat pelajaran je dulu", ujar Irham. Memberikan dorongan dan kata-kata semangat untuk adiknya. Izwan hanya tersenyum dan mengangguk setuju.
Airil sedang membaca buku teks subjek Fizik di kantin sementara menunggu kehadiran Afiq dan Irham.
Dia menoleh ke belakang. Memerhatikan Asya dan Aina dari jauh. Mereka sedang berbincang tentang homework agaknya.
'Haishh, geram pulak aku tengok Asya ni. Dah lah cantik, comel, rajin, pandai pulak tu. Tak rugi aku kahwin dengan dia. Kahwin muda pulak tu. Untungnya. Hehe', fikir Airil. Tersenyum seorang-seorang pulak dah.
"Good morning, Airil!", sapa Damia sambil mencuit bahu Airil.
'Ishh! Sibuk betul lah minah gila ni. Pagi-pagi dah muncul depan aku. Dah syok usha Asya tadi, kacau daun betul lah minah ni. Erghh', fikir Airil.
"Morning", jawabnya sepatah.
Damia tersenyum lalu duduk di sebelah Airil. "You tengah baca buku ke.. termenung tadi? Ke you usha someone?", soal Damia yang sedang membelek-belek buku Airil.
"Asya, tengok tu. Perempuan jahat tu cuba nak goda suami kau lah", Aina menjuihkan bibirnya ke tempat duduk Airil dan Damia. Lantas Asya menoleh ke arah tersebut.
"Dah lama ke Damia duduk kat situ?", soal Asya. "Baru je. Sibuk betul lah perempuan tu. Apa lagi, Asya? Jom, kita serang perempuan tu", ajak Aina.
"Ehh, tak payah. Kang tak pasal-pasal jadi kes. Kes gaduh, kau tahu? Haa, aku tak nak kena tindakan disiplin, surat amaran", Asya meneruskan bacaannya.
"Habis tu? Kau nak biarkan je? Mana boleh, Asya. Airil tu suami kau lah", kelihatan Aina tidak berpuas hati dengan jawapan Asya itu.
"Ye, aku tahu. Tak apa, kau tengok je lah reaksi Airil. Sekejap lagi mesti dia blah dari situ", mata Asya tetap menumpukan kepada buku teks Sejarah.
"Kenapa you sibuk nak tahu?", soal Airil.
"Nothing. I saja je tanya"
"Yes, i ada usha someone tadi. I usha wife i, Asya. Sedap mata i tengok dia, rasa tenang je. Dia cantik, comel, baik, rajin, pandai pulak tu. Untung i dapat isteri macam dia. Untung sangat-sangat", jawab Airil. Kena setepek ! Airil merampas bukunya daripada tangan Damia lalu bangun dan beredar dari situ.
"Ishh !!", Damia mendengus geram.
Asya berjalan berseorangan dari bilik guru menuju ke tempat parkir motosikal. Aina tiada kerana telah pulang dahulu.
Asya ingin melangkah menuruni tangga tetapi langkahnya dihalang oleh seseorang.
'Damia?'
Damia tersenyum sinis. "Kenapa? Terkejut ke?", soalnya.
"Ehh, tak lah. Saya ingat awak dah balik", balas Asya. "Belum lagi. Driver i belum sampai. Btw i nak minta something dari you", ujar Damia.
"Something? Apa dia?"
"Lepaskan Airil. Lepaskan dia untuk i", balas Damia.
Asya agak tersentak mendengarnya. 'Errr, kenapa dengan Damia ni? Hari tu sibuk nak minta maaf. Tapi hari ni? Sibuk suruh aku lepaskan Airil pulak", fikirnya.
"Damia, awak tahu kan Airil tu suami saya? Saya takkan lepaskan dia", jawab Asya.
"Ouhh, so you nak cabar i lah erk? Okay, you tengok je lah nanti. I akan pastikan hubungan you dan Airil akan hancur", ugut Damia lalu beredar dari situ.
Asya hanya diam dan terkedu memerhatikan langkah Damia.
"Lepaskan Airil. Lepaskan dia untuk i"
'Sampai sekarang Damia suka kat Airil. Hmm', fikir Asya.
Waktu rehat telah pun tiba. Sedikit demi sedikit pelajar-pelajar 4 Sains 1 beredar ke kantin.
"Iz, jom lah", ajak Amir. "Errr, kau pergilah dulu. Aku nak siapkan latihan Kimia ni. Ada sikit je lagi", balas Izwan.
"Haa, okay. Aku pergi dulu", lantas Amir bangun dan beredar dari tempat duduknya manakala Izwan hanya mengangguk dan segera menyiapkan kerjanya.
Izwan tidak keseorangan. Damia juga masih berada di dalam kelas tersebut.
"Izwan", sapa Damia.
Tangan Izwan terhenti menulis apabila terdengar suara yang menyapanya itu. Dia memandang Damia yang sedang berdiri di hadapannya.
"Aku nak tanya sikit, boleh?", sambung Damia. "Tanyalah", jawab Izwan sepatah lalu menyambung kerjanya.
"Kau suka Asya erk?", soal Damia.
"Kenapa kau sibuk nak tahu? Aku rasa kau tak perlu tahu kot", balas Izwan lalu menyimpan bukunya dan lantas beredar ke kantin.
"Eee !! Soalan senang macam tu pun kau susah nak jawab ke?!", Damia geram dengan jawapan Izwan. Dia memandang Izwan yang telah berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ya, Aku Isteri Dia
Romance"Kami dah bincang pasal ni. Kami nak Airil dan Asya kahwin", kata Puan Tengku Marliana. "Ha ah. Kami nak korang berdua kahwin", sokong Puan Nora. Kahwin muda? Tidak pernah terlintas di fikiran Asya Syafiera untuk berkahwin pada usia yang terlalu mud...