Part 2

8.3K 435 18
                                    

Kaki perlahan-lahan melangkah menuruni tangga dengan briefcase berada di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki perlahan-lahan melangkah menuruni tangga dengan briefcase berada di tangan. Kot baju disandar di tangannya. Mata meliar mencari seseorang. Apabila figura yang dicarinya sudah ditemui, dia melangkah mendekati figura itu dari belakang.

"Assalammualaikum, umi." Dia mengusap perlahan lengan Puan Aqilah dari belakang. Kot dan briefcase di tangan disandarkan ke kerusi di meja yang berada di dapur.

Puan Aqilah tersenyum melihat kemunculan anaknya.

"Wa'alaikumussalam, Aqeel." Dia mengusap perlahan rahang Aqeel. Lelaki itu sempat mencium sekilas pipi uminya. Senang hati Puan Aqilah apabila diperlakukan seperti itu. Aqeel memang seorang anak yang penyayang. Dia dilayan bak seorang permaisuri oleh anaknya. Aqeel juga seorang anak yang taat. Sentiasa berlembut dengan ibu bapa. Tidak pernah sekalipun dia merungut ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

"Umi nak masak apa ni?" Matanya memandang ke arah meja yang penuh dengan bahan masak.

"Umi nak masak nasi lemak. Awalnya Aqeel turun. Umi tak siap apa pun lagi." Balas Puan Aqilah lembut. Tidak lekang senyuman di bibirnya.

Aqeel tersengih.

"Saja turun awal. Boleh tolong umi masak. Ni, abi mana? Tak nampak pun." Mata melilau mencari figura ayahnya, Encik Aziz.

"Abi awal-awal lagi dah keluar joging. Kejap lagi baliklah tu." Balas Puan Aqilah.

Aqeel mengangguk sambil membulatkan mulutnya sedikit.

"Rajinnya abi. Kalaulah Aqeel serajin tu, kan?" Kagum dia dengan abi nya. Walaupun umur semakin meningkat, stamina abi masih lagi kuat.

Bukan dia tak mahu menjadi seperti abi nya yang setiap pagi keluar joging. Tetapi kerjanya terlalu banyak sehingga masa untuk diri sendiri pun dia tiada. Kerja sebagai seorang arkitek bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang pukul 12 tengah malam baru dia dapat balik ke rumah. Pernah juga dia terpaksa tidur di pejabat hanya kerana tidak larat hendak memandu balik ke rumah.

"Aqeel bukan tak rajin. Tapi, Aqeel kan sibuk. Itu lah, umi suruh cari PA tak nak." Balas Puan Aqilah.

"PA?" Terkeluar tawa kecil dari bibir Aqeel.

"Buat apa PA, umi? Aqeel bukan CEO pun nak ada PA bagai. Lagipun, Aqeel lebih selesa sendiri. Tak perlu nak harapkan orang lain." Macamlah pangkatnya besar sangat sampai nak ada PA.

"Aqeel bukan CEO sebab Aqeel sendiri yang tak nak ambil alih kerja abi. Aqeel, abi tu dah semakin tua. Dah tak larat nak buat kerja-kerja pejabat tu semua. Sekaranglah masanya Aqeel yang tolong abi." Bicara Puan Aqilah. Dia terkadang keliru dengan perangai anak lelakinya ini. Sudah berpuluh kali dia menyuruh Aqeel uruskan syarikat suaminya, Aqeel malah buat tak dengar sahaja. Lelaki itu seperti selesa dengan kerjanya yang sekarang sehingga tiada sesiapa pun di pejabat tahu bahawa dia adalah anak kepada CEO of Empire Cooperation.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now