Part 14

5.6K 300 18
                                    

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klik!

Pintu yang ditutup itu menarik perhatian seseorang yang berada di ruang tamu sendirian. Figura yang baru masuk itu dipandang tajam.

"Aqeel pergi mana baru balik ni?" Soalnya tegas. Daripada tadi lagi dia menunggu kepulangan lelaki itu. Selalunya Aqeel akan pulang lewat jika ada kerja di pejabat sahaja. Tetapi hari ini kan hari cuti. Takkan lelaki itu ke tempat kerja juga?

"Astaghfirullahhalazim, umi. Terkejut Aqeel. Kenapa umi duduk dalam gelap macam ni? Umi tak tidur lagi?" Soal Aqeel lembut. Gerun juga dia melihat Puan Aqilah bersendirian dalam gelap. Ingatkan siapalah tadi.

"Umi tanya, Aqeel pergi mana baru balik? Tahu tak sekarang pukul berapa?" Soal Puan Aqilah lagi sekali.

Aqeel mengerling jam tangan.

"Maaf, umi. Siang tadi Aqeel keluar pergi butik pengantin. Fitting baju. Baju kahwin dah siap, umi." Bicaranya perlahan. Dia bukan apa, dia tahu uminya tidak suka jika perihal perkahwinan dibangkitkan tetapi Puan Aqilah perlu tahu, walau apa pun jadi, dia tetap akan teruskan perkahwinannya bersama Zandra.

"Jadi, Aqeel memang nekad nak kahwin dengan perempuan tu?" Soal Puan Aqilah dingin. Dalam tak sedar, lagi sebulan sahaja anaknya bakal melayari bahtera perkahwinan. Bukan dia tidak mahu mengambil tahu tentang persiapan kahwin anaknya, tetapi Aqeel sendiri pesan biar lelaki itu sahaja yang uruskan. Aqeel tak mahu susahkannya untuk membantu.

Aqeel menghembus nafas perlahan. Dia mendekati Puan Aqilah di sofa. Punggung dilabuhkan di lantai. Tangan mencapai tangan Puan Aqilah. Dikucup lembut.

"Umi... Aqeel sayangkan Zandra. Sangat-sangat. Aqeel ikhlas terima dia. Walau siapa pun dia, Aqeel tetap mahukan dia, umi." Ucap Aqeel lembut. Matanya redup memandang wajah Puan Aqilah. Walaupun dalam kegelapan, dia dapat melihat wajah sugul uminya.

"Zandra tak macam wanita yang umi fikirkan. Walaupun dia macam tu, dia seorang wanita yang baik, umi. Percayalah cakap Aqeel." Sambungnya. Sehabis baik dia cuba meyakinkan Puan Aqilah.

Puan Aqilah mengeluh berat.

"Kenapa dia, Aqeel? Ramai lagi perempuan kat luar sana yang lebih baik dari dia. Yang lebih sempurna. Bukan hati je baik, luaran pun baik."

"Umi pun ada kawan yang anak dia serba-serbi sempurna. Baik, sopan, menutup aurat, pandai masak lagi. Si Zandra tu, entah pandai masak ke tidak. Nanti Aqeel kahwin dengan dia, jadi lebih kurus dari ni, macam mana? Umi jaga Aqeel elok saja, cukup makan, cukup segalanya, nanti bila dia yang jaga, entah-entah tak terurus anak umi." Rungut Puan Aqilah. Dia risau jika betul apa yang dia katakan.

Aqeel tertawa kecil. Kedengaran sedikit hambar. Terasa juga dia apabila uminya sendiri pertikaikan bakal isterinya. Dia kenal Zandra tetapi uminya sendiri tidak percaya dengan pilihannya. Dia mengukir senyum pada Puan Aqilah.

"Umi, tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang sempurna. Mengapa kita hendak kejarkan kesempurnaan sedangkan kita sendiri tahu setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya juga? Anak umi ni, tak sempurna pun. Banyak lagi yang Aqeel perlu belajar. Banyak lagi yang Aqeel perlu perbaiki."

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now