Resah. Hatinya kian galau apabila teringatkan perbualan Aqeel bersama Puan Aqilah. Terbit juga tanda tanya dalam dirinya. Mengapa Puan Aqilah tidak suka padanya? Dia ada lakukan sesuatukah pada wanita itu? Setahunya, dia tak pernah buat salah apa pun pada wanita itu. Tetapi mengapa...
"Sayang... tak mandi lagi?" Tegur seseorang dari arah belakang. Dia terus memalingkan wajah memandang figura itu.
"Err... tak." Dia cuba meneutralkan wajahnya supaya Aqeel tak mengesyaki apa-apa.
"Kenapa?" Soal Aqeel lagi.
"Err... I cari you tadi. I nak cakap beg baju I ada dalam kereta. Macam mana I nak mandi tukar baju kalau beg I dalam kereta?" Soal Zandra. Dia bangun dari duduk di birai katil.
"Oh. Astaghfirullahhalazim saya terlupa nak ambil beg awak. Kejap ya saya pergi ambil."
Zandra hanya mengangguk perlahan. Fikirannya terlalu serabut. Dia tak tahu hendak memberi respon apa apabila menghadap Aqeel. Dia pasti akan teringat tentang perbualan itu.
Aqeel terus berlalu pergi dari situ. Bukan dia tak perasan wajah Zandra yang kelihatan keruh. Mengapa ya agaknya?
•••
Keluar sahaja dari ruang wardrobe, dia melihat ke arah katil.
Zandra ralit bermain dengan telefon pintarnya. Aqeel mekangkah ke arah gadis itu."Sayang... jom solat maghrib sama-sama." Pelawa Aqeel. Dia duduk di birai katil. Menanti jawapan daripada Zandra.
"Tak nak." Ringkas sahaja jawapan Zandra. Riak wajah langsung tidak menunjukkan dia rasa bersalah dengan kata-katanya.
"Tak nak? Mana boleh macam tu, sayang. Kita sebagai umat Islam wajib menunaikan solat." Balas Aqeel lembut.
"Ish, I cakap I tak nak kan?! Apa yang you tak faham ni?!" Suara Zandra makin meninggi. Rimas dia apabila Aqeel memaksanya begini. Sudah dia kata dia tak mahu, mengapa masih mahu dipaksa?
"Memang saya tak faham. Saya nak awak ikut saya, kita solat sama-sama." Balas Aqeel. Langsung tak terkesan dengan kata-kata Zandra. Tak boleh jadi, dia perlu berkeras dengan Zandra. Bukan sekali gadis ini berperangai seperti ini.
"Tak nak!" Marah Zandra.
"Dhia Zandra..." ditegaskan sedikit nada suaranya tika memanggil nama isterinya. Mata mencerlung tajam memandang wajah Zandra. Kalau lembut tidak jalan, mungkin dia perlu bertegas sedikit.
"What?!" Berang Zandra. Gerun juga melihat tatapan Aqeel.
"Bangun sekarang. Pergi ambil air wuduk sekarang juga. Saya tunggu. Kalau awak tak datang dekat saya selepas sepuluh minit, awak jangan tanya kenapa saya yang angkat awak pergi bilik air dan saya yang ambilkan air wuduk untuk awak." Ugut Aqeel. Wajahnya diseriuskan. Langsung tiada senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...