Part 33

5.9K 275 2
                                    

Tubuh dilemparkan di atas sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh dilemparkan di atas sofa. Keluhan berat dilepaskan. Tangan disilang ke dada. Daripada tadi dia berfikir, hendak buat apa sekarang? Dia bosan! Bosan terperap dalam rumah yang besar baginya. Dari bilik sampai ke ruang tamu dia buntu hendak buat apa.

"Ish, bosannya!" Keluhnya kasar. Mata meliar ke segenap rumah.

"Rumah besar-besar pun bosan!" Rungutnya.

"Sunyi pula tu! Nak borak dengan siapa pun tak tahu!"

Tiba-tiba fikirannya melayang memikirkan kejadian pagi tadi sewaktu Aqeel hendak pergi kerja.

"Abang nak pergi kerja dah." Ujar lelaki itu seraya melangkah ke pintu. Zandra mengikut jejak Aqeel dari belakang.

"Okay."

Aqeel berhenti serta-merta. Hampir wajah Zandra tersembam dengan belakang tubuh lelaki itu yang berhenti tiba-tiba.

"Eh kenapa ni?"

Aqeel memusingkan tubuh menghadap isterinya. Mata tajam merenung Zandra sebelum dia mengeluh kecil.

"Okay je? Takkan tak ada 'jaga diri' ke, 'kerja elok-elok' ke, 'I love you' ke, tak ada?" Aqeel memasamkan wajahnya.

Zandra mengukir senyum. Sarkastik.

"Tak ada." Selamba dia membalas.

"Faham." Aqeel pasrah.

Zandra ketawa kuat apabila melihat wajah suaminya yang cukup reda tika ini. Iya lah, selalunya Aqeel yang mengusiknya, biar dia balas balik.

"Iya lah, jaga diri. Kerja elok-elok. Jangan lupa makan. Nanti sakit tak boleh nak buat kerja." Pesan Zandra.

Terus ceria wajah Aqeel dengan senyum mekar di bibir. Dia mendekatkan jaraknya dengan Zandra.

"Apa sayang? Tak dengar." Sengaja dia mahu mendengarnya sekali lagi.

Zandra menarik dan menghembus nafas perlahan. Sabar saja lah menghadap Aqeel.

"Baiklah. Dengar betul-betul ya cik abang sayang..." ujar Zandra. Sarkastik.

"Jaga diri. Kerja elok-elok. Jangan stres. Jangan lupa makan juga. Nanti sakit susah nak buat kerja."

Aqeel mengangguk seperti budak kecil.

"Faham tak? Kalau tak faham, you tak payah pergi kerja, biar I ajar you faham bahasa. Nak?" Sinis Zandra menyambung.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now