"Abang Aqeel!"
Tersenyum dia mendengar namanya diseru figura itu. Setiap hari dia akan mendengar suara itu memanggilnya. Setiap hari dia akan mengisi masa lapangnya untuk bermain bersama budak kecil itu. Walaupun pada mulanya dia terasa budak kecil itu sangat merimaskannya, kini, jika sehari mereka tidak berjumpa, pasti dia akan merindui gadis kecil itu.
Kaki melangkah ke arah gadis itu.
"Hai, budak kecil!" Sapanya mesra. Aiskrim yang berada di tangannya diberi kepada budak kecil itu.
"Wah, terima kasih, abang!" Senyum lebar diukir kepada Aqeel.
"Sama-sama." Dia melabuhkan duduk di bangku bersebelahan dengan gadis itu. Melihatkan Zandra seperti susah sahaja hendak membuka plastik aiskrim itu, dia bersuara.
"Meh, abang tolong bukakan." Aiskrim di tangan Zandra diambilnya sebelum dibuka.
"Terima kasih, abang!" Dia mencapai kembali aiskrim yang sudah dibuka plastiknya.
Aqeel tersenyum melihat telatah Zandra. Ralit dia merenung gadis itu seperti tidak mahu lepas.
"Abang nak sikit?" Dihulurkan aiskrimnya kepada Aqeel. Tetapi hanya gelengan dibalas lelaki itu.
"Tak nak lah. Zandra makan lah. Abang suka tengok Zandra makan." Balas lelaki itu lembut.
"Okay! Abang, kejap lagi kita main sama-sama tau!" Ujar Zandra dengan mulut yang comot dengan aiskrim.
"Boleh. Tapi, lap dulu ni comot... macam mana Zandra makan hm?" Tepi bibir gadis itu dilapnya dengan ibu jari.
Zandra hanya ketawa.
Aqeel menggeleng kepala. Seketika dia terfikir, bagaimana lah hidup Zandra jika dia tiada nanti? Bukan dia hendak menjauh, tetapi apa yang jadi di masa hadapan, tiada siapa dapat mengagak. Sekarang mungkin mereka boleh bermain bersama, meluang masa bersama, tetapi esok hari, mungkin tidak. Tika masing-masing sibuk mengejar cita-cita, tika masing-masing sibuk mencapai impian dan kerjaya, mungkin mereka tidak akan serapat ini.
"Zandra..."
Gadis itu memalingkan wajah memandang Aqeel.
"Nanti bila Zandra dah besar, Zandra jangan lupakan abang tau." Pesan Aqeel tiba-tiba. Entah mengapa, tiba-tiba saja dia rasa sebak. Rasa dia bakal berjauhan dengan Zandra.
Zandra ketawa. Dia tak mengerti apa yang Aqeel bicarakan tetapi dia hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Mestilah! Abang kan kawan Zandra! Kita kawan sampai bila-bila!" Teruja dia berbicara. Senyum tak lekang langsung dari bibirnya.
"Janji?" Soal Aqeel. Dihulur jari kelingking ke arah Zandra tanda berjanji. Gadis itu hanya menurut sahaja.
"Janji!" Dan jari kelingking mereka pun bertaut sesama sendiri mengukir sebuah janji.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...