Part 18

6.4K 316 7
                                    

Pintu bilik dibuka perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik dibuka perlahan. Selepas sahaja dia berborak dengan Tan Sri Zaidi sebentar tadi, dia meminta diri untuk naik ke bilik. Badan sudah melekit kerana seharian berada di luar. Sesungguhnya hari ini benar-benar hari yang melelahkan.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Mata melilau mencari kelibat seseorang. Butang baju dibuka sehingga ke bawah. Bahang panas semakin terasa. Dia perlu segera membersihkan diri.

Langkah terhenti secara tiba-tiba apabila melihat figura seseorang yang berada di balkoni sendirian. Figura itu seperti tidak sedar kehadirannya di dalam bilik itu. Mungkin kerana ralit termenung sendiri.

Dia menukar destinasinya dari ke bilik air terus bergerak mendekati figura yang berada di balkoni. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di penghadang beranda itu sekaligus mengepung figura yang seperti masih tidak kehadirannya. Apalah yang seronok sangat termenung tu?

"Suami depan mata pun masih termenung ke, Puan Zandra?" Tegur lelaki itu dengan suara serak basahnya. Bibir didekatkan sedikit di telinga gadis itu membuatkan bahu Zandra terangkat sedikit akibat terkejut. Terus dia tersedar bahawa ada orang lain di dalam biliknya. Yang lebih mengejutkan, jarak mereka yang terlalu rapat. Hampir hendak luruh jantungnya begini.

"Ish, Aqeel! Apa ni?! Tepilah!" Ditolak bahu Aqeel supaya menjauhinya. Rimas jika lelaki itu rapat-rapat dengannya.

"Awak tolak saya, lagi saya rasa nak rapat dengan awak." Dia mendekatkan lagi jarak antara mereka. Hampir sahaja Zandra hendak menjerit. Terletus tawa kecil dari bibir Aqeel. Yang pada mulanya hanya gelak biasa tetapi menjadi semakin kuat pula. Seronok betul mengusik orang ya?

"Tak kelakar okay?!" Marah Zandra. Wajahnya sudah cemberut. Dia menjeling Aqeel tajam. Tiba-tiba dia baru perasan baju Aqeel yang sudah terbuka butangnya sehingga menampakkan badan lelaki itu. Sempat lagi matanya menangkap six pack Aqeel. Terus dia mengalihkan pandangannya. Dia rasa nak mengamuk sekarang ni.

"Aqeel, you ni dah kenapa?! Tak reti nak pakai baju elok-elok ke apa?!" Marah Zandra.

Aqeel yang seperti baru sedar hanya ketawa kecil.

"Saya nak mandilah." Ujar Aqeel. Langsung tiada riak bersalah dalam bicaranya.

"Habis itu, tunggu apa lagi? Pergilah mandi! You ingat badan you cantik sangat ke nak tayang ha?!" Zandra mendengus kasar. Dia masih lagi tidak memandang wajah Aqeel.

"Sebab cantik lah saya tayang. Alah lagipun bukan dengan sesiapa, dengan isteri sendiri juga, betul tak Puan Zandra?" Dia mengukir senyum senget. Sengaja hendak mengusik Zandra. Suka betul dia melihat wajah Zandra yang memerah malu. Dia kembali mengepung gadis itu membuatkan jarak antara mereka kembali rapat. Zandra sudah tak keruan.

"Aqeel..." keras Zandra menyebut nama lelaki itu seakan-akan memberi amarah. Seinci lagi dia mendekatinya, memang lebam biji mata Aqeel dia kerjakan.

"Shh... Just give me a second..."

"I just want to look at my wife, just a second." Perlahan sahaja dia bersuara. Zandra yang mendengar terkaku sendiri. Jarak mereka terlalu dekat sehingga dia dapat bau tubuh Aqeel yang maskulin.

Tidak lama lepas itu, Aqeel menundukkan sedikit kepalanya dan mengucup dahi Zandra. Lama. Zandra juga seakan-akan merelakan sahaja. Terbit rasa senang dalam hatinya apabila diperlakukan sebegitu. Rasa seperti disayangi.

Aqeel menjarakkan sedikit wajahnya dan kembali memandang raut wajah Zandra. Dia tersenyum kecil. Tangan mengelus pipi gadis itu lembut.

"Terima kasih, Zandra. Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Terima kasih sebab sudi beri saya peluang untuk jadi suami awak. Saya janji, saya akan jaga awak, sayangkan awak, sepenuh hati saya, Zandra." Ujar Aqeel penuh romantis. Lembut sahaja tutur bicaranya membuatkan hati Zandra rasa senang. Sekeras-keras hatinya, dia juga akan cair apabila ada lelaki yang berkata sebegini dengannya.

"Walaupun awak tak ingat saya, akan saya simpan memori kita bersama dalam hati saya, sampai bila-bila."

"Saya tahu awak terima saya terpaksa saja. Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi, cukuplah awak tahu yang saya cintakan awak. Selagi ada rasa cinta dalam hati saya, selagi itu awak takkan saya lepaskan, Zandra." Dia mencapai tangan Zandra lalu dikucup penuh lembut.

"Sekali saya lafaz akad pada awak, sampai bila-bila awak milik saya, Zandra. Sampai bila-bila." Dielus perlahan kekura tangan gadis itu.

"Awak adalah takdir yang Allah dah tentukan untuk saya, Zandra. Akan saya pertahankan awak dan hubungan kita walau apa pun jadi. Itu janji saya."

Hampir sahaja Zandra hendak mengalirkan air mata kerana terharu. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Noah.

"He's now your husband, Zandra. Tak salah kalau you cuba cintakan dia kan?"

"Betul... tapi tak salah mencuba. Lagipun, dia suami you sekarang. You akan luang lagi banyak masa dengan dia nanti."

•••

Seusai sahaja dia membersihkan diri, dia terus ke almari baju untuk mencari pakaian yang sesuai untuk tidur. Siap sahaja semua, dia bergerak ke katil. Tersenyum dia melihat figura seseorang yang lena diulit mimpi. Tidak dinafikan, Zandra seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu nampak sangat polos ketika tidur. Tetapi, apabila celik sahaja mata, garang kalah harimau. Kekadang tergeleng juga kepalanya dengan sikap Zandra.

Dia mendekati gadis itu. Hampir sahaja dia hendak ketawa apabila melihat bantal-bantal yang tersusun di tengah-tengah memisahkan dua tempat. Ini bermaksud gadis itu tidak mahu dia melepasi kawasan gadis itu. Takut sangat diapa-apakan ya?

Melihatkan Zandra seperti sudah lena, dia terus mengangkat bantal yang memisahkan dua tempat itu lalu diletak di tempat lain. Dia merapati gadis itu. Menongkat kepala memandang wajah lena Zandra. Lambat-lambat tangannya mengusap lembut pipi merah isterinya. Pucuk hidung gadis itu dicuitnya perlahan. Seketika terukir senyum kecil di wajahnya.

"Allah makbulkan doa saya, Zandra. Allah beri peluang untuk saya jadi suami awak." Bicaranya sendiri. Perlahan saja kerana tidak mahu mengganggu lena Zandra.

Seketika fikirannya menerawang ke tempat lain...

"Tapi ingat, umi restu sebab Aqeel. Bukan sebab perempuan tu! Umi akan sentiasa perhatikan dia! Kalau umi tengok dia tak mampu jaga anak umi macam mana umi jaga, tak mampu bahagiakan Aqeel, umi sendiri yang akan carikan perempuan lain yang jauh lebih baik dari dia!"

"Umi tak teragak ya nak pisahkan Aqeel dengan dia kalau dia tak mampu bahagiakan Aqeel!"

Hatinya terhambat rasa risau. Umi betul-betul maksudkan kah? Dia tidak mahu menggantikan Zandra dengan yang lain. Hanya Zandra yang layak memiliki hatinya. Hanya Zandra yang akan menjadi isterinya sehingga akhir nafasnya.

Dia mengeluh berat. Mata tidak berhenti merenung wajah Zandra. Kepala perlahan-lahan dilabuhkan di atas bantal. Sengaja dia baring dalam posisi mengiring, dia mahu tatap wajah Zandra sehingga matanya tertutup sendiri.

"Goodnight, baby boo."

'There is no one else for me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'There is no one else for me. I begin and end with you.'

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now