"Abang rasa kita boleh percaya ke budak tu?" Soal Puan Sri Dian setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Baru sahaja beberapa jam yang lepas, mereka menerima tetamu yang tak disangka dan sekarang tetamu itu sudahpun meminta diri untuk beredar.
"Kenapa pula tak percaya?" Tan Sri Zaidi kembali menyoal.
"Ya lah, kita tak kenal pun siapa lelaki tu. Kalau dia ada muslihat sendiri macam mana? Nanti anak kita mesti dalam bahaya, bang." Dia menyuarakan juga kegusaran hatinya.
"Tak ada lah. Saya yakin lelaki tu bukan orang jahat. Kita tengok lah dulu macam mana. Biar dia bawa keluarga dia datang dulu." Balas Tan Sri Zaidi. Sejujurnya, dia juga risau jika Aqeel datang dengan niat yang tidak baik. Tetapi apabila melihat sikap lelaki itu, dia yakin Aqeel merupakan lelaki yang baik.
"Yang penting sekarang ni, Zandra. Macam mana kita nak cakap dengan dia? Kita sendiri tahu perangai dia macam mana kan?" Sambung Tan Sri Zaidi.
Puan Sri Dian mengeluh.
"Kalau dia tak setuju macam mana, bang?" Puan Sri Dian sudah mula risau.
"Walau apa pun jadi, Zandra kena terima lamaran Aqeel. Ini untuk kebaikan dia. Abang rasa Aqeel mampu mendidik Zandra. Mungkin dengan kita, Zandra tak nak dengar tapi kita tak tahu kalau dengan Aqeel macam mana. Kan?"
Puan Sri Dian mendecit kecil.
"Kalau dengan kita pun dia tak nak, dengan orang lain apatah lagi, bang."
"Tak apa, kita tengok macam mana. Kita tengok macam mana Aqeel jaga dan didik Zandra."
Puan Sri Dian hanya mendiamkan diri.
•••
Pintu yang baru sahaja terbuka itu telah mengalihkan pandangan Puan Sri Dian dan Tan Sri Zaidi yang khusyuk menatap skrin televisyen.
"Zandra, lambat balik... pergi mana?" Soal Tan Sri Zaidi serius.
Zandra mengeluh. Dia menutup pintu sebelum melangkah ke lif. Soalan papanya diabaikan begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Langkahannya terhenti apabila suara Tan Sri Zaidi kembali menyapa halwa telinganya.
"I'm asking you, Dhia Zandra!" Dinaikkan sedikit nada suaranya. Benarlah, anaknya sejak dua menjak ini kerap mencabar kesabarannya. Gadis itu semakin menunjukkan keras kepalanya.
Zandra mendecit kecil.
"Keluar. Jumpa kawan." Malas sahaja nada suaranya membalas.
"Jumpa kawan mana sampai balik lewat malam ni? Zandra tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Soal Tan Sri Zaidi bertalu-talu.
"Ish, papa ni kenapa? Yang penting Zandra dah balik kan? Zandra tak pergi club pun malam ni!" Gadis itu meninggikan suaranya. Nafas turun naik menahan amarah. Rimaslah dia balik rumah sahaja kena bebel.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...