Part 62

10.7K 371 14
                                    

Tangan menyentuh cermin kaca yang memisahkan dua tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan menyentuh cermin kaca yang memisahkan dua tempat. Dia di sini, mengalir air mata melihat ke dalam cermin yang terdapat seorang bayi yang sedang lena di dalam inkubator. Wayar yang berselirat di tubuh kecil itu menyesakkan dada. Melihat keadaan isterinya saja sudah cukup membuatkan hatinya dipagut pilu, inikan pula keadaan anaknya. Bagaimana hendak kuat?

Disebabkan keadaan anaknya yang masih belum stabil, doktor tidak menggalakkannya untuk mendukung bayi itu. Jadi, dia hanya dapat melihat dari jauh saja. Takut dia mendatangkan virus yang tak baik kepada anaknya yang sensitif tika ini.

"Anak baba..." kabur pandangannya melihat bayi itu. Perit kerana dia hanya mampu melihat walaupun sudah seminggu bayi itu lahir. Dia sebagai bapa, rasa terseksa untuk menanggung.

"Khalaf Ayyash..." hanya Tuhan tahu betapa hatinya mahu saja berlari masuk ke dalam dan mendakap erat anaknya. Siapa saja yang tak menyayangi anak sendiri? Siapa saja bisa lihat anak sendiri terseksa menahan kesakitan di usia yang sangat muda? Ayyash masih terlalu mentah untuk terima semua ini.

"Ayyash kena kuat ya, sayang... anak baba kena kuat..." rintih dia di sebalik cermin. Dada berombak perlahan menahan pilu.

"Ayyash kena bertahan untuk ibu, sayang..."

Betapa Allah itu Maha Adil. Dia yang sering menyakiti isterinya, menduakan Zandra, dan sekarang Allah telah mengambil kedua-dua, isteri dan anaknya. Dia perlu menanggung segala khilaf itu.

"Apa yang jadi semua ni ada hikmahnya, Aqeel." Ujar seseorang dari tepi. Figura itu terlihat menyeluk poket di dalam seluar seraya pandangan dijatuhkan ke arah bayi itu.

Aqeel terkedu melihat Encik Aziz yang menegurnya. Dia pantas mengesat air mata. Bibir dijilat perlahan.

"Menangislah air mata darah sekalipun, takkan mengubah apa-apa. Kita boleh menangis, kita boleh rasa sedih, tapi jangan sampai putus asa. Jangan sampai meratap, tak boleh terima takdir." Nasihat Encik Aziz. Dia sendiri sedih dengan apa yang berlaku pada rumahtangga anaknya. Bahkan melihat keadaan anaknya sekarang pun dia rasa sebak. Tidak disangka, begini kisah perkahwinan mereka.

Aqeel diam. Mata layu melihat ke dalam cermin kaca.

"Doa. Hanya doa mampu mengubah takdir, Aqeel. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup seperti biasa. Jangan lemah. Banyak lagi tanggungjawab kita di dunia ni."

"Aqeel banyak buat dosa dengan Zandra, macam mana kalau Aqeel tak sempat nak minta maaf?" Kepala tertunduk ke bawah menanggung rasa sesal. Terpejam matanya apabila teringat semula khilaf yang dilakukan. Bagaimana jika Tuhan betul-betul ambil Zandra daripadanya? Bagaimana jika benar dia akan kehilangan isterinya? Bagaimana dia mahu tempuhi hidupnya selepas ini? Pasti dia akan terus hidup dengan penuh penyesalan.

"Semua orang di atas dunia ni tak lari dari membuat kesilapan. Apabila kita sedar, kembali lah kepada Allah. Bertaubat kepada-Nya. Jangan ulangi lagi."

"Permintaan maaf yang terbaik adalah dengan mengubah perilaku."

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now