"Akak nak kahwin."
Sebaris ayat itu membuatkannya ternganga kecil. Cerita yang ditayang di kaca televisyen tidak menarik perhatian lagi. Ada yang lebih mengujakan dan mengejutkan.
"Kahwin? Dengan siapa?" Soalnya. Dalam hati, teruja juga dia.
Ayuni tersenyum malu.
"Aqeel."
Ayana terdiam seketika. Dia cuba untuk mengingati nama lekaki yang baru disebut kakaknya. Macam pernah dengar.
"Kejap, Aqeel ni lelaki yang... akak cerita akak jumpa dia dekat rumah Puan Aqilah kan?" Soal Ayana inginkan kepastian.
Laju Ayuni mengangguk.
"Bukan dia dah kahwin? Hari itu akak cakap dia dah beristeri kan?" Soalnya lagi.
Mengenangkan itu, Ayuni mengeluh lemah. Dia cuma mengangguk perlahan.
"Serius lah akak? Takkan laki orang kot!" Ayana seperti tidak percaya dengan keputusan kakaknya.
Ayuni mendengus perlahan.
"Apa salahnya? Lelaki boleh kahwin empat." Selamba dia membalas.
"Memang lah boleh tapi ingat semudah tu ke? Bukan senang tau nak berlaku adil. Lagi satu, punya ramai lelaki bujang dekat luar sana, kenapa laki orang juga nak kebas?" Ayana benar-benar tak mengerti spesis wanita sebegini. Bagaimana boleh mencintai suami orang? Bagaimana boleh jatuh suka pada suami orang?
"Yana, dia mampu untuk ada empat orang bini sekalipun. Lagi satu, he's perfect. Sempurna dari pelbagai aspek. Siapa je tak nak lelaki macam tu untuk dijadikan suami?" Balas Ayuni.
"Tapi itu suami orang. Milik orang. Kenapa perlu jadi perampas? Seronok ke hancurkan rumahtangga orang? Seronok hancurkan hati sesama kaum?"
Ayuni terdiam dengan soalan maut adiknya.
"Akak, akak tu perempuan, mesti akan faham perasaan apabila hak milik kita dirampas orang. Akak jangan lah nak bagi alasan perempuan tu sudi hidup bermadu. Itu semua tipu. Tak ada seorang pun perempuan dalam dunia ni nak berkongsi kasih. Kalau ada pun, dia cuma ikhlas saja, bukan terima dengan hati yang terbuka. Semua itu kerana terpaksa dan lama-kelamaan terbiasa." Ujar Ayana panjang lebar.
"Akak, buka lah minda tu luas-luas. Fikir betul-betul. Bukan senang seorang lelaki tu dia nak lupakan cinta pertama dia macam tu je. Bukan senang dia nak bahagikan cinta dia. Mungkin dia setuju, mungkin dia boleh berlaku adil, tapi percayalah, nanti dia akan kembali pada isteri dia yang pertama juga. Sebab isteri kedua tak mungkin boleh terima dia macam mana isteri pertama dia terima apa ada nya dia." Nasihat Ayana. Dia tahu dia masih mentah dalam dunia percintaan memandangkan dia juga tiada pengalaman. Tetapi, apabila berlaku benda sebegini, sesiapa pun boleh fikir secara terbuka.
"Dah kalau jodoh akak, nak buat macam mana?" Dia cuba untuk menang.
"Jodoh dan takdir boleh diubah dengan doa, akak." Pintas Ayana tenang tetapi jelas wajah Ayuni kelu. Hati tiba-tiba tersentap.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...