"Sayang..."
Zandra yang baru keluar dari bilik air terus memandang wajah Aqeel. Dia mengangkat kening.
"Umi baru call abang."
"Kenapa?"
"Umi ajak kita makan tengah hari kat rumah. Kita pergi, boleh?" Soal Aqeel lembut.
Zandra tersenyum. Dia mendekati Aqeel yang duduk di birai katil.
"Mestilah boleh. Kejap, Zandra bersiap dulu, ya?"
Aqeel tersenyum seraya mengangguk perlahan.
•••
"Assalammualaikum..." Aqeel memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah keluarganya, diikuti Zandra di belakang.
"Wa'alaikumussalam, Aqeel, Zandra..." Encik Aziz yang berada di ruang tamu menjawab salam. Dia tersenyum melihat Aqeel dan Zandra.
Aqeel menghulur tangan sebelum tangan Encik Aziz dicapai dan dikucup hormat.
"Abi sihat?"
"Sihat, alhamdulillah. Aqeel dengan Zandra sihat?"
"Sihat, abi." Jawab Aqeel. Mata meliar mencari seseorang.
Zandra hanya menghulur senyum ke arah Encik Aziz.
"Umi mana? Aisyah?"
"Umi ada di dapur. Aisyah dalam bilik, solat rasanya."
Aqeel mengangguk perlahan.
"Aqeel pergi jenguk umi kejap ya?"
"Pergilah. Dia tengah sibuk masak tu!"
Aqeel menarik tangan Zandra, sama-sama menuju ke dapur.
Sampai sahaja berdekatan dapur, kedengaran suara figura yang tergelak suka. Zandra dan Aqeel saling berpandangan sesama sendiri. Umi bercakap dengan siapa?
"Umi?" Tegur Aqeel sebelum matanya menangkap tubuh Ayuni yang juga berada di sebelah umi.
"Eh, Aqeel! Bila sampai?" Puan Aqilah tersenyum lebar melihat figura anaknya. Tangan dicuci di singki sebelum melangkah mendekati Aqeel.
Aqeel mengucup kekura tangan Puan Aqilah. Saat kepalanya diangkat, mata tajam merenung seseorang. Figura itu hanya kaku berdiri di belakang Puan Aqilah.
Zandra yang menghulur tangan untuk disalam hanya dibalas sepi. Puan Aqilah seperti tidak nampak saja tangannya. Dia yang sudah terbiasa hanya senyum kelat. Kalau orang sudah tak mahu, takkan kita hendak memaksa pula.
"Perempuan ni buat apa dekat sini, umi?" Soal Aqeel mendatar. Jari telunjuknya dituju ke arah Ayuni.
"Umi yang ajak, makan sekali dengan kita." Jawab Puan Aqilah mesra.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...