"Aqeel sebenarnya... sukakan seseorang, umi. Dia... bakal menantu umi."
"Nama dia, Dhia Zandra. Dia muda empat tahun dari Aqeel. Bermaksud sekarang, umur dia 24."
Apa yang baru sahaja dia ketahui tadi benar-benar mengejutkan hatinya. Dia seakan-akan tak percaya apa yang didengari. Mana dia tidak terkejut, setahunya, Aqeel langsung tiada teman wanita ataupun kawan perempuan. Tiba-tiba lelaki itu memberitahunya bahawa dia akan berkahwin dengan pilihannya. Kenyataan yang sukar untuk dia terima.
Kalau ditanya dirinya, sudah tentu dia bahagia mendengar berita seperti itu daripada anak sendiri tetapi sebagai seorang ibu, pasti dia takut untuk melepaskan satu-satunya anak lelaki malah anak sulung, kepada wanita lain. Pasti wanita itu akan mengambil alih semua tugasnya. Jika sekarang, dia yang menyediakan makan minum Aqeel, dia yang menyiapkan pakaian lelaki itu, semuanya dia yang uruskan. Tetapi selepas ini, semuanya bukan tanggungjawabnya lagi. Bukan wajah Aqeel lagi yang akan menghiasi harinya setiap pagi. Tiada lagi kucupan lembut di pipinya. Tiada lagi yang akan menemaninya di dapur, masak bersama-sama.
Kalau nak diikutkan, memang dia mempunyai dua orang anak. Seorang lagi ialah anak perempuan yang bernama Aisyah. Tetapi sekarang gadis itu sedang belajar di luar negeri. Tidak selalu gadis itu akan pulang ke rumah. Disebabkan itu, dia terasa berat hendak melepaskan Aqeel memandangkan lelaki itulah yang sentiasa menemaninya di rumah.
Dia takut jika wanita yang bergelar 'isteri' kepada anaknya itu akan menjauhkan Aqeel daripadanya. Akan membuatkan lelaki itu abaikan dia sebagai ibu. Tidak dapat dibayangkan jika benar perkara itu berlaku. Minta dijauhkan...
"Aik, tak tidur lagi?" Dia yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mulai hairan melihat figura Puan Aqilah yang masih termenung di birai katil. Suaranya telah mengembalikan fokus wanita itu.
"Hm." Puan Aqilah hanya bergumam perlahan.
"Pukul berapa dah ni? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Encik Aziz. Dia membuka cermin mata lalu diletak di meja sisi katil. Tubuh dibawa ke atas katil.
"Saya tak boleh tidur." Balas Pun Aqilah.
"Kenapa?"
"Aqeel..."
Encik Aziz mengerut kening.
"Kenapa dengan Aqeel?"
Puan Aqilah mengeluh berat. Lama matanya memandang Encik Aziz. Mulut seakan-akan berat hendak bersuara.
"Aqeel... nak kahwin, bang." Dia suarakan juga penyebab hatinya gusar.
"Kahwin?" Kening Encin Aziz bertambah kerut sebelum terbit senyuman di bibirnya.
"Eh baguslah tu! Alhamdulillah! Berita baik tu." Balas Encik Aziz.
Puan Aqilah mengeluh lagi.
"Memang lah berita baik... tapi..."
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...