Part 57

9.8K 385 59
                                    

Pintu yang diketuk dari luar langsung tak mengalih pandangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu yang diketuk dari luar langsung tak mengalih pandangannya. Dia masih ralit merenung ke luar jendela. Tiada riak yang terpancar di wajahnya.

"Zandra..."

Gadis itu menoleh sekilas ke arah suara yang memanggilnya sebelum kembali merenung ke luar. Titisan-titisan hujan yang menimpa bumi seperti memahami perasaannya. Beku. Dingin. Sayu. Suram.

"Aku ada masak untuk kau ni. Kita makan, nak? Kasihan baby dari semalam tak jamah apa-apa." Ujar Dee. Mangkuk berisi bubur di dalam dulang diangkat. Sudu mengacau bubur yang masih panas. Dia meniup sedikit sebelum sudu itu disua ke bibir Zandra. Namun, Zandra hanya diam. Langsung tak mahu membuka mulut.

"Zandra, makanlah sikit, ya? Nanti perut kau kosong, kau sakit." Pujuk Dee lembut.

Zandra menggeleng lemah. Matanya sembab kerana semalaman menangis. Bawah mata pula hitam kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

"Tak boleh lah macam ni. Kasihan baby lapar. Takkan kau nak biar anak kau kelaparan kan? Makan sikit, ya?"

Lama Zandra diam sebelum dia mengangguk perlahan. Dibuka sedikit mulut. Dee senyum menyuap sahabatnya makan.

Hendak kunyah pun Zandra tak berdaya. Tetapi, apabila dia memikirkan anaknya, dia gagahkan jua diri untuk makan.

Tiba-tiba, dia termenung melihat bubur di pegangan Dee. Sudu yang disua ke bibirnya hanya dibiar sepi.

"Agak-agaknya Aqeel dah makan ke belum, ya?" Mulutnya tiba-tiba bertanya tentang suaminya.

Dee terdiam. Sudu yang disua tadi perlahan-lahan diletak kembali ke dalam mangkuk.

"Zandra..."

"Selalunya aku yang sediakan makan dia. Ini aku tak ada, agaknya dia makan tak?" Soal gadis itu perlahan. Sayu matanya memandang Dee. Tanpa disedari, air mata jatuh menitis ke pipi.

"Zandra, janganlah menangis lagi..." diseka lembut air mata sahabatnya. Sedih dia melihat keadaan Zandra sekarang. Dengan sarat mengandung lagi. Badan gadis itu telah susut. Entah cukup makan ke tidak sebelum ini. Nampak benar gadis itu telah menanggung lama kesakitannya.

Tiba-tiba Zandra ketawa kecil.

"Tapi tak apa, Aqeel pandai masak. Kalau dia lapar, dia masaklah kan?" Ujarnya lagi.

Dee hanya mendengar saja.

"Suami aku pandai masak tau, Dee. Dia masak sedap sangat. Untung aku dapat suami macam dia." Bibir terukir senyum apabila terkenang kembali. Namun hanya seketika sebelum tiba-tiba tangisnya terhambur keluar.

"Tapi nanti dia bukan suami aku lagi... aku dah hilang dia..." terhinggut-hinggut bahunya menangis.

Dee terus meletak kembali mangkuk ke dalam dulang lantas ditarik Zandra ke dalam pelukan. Lengan gadis itu diusap perlahan.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now