Kereta perlahan-lahan berhenti di hadapan sebuah banglo mewah. Lama matanya memerhati di situ sebelum dia mengambil keputusan untuk mematikan enjin kereta. Setelah beberapa minit, tubuh dibawa keluar dari kereta. Pintu ditutup sebelum kakinya selangkah demi selangkah mendekati pagar rumah. Dengan bismillah, loceng di situ ditekan sekali.
Ting Tong!
Masih tiada sahutan.
Sekali lagi dia menekan loceng tersebut.
Ting Tong!
Masih sama. Tiada seorang pun manusia yang dia nampak tika ini. Banglo itu seakan-akan kosong tiada penghuni.
"Betul ke rumah ni? Ikutkan alamat yang Emir bagi, betullah. Tapi... kenapa macam tak ada orang?" Bicaranya sendiri.
Sekali lagi dia menekan loceng itu.
Ting Tong!
Masih tiada yang menyahut.
Dia mengeluh berat. Mungkin bukan rezekinya untuk berjumpa dengan tuan rumah. Dia memusingkan tubuh sebelum tiba-tiba pagar rumah itu terbuka secara automatik. Aqeel yang melihat terus ke belakang selangkah. Mata tajam melihat figura yang muncul di sebalik pagar itu.
"Iya, encik cari siapa?" Soal figura itu. Lembut sahaja nada suaranya. Di pandangan mata Aqeel, wanita itu kelihatan sedikit berusia.
"Erm, assalammualaikum..." dia memberi salam. Ditundukkan sedikit kepala tanda hormat.
"Wa'alaikumussalam." Balas figura itu.
Aqeel membetulkan kotak suaranya sebelum memulakan bicara.
"Sebenarnya, saya datang ke sini ada hajat. Tapi sebelum tu, nama saya Khalaf Aqeel. Boleh panggil saya, Aqeel." Ujarnya seraya memperkenalkan diri.
"Okay... ada apa Encik Aqeel datang ke sini?" Soalnya. Tidak pernah-pernah ada pemuda datang ke rumahnya. Siapa jejaka ini sebenarnya?
"Saya... nak berjumpa dengan keluarga Cik Dhia Zandra." Jelasnya hasrat sebenar dia berada di sini.
Figura itu mengerut kening. Hatinya mulai tertanya-tanya. Bagaimana jejaka di hadapannya tahu nama anaknya?
"Saya mama kepada Zandra. Kenapa ya nak berjumpa dengan keluarga dia?"
Jantung Aqeel mulai berdetak kencang. Rupa-rupanya dia sedang bercakap dengan Puan Sri Dian, mama kepada Zandra.
"Oh, maaf, Puan Sri. Saya—"
"Tak apa, panggil je saya Puan Dian." Pintas Puan Sri Dian. Senyum diukir ringkas buat Aqeel.
Aqeel mengangguk kecil.
"Saya ada sesuatu hendak berbincang dengan Tuan Sri dan Puan Dian."
"Tentang apa tu?"
"Tentang Zandra."
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...