Pantas Zandra bangkit dari duduk.
"Abang..."
Aqeel menghamburkan tawa. Cukup sinis.
"Look who's here. Loving couple."
Zandra menggeleng perlahan.
"So sweet..." sinis dia bersuara. Mata tajam menikam wajah isterinya.
"Sayang betul kau dengan lelaki ni kan? Sampai bawa masuk rumah. Hebat..." Aqeel menepuk tangannya. Kuat.
"Bro, bukan macam tu—"
"Keluar." Halau Aqeel dingin.
Noah terdiam.
"Aku cakap keluar!" Jerkah Aqeel. Terhinggut bahu Zandra mendengarnya. Mata mula berkaca-kaca.
Teragak-agak Noah hendak melangkah keluar. Tika dia melepasi Aqeel, mata tajam memanah mata lelaki itu. Seketika dia melepaskan keluhan berat dan berlalu keluar dari rumah.
Sebaik saja bayang Noah tidak kelihatan lagi, Aqeel merenung tajam wajah Zandra. Dia menghembus nafas kasar. Pantas dia bergerak ke bilik Zandra yang berada di dapur.
Zandra jadi keliru sendiri. Kaku dia di tempatnya berdiri. Kaki yang sakit membataskannya untuk bergerak.
Tidak lama kemudian, Aqeel keluar bersama beg dan barang Zandra. Gadis itu jadi tercengang sendiri.
"Abang..." Zandra meneguk liur payah. Dia cuba mendekati suaminya.
Buk!
Dicampak kuat beg dan barang Zandra ke luar rumah. Zandra yang melihat sudah mengagak apa yang akan terjadi.
"Abang, kenapa—"
"Kau sayang sangat dekat jantan tu kan?! Kau pergi dekat dia!" Tengking Aqeel.
Zandra mengerut dahi menahan tangis.
"Tak, abang... Zandra sayangkan abang..." ujar Zandra.
"Maafkan Zandra, abang... Zandra sayang abang... maafkan Zandra..." pantas dia melutut di kaki Aqeel. rayunya dalam tangisan. Aqeel hanya kaku. Dada berombak kasar menahan sebak.
"Aku tak nak tengok muka kau lagi, Zandra." Terteguk liurnya tika mengungkap ayat tersebut.
Hati Zandra seperti dihempap dengan batu bertubi-tubi. Dia menggeleng laju. Dada berombak ganas menahan tangis.
Aqeel menarik lengan Zandra supaya bangun menghadapnya. Tajam matanya menikam anak mata Zandra. Tanpa dia sedar, air matanya bertakung.
"Pergi dari sini, Zandra. Aku dah tak nak kau tunjuk muka kau depan aku lagi." Terketap-ketap rahangnya menahan amarah.
"Abang, jangan buat Zandra macam ni... Zandra sayang abang..."
"Abang... maafkan Zandra... Zandra tak nak pergi... maafkan Zandra, abang... jangan buat Zandra macam ni..." rintih Zandra sayu. Semakin lama tangisannya semakin kuat.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...