Part 41

7.2K 324 33
                                    

Kaki perlahan melangkah menuruni tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki perlahan melangkah menuruni tangga. Mata meliar mencari figura seseorang. Apabila gegendang telinga dapat menangkap bunyi sesuatu di dapur, terus dia melangkah ke situ. Terbit senyuman kecil di bibir. Kot yang berada di tangan disandar elok di atas kerusi makan. Briefcase juga diletak di kerusi.

Melihatkan figura yang dicarinya ada di dapur, dia tersenyum lebar.

"Assalammualaikum, sayang..." tegurnya seraya mengepung isterinya yang sedang khusyuk memotong bawang.

Terhinggut bahu Zandra apabila dirinya disergah begitu. Walaupun suara Aqeel tidak kuat, namun cukup untuk menggetarkan hatinya. Suara itu terlalu dekat dengan telinganya.

"Ish, abang ni! Terkejut Zandra tau." Dia mencebik mulut.

"Maaf, sayang." Aqeel ketawa kecil.

Zandra tersenyum sebelum pusingkan tubuh menghadap suaminya. Kedua-dua tangan menyentuh pipi Aqeel.

"Wa'alaikumussalam, abang." Salam yang diberi Aqeel tadi dijawab lembut.

Aqeel tersenyum lebar sebelum matanya melihat ke belakang Zandra.

"Sayang buat apa ni?" Soal Aqeel.

Zandra terkulat sendiri.

"Err... masak?" Jawab Zandra, yakin tak yakin sahaja nadanya.

"Sayang masak apa?"

Zandra garu tepi kepala. Ligat otaknya berfikir mahu memberi jawapan bagaimana. Dia sebenarnya malu hendak memberitahu Aqeel yang dia mahu masakkan sarapan pagi untuk lelaki itu.

"Sayang, kenapa ni? Are you okay?" Jelas terpancar riak kerisauan melihat Zandra seperti tidak tentu arah.

"Tak... Zandra nak masak... mi goreng untuk abang." Perlahan dia menjawab. Kepala ditunduk ke bawah. Malu.

Aqeel tertawa kecil melihat tingkah isterinya. Ingatkan apa lah tadi...

"Jom, kita masak sama-sama. Abang tolong Zandra, okay?"

"Eh tak payah lah. Abang pergi duduk dekat meja makan. Nanti dah siap, Zandra hidangkan untuk abang." Dia menghalang suaminya daripada membantu.

"Ala, tak nak lah. Bosan lah duduk. Lebih baik tolong sayang masak kat sini. Lagi cepat masak, lagi cepat kita dapat makan, kan?"

"Err... betul ni? Abang tak kisah ke nak tolong Zandra?" Soal Zandra inginkan kepastian. Dia bukan apa, tidak mahu susahkan Aqeel.

"Tak langsung. Lagipun, abang ada banyak masa nak tolong Zandra sekarang ni." Balas Aqeel tenang. Lengan baju sudah disingsing hingga ke siku, bersedia hendak membantu.

Zandra tertawa kecil melihat kerenah suaminya.

•••

Aqeel dan Zandra melangkah bersama ke pintu rumah. Selesai sahaja sarapan, Aqeel meminta diri untuk berangkat ke tempat kerja.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now