Part 13

5.6K 315 1
                                    

"Tapi kita tak sama, Aqeel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tapi kita tak sama, Aqeel." Bicara Zandra. Aqeel mengerut kening mendengar kata-kata Zandra. Apa maksud gadis itu?

"Apa yang tak sama?"

"Kita berbeza, Aqeel. I perempuan yang sukakan kebebasan. Dan you lelaki dari keluarga yang cukup didikan agama. Lagipun, I tak bersedia nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri." Jelas Zandra. Itu yang menggusarkan hatinya tika ini. Sejak Aqeel datang ke rumahnya bersama keluarganya lagi dia sudah risau melihatkan pakaian umi Aqeel yang sangat menjaga aurat. Sedangkan dia? Hanya berbaju kurung dan tanpa sehelai benang pun menutupi rambutnya. Umi Aqeel bahkan memakai stokin tangan dan kaki. Dia yang melihat juga terkesan. Terasa juga di hatinya. Tetapi apakan daya, dia tidak bersedia untuk menjadi seperti itu. Jadi, apabila dia melihat keluarga Aqeel dan nak dibandingkan dirinya yang banyak kekurangan, dia jadi makin tidak selesa. Dia dapat rasakan jurang antara mereka. Perbezaan darjat antara mereka. Disebabkan itu, dia berat hendak menerima Aqeel.

Aqeel terdiam. Dia seperti mati kata untuk seketika.

"You tengoklah diri you! Lepas itu you tengok pula I! I bukan perempuan baik, Aqeel! I langsung tak sesuai nak berdamping dengan lelaki macam you! You tak malu ke nak hidup bersama wanita yang banyak kekurangan? You tak malu ke nak berkahwin dengan wanita macam I? Lagi satu, I suka dengan apa yang I tengah buat sekarang. I suka bila dapat bebas buat apa sahaja I mahukan. I suka hidup macam ni! Dan I takkan pernah bersedia untuk tinggalkan kehidupan I yang sekarang!" Luah Zandra. Biarlah Aqeel tahu isi hatinya. Biar lelaki itu fikir betul-betul sebelum mahu jadikannya isteri.

"Kahwin tak pernah ada dalam perancangan hidup I! Sebab bagi I, I tak perlukan lelaki untuk bahagia. I tak perlukan lelaki untuk jaga I sebab I boleh jaga diri sendiri. I'm an independent woman! As long as I have money, I tak pandang lah cinta ni semua! Dan I tak pernah percaya pada cinta. Itu semua hanya membuang masa I!" Sambungnya lagi.

Aqeel menarik dan menghembus nafas perlahan. Tidak disangka hari ini dia dapat dengar sendiri daripada mulut Zandra tentang pendapat gadis itu. Baru dia tahu Zandra tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Suasana hening untuk seketika.

"Betul. Apa yang awak cakap itu betul. Kita memang berbeza, Zandra. Saya datang dari keluarga yang hanya hidup bersederhana. Tetapi awak, lahir dari keluarga yang serba-serbi sempurna." Setelah lama mereka dihuni kesunyian, dia membuka mulut.

"Kalau nak cakap tentang kekurangan, saya pun ada kekurangan. Saya tak mampu nak bahagiakan awak dengan duit. Saya tak mampu nak bagi awak kemewahan seperti yang awak ada sekarang. Andai awak tahu betapa setiap hari saya takut. Saya takut saya tak mampu bahagiakan awak sebagai isteri saya memandangkan saya hanya manusia biasa."

"Tapi Zandra, kebahagiaan tak boleh diukur dengan duit semata."

Zandra mengerut kening. Dia masih menanti bicara Aqeel yang seterusnya.

"Kalaulah duit itu satu-satunya punca kebahagiaan manusia di atas muka bumi ini, mengapa masih ada yang tidak bahagia walaupun mereka sudah ada segalanya?" Soalan Aqeel membuatkan Zandra tergamam.

"Duit atau harta takkan boleh buat kita bahagia sahaja. Tetapi ia juga akan buat kita obses. Obses untuk memilikinya."

"Punca kebahagiaan kita adalah Allah swt. Dia yang kurniakan kebahagiaan untuk kita. Jika bukan kerana Dia, kita takkan merasai nikmat bahagia itu sendiri."

Zandra menelan liur sendiri. Dia benar-benar mati kata.

"Sebab, ada manusia, walaupun hidup dia hanya sederhana, tetapi dia bahagia. Dia tetap bersyukur dengan apa yang dia ada. Dan ada juga manusia yang punyai segalanya, tetapi dia masih rasa tidak bahagia. Dia masih rasa tak cukup."

"Jadi, sebenarnya, kebahagiaan itu semua diatas izin-Nya. Kita akan bahagia apabila kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita akan bahagia jika kita percaya adanya Tuhan yang berkuasa ke atas alam semesta." Hujah Aqeel panjang lebar. Dia memandang wajah Zandra.

"Allah juga menciptakan segalanya berpasangan. Tak apa kalau awak tak bersedia untuk bercinta, tetapi jangan sampai tidak percaya pada cinta. Jangan kerana perbuatan manusia atau salah sangka kita pada manusia, kita menafikan perasaan yang Allah kurniakan pada kita."

"Perasaan cinta, sayang, suka atau benci, semua itu datangnya dari Allah. Dia yang memberi rasa itu pada kita. Jangan kerana kita kecewa dengan manusia, kita berhenti untuk mencintai. Kita berhenti untuk merasa cinta."

"Saya faham maksud awak, Zandra. Saya tahu awak tak nak berkahwin dengan saya kerana takut saya akan kongkong hidup awak."

"Saya takkan kongkong, Zandra. Saya takkan paksa awak untuk tinggalkan semua kehidupan awak yang sekarang. Tetapi, saya akan pastikan awak sendiri yang tinggalkan semua itu. Awak sendiri yang reda untuk berubah."

"Dan sebelum benda itu terjadi, saya janji, saya akan bimbing dan didik awak menjadi yang terbaik." Tunak matanya memandang mata Zandra menyalurkan keikhlasannya. Dia ikhlas untuk mengahwini Zandra. Bukan bermaksud dia tidak peduli tentang halal haram yang gadis itu lakukan, tetapi, dia akan pastikan gadis itu akan berubah dengan sendirinya nanti. Dia akan bantu gadis itu untuk berubah.

"Saya takkan tinggalkan awak hanya kerana kekurangan yang awak ada. Akan saya jadikan kekurangan itu satu punca untuk awak menjadi lebih baik, Dhia Zandra." Diukir senyum tipis untuk gadis itu. Dia mahu Zandra tahu siapa pun gadis itu, dia tetap terima seadanya. Dia tetap mahu Zandra menjadi isterinya.

Jantung Zandra berdetak abnormal apabila melihat senyuman Aqeel. Dia baru tahu atau selama ini dia butakan mata dan hatinya untuk melihat keikhlasan lelaki itu? Dalam tak sedar, tersentuh juga hatinya dengan kata-kata Aqeel.

"Terima dia, Zandra. Walaupun I tak pernah jumpa dia, I tahu pilihan papa you tepat. Dia betul-betul sayangkan you. Dan pasti dia nak yang terbaik untuk anak dia."

Kata-kata Noah tempoh hari bermain dalam fikiran Zandra. Dia masih berkira-kira hendak menerima Aqeel. Apa yang dikatakan Noah, separuh dari hatinya hendak menurutinya tetapi separuh lagi masih terasa berat hendak dituruti.

Zandra mengeluh berat.

Allah berfirman dalam surat Yasin ayat 36:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Allah berfirman dalam surat Yasin ayat 36:

سُبْحٰنَ الَّذِيْ خَلَقَ الْاَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ وَمِنْ اَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُوْنَ

"Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now