Part 26

6.1K 292 21
                                    

Dia tersenyum apabila susuk tubuh isterinya ada di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tersenyum apabila susuk tubuh isterinya ada di atas katil. Ingatkan Zandra ke mana. Hampir segenap rumah dicarinya.

Kaki melangkah ke arah katil. Punggung dihenyak di sebelah isterinya. Sengaja dia merapatkan tubuh ke arah Zandra.

"Assalammualaikum, sayang." Ujar Aqeel lembut. Sengaja dibuat suara manja. Apa salahnya bermanja dengan isteri?

"Nak apa?" Mendatar nada suara Zandra. Matanya ralit menatap skrin telefon.

"Tak jawab pun salah abang." Aqeel mencebik bibirnya.

Zandra mengeluh perlahan.

"Wa'alaikumussalam." Malas dia menjawab.

Aqeel kembali tersenyum.

"Sayang..." dileretkan suaranya. Zandra hanya diam. Mungkin malas hendak melayan suaminya.

"Ohhh sayang..." dicuit bahu Zandra yang berlapik baju.

Zandra menepis kasar tangan suaminya.

"Ish apa cuit-cuit ni?" Entah mimpi apa Aqeel hendak mengada-ngada seperti ini. Siang hari pun buat perangai!

"Pandanglah abang." Aqeel kembali mencebik bibirnya.

"Cakap je lah!" Dia masih menatap skrin telefon.

"Pandanglah duluu..."

Zandra mendengus kasar. Dia memandang tajam wajah suaminya.

"Nak apa?!"

"Amboi, garangnya!" Ketawa Aqeel melihat wajah berang Zandra.

Zandra menjeling Aqeel.

"Okay, okay. Abang serius." Takut pula tengok wajah isterinya tika ini. Macam nak telan orang pun ada. Tak mahu dia tidur luar malam ni kalau terus-terusan mengusik.

"Jom keluar, nak?"

"Pergi mana? Shopping ke?" Mata Zandra sudah bersinar-sinar jika benar Aqeel hendak bawanya pergi membeli-belah.

"Nope. Beli barang masak. Umi cakap barang masak dah nak habis. Jom teman abang beli, nak?" Senyum melebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Zandra mengeluh malas.

"Ish, tak nak lah! You pergi je lah! I malas!" Ingatkan nak ajak shopping, nak lah juga ikut. Tapi...

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now