Hari ini. Hari ini merupakan hari di mana segalanya akan berakhir. Sudah seminggu berlalu tetapi Zandra masih sama. Tiada perubahan. Mungkin benarlah, ini suratan takdir untuk mereka. Mungkin mereka memang tak ditakdirkan bersama. Sampai masa, Zandra dibawa pergi dari dia. Jauh dari dia. Meninggalkan segala-galanya.
Tak mampu digambarkan apa yang dia rasa tika ini. Tangan menggigil mengusap ubun-ubun isterinya. Walaupun dia sudah reda, tetap juga rasa sedih tak mampu ditahan. Dia reda melepaskan isterinya pergi. Dia reda mungkin isterinya akan bahagia di sana nanti. Zandra tak perlu lagi rasa terseksa di dunia.
"Sayang..." sebak.
"Kejap lagi doktor nak datang. Doktor dah nak cabut dah semua yang ada pada Zandra." Berat hatinya untuk mengungkap kata ini. Tetapi, dia sendiri hanya meminta masa seminggu. Jadi, selepas ini semuanya atas doktor itu sendiri.
"Zandra tak perlu nak rasa terseksa lagi, sayang. Zandra takkan sakit dah." Dia cuba paksa diri untuk senyum walaupun hendak bercakap pun dia tak mampu. Sekarang ini, dia hanya menunggu masa saja tika dia dikhabarkan pemergian isterinya.
"Cepat sangat sayang nak pergi dari abang. Kita tak sempat nak buat macam-macam lagi, sayang. Banyak lagi kenangan yang kita tak cipta bersama. Jauh lagi perjalanan kita yang belum lagi kita tempuh bersama. Kenapa sayang dah nak pergi?" Sayu dia berbicara dengan isterinya. Memang benar, masih banyak lagi benda mereka tak buat bersama. Usia perkahwinan mereka juga masih baru lagi. Masih terlalu awal lagi namun Zandra sudah ingin pergi dari hidupnya.
"Tapi tak apa, mungkin Zandra lebih bahagia tanpa abang, ya? Abang minta maaf sebab tak bahagiakan Zandra. Abang mengaku abang jahat, abang dah janji tapi tak tepati sampai Zandra terluka dengan perbuatan abang." Masih segar di fikirannya bagaimana dia perlakukan isterinya. Terkadang dia sudah tak kenal dirinya sendiri tika itu. Aqeel yang dulu bukan seorang yang panas baran, menyakiti wanita tetapi boleh berubah sebegitu hanya kerana salah faham. Dia kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri.
"Sebab tu abang reda, sayang. Abang reda kalau betul dah sampai masa sayang untuk pergi. Tapi, abang tetap rasa ralat sebab tak sempat nak minta maaf dengan Zandra. Abang tak sempat nak tebus silap abang pada Zandra. Abang minta maaf, sayang..." terhambur perlahan tangisnya. Dia akan pastikan ini kali terakhir dia menangis. Dia tak mahu meratap lagi. Takut isterinya akan lebih terseksa nanti.
Tangannya kuat menggenggam tangan Zandra. Daripada tadi dia hanya di sini menemani Zandra. Dia takut selepas ini dia tak dapat teman gadis itu lagi. Dia mahu, walaupun di saat akhir Zandra, dia ada di sisi gadis itu. Seperti yang dipinta Zandra sendiri, dia akan berada di sisi Zandra hingga hujung nafas gadis itu. Itu janji yang akan dia tepati.
"Tapi... Zandra cuma minta..."
"Izinkan Zandra untuk terus berada di sisi abang sehingga hujung nafas Zandra. Tolong... tolong terus kekal dengan Zandra sehingga Zandra menghembuskan nafas terakhir... boleh?"
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...