Peti ais dibuka. Atas bawah matanya meliar tetapi masih tiada yang menarik perhatian. Perut sudah berkeroncong minta diisi. Hendak masak, tidak pandai. Takkan mahu beli? Kerana terlalu lama dia lelap sehingga tidak sedar malam telahpun menjelang tiba dan dia baru teringat dia masih belum makan. Keluhan berat dilepaskan.
"Sayang, cari apa tu?" Tegur seseorang dari arah belakang.
Terhinggut bahu Zandra apabila suara itu menampar lembut telinganya. Dia menoleh ke arah figura itu. Terlihat Aqeel mengangkat kening menunggu jawapannya.
"Err... tak ada apa lah." Dia terus melangkah hendak melepasi suaminya tetapi pergelangan tangannya tiba-tiba dipegang seseorang membuatkan langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang Aqeel.
"Sayang lapar?" Lembut Aqeel bertanya.
Zandra menggeleng laju. Menafikan.
"Mana ada! I okay je lah!"
Tiba-tiba perutnya berbunyi kuat sehingga Aqeel pun dapat mendengarnya. Terletus tawa di bibir lelaki itu. Memerah malu Zandra. Dia mengetap bibir perlahan menahan malu.
"Itu lah. Lain kali jangan jual mahal. Dah tahu lapar, masih nak tipu." Usik Aqeel.
Zandra mencebik mulut.
"Dah, jom. Kita makan eh? Abang dah masak tau." Ujar lelaki itu ceria.
"Ma... masak? You masak?" Soal Zandra tak percaya. Lagi membuatkannya terdiam adalah makanan yang dimasak Aqeel. Terdapat banyak lahk di sebalik tudung saji. Ternganga kecil gadis itu.
"Mestilah. Takkan jiran sebelah pula yang masak." Sindir Aqeel mengusik isterinya. Tangan menarik isterinya untuk duduk di sebelahnya.
"Ceh!"
"Dah, jom makan." Dia menceduk nasi ke dalam pinggan untuk isterinya. Zandra memandang pelik ke arahnya.
"Satu je pinggan? You tak nak makan ke?" Soal Zandra.
Aqeel tersenyum seraya menggeleng kecil.
"Abang tak lapar lagi. Zandra makan je dulu, okay?" Balas lelaki itu.
Zandra hanya mengangguk. Tak apa lah kalau begitu. Takkan dia mahu paksa pula.
Tangan laju mengambil sudu lalu mengambil lauk. Dia memang benar-benar lapar sekarang. Dah tak kisah dah kiri kanan.
Sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam mulutnya, dia terkedu. Mata memandang Aqeel dengan wajah tak percaya.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...