Sedang elok dia mengemas meja makan, tiba-tiba muncul sejambak bunga di hadapan muka. Terus terhenti tangan yang sibuk mengelap tadi. Kaku memandang bunga ros merah itu sebelum memusingkan tubuh memandang figura yang mengepungnya. Terbit senyum di wajah.
"Abang dah balik?"
"Assalammualaikum, sayang." Ditarik senyum paling manis buat Zandra.
"Wa'alaikumussalam." Diusap lembut rahang Aqeel.
"This is for my angel wife." Tersengih dia merenung isterinya.
"Bunga lagi? Abang, masuk hari ini dah seminggu abang bagi bunga dekat Zandra tau." Ujar Zandra. Namun, tangan tetap juga mencapai huluran suaminya.
"Apa salahnya? Silap hari bulan, abang buat taman bunga nanti kat sebelah rumah." Balas Aqeel selamba membuatkan Zandra ketawa kecil.
"Thank you, abang."
"My pleasure, sayang."
"Ni, Ayyash mana?" Soalnya seraya meliarkan mata mencari anaknya.
"Ada dalam bilik. Tengah bersiap. Abang ada janji dengan dia apa-apa ke?" Hairan juga dia melihat anaknya yang sedang menyiapkan diri padahal baru berumur 5 tahun.
Aqeel ketawa.
"Abang janji nak bawa Ayyash pergi taman. Dia cakap nak main dekat taman. Abang ikutkan je." Balas Aqeel.
Zandra menggeleng kepala. Memanglah, Aqeel dengan Ayyash sudah jadi satu kumpulan sekarang. Hanya dia saja yang seorang tiada sesiapa mahu membelanya.
"Sayang ikutlah sekali. Nak?"
"Boleh je. Kejap, Zandra pergi bersiap."
"Okay. Abang tunggu."
"Nah, sambung lap meja ni." Diberi sehelai kain basah kepada suaminya membuatkan Aqeel terdiam.
"Ala, kain? Tak ada ke 'upah' lain?" Sengaja dia mengusik isterinya.
"Tak ada! Tolong lap meja tu!" Ujar Zandra yang sudah menaiki tangga. Sembunyi senyum melihat wajah cemberut suaminya.
•••
"Turun cepat, Ayyash! Baba tunggu kat bawah ni." Jerit Aqeel kepada anaknya yang sedang menaiki tangga untuk masuk ke dalam gelongsor.
Zandra hanya senyum melihat Aqeel melayan anak mereka. Dia yang sedang duduk di bangku tidak jauh dari mereka hanya perhati saja dua orang manusia itu. Selalunya anak lelaki akan rapat dengan ibunya tetapi lain bagi Ayyash. Tidak dinafikan, Ayyash sangat rapat dengan Aqeel. Mungkin kerana Aqeel rajin melayan kerenah Ayyash. Apa yang anaknya mahukan, pasti akan dituruti.
Alhamdulillah. Selepas lima tahun, hidupnya semakin bahagia. Walaupun masih ada ujian dan dugaan yang menimpa rumahtangganya, dia dan Aqeel sudah berjanji untuk tempuhnya bersama-sama. Apa yang jadi pada mereka dahulu dijadikan pengajaran. Aqeel juga semakin lama semakin matang. Tidak lagi seperti dulu yang suka serkap jarang. Apa pun Aqeel akan tanyanya dahulu dan lebih percayakannya berbanding orang lain.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...