Tubuh perlahan-lahan duduk di birai katil. Dada turun naik menahan segala rasa. Walaupun riak wajahnya kelihatan dingin tetapi air mata juga tidak berhenti mengalir. Tangan menyeka air mata kasar. Bibir digigit kuat. Semakin lama dia semakin tidak mengenali dirinya lagi. Zandra yang dahulu tidak begini. Tidak lemah sebegini. Mengapa dia berubah menjadi semakin rapuh?
"Sayang..."
Zandra membelakangkan lelaki yang merapatinya. Dia berjalan ke balkoni yang terbuka sedikit pintunya.
"Zandra..." tidak berhenti dia memanggil isterinya. Tidak betah dia melihat Zandra begini. Dia lebih suka lihat isterinya banyak melawan cakapnya daripada bisu begini.
"Bila kita akan pergi dari sini?" Soal Zandra mendatar.
Aqeel mengerut kening.
Zandra menoleh memandang suaminya.
"You cakap beberapa hari je kita kat sini. Tapi sekarang, dah hampir seminggu, Aqeel! Bila kita akan pergi dari sini?!" Makin meninggi nada suaranya. Wajahnya terlihat sangat bengis.
Aqeel meneguk liur payah.
"Sayang..."
"Esok kita akan pergi dari sini."
"What?" Hampir tak terkeluar suara Aqeel.
"Esok kita akan pergi dari sini. You tak dengar ke?!" Ulang Zandra dengan suara yang masih meninggi.
"Sayang, jangan lah macam ni. Abang janji kita akan keluar tak lama lagi." Aqeel cuba memujuk isterinya.
"No! Nak tunggu berapa lama lagi?! I dah tak sanggup nak duduk sini, you faham tak?!" Tengking Zandra.
Aqeel terdiam.
"Kita keluar esok atau I saja yang keluar."
"No, Zandra." Keras Aqeel bersuara.
"You pilih. Kalau you tak nak kita keluar esok, then fine. Biar I saja yang keluar. Dan sekali I keluar dari rumah ni, I akan pastikan I takkan jejak lagi kaki I ke sini, Aqeel." Dia seakan-akan mengugut Aqeel. Dia terpaksa buat begini. Jika tidak, makin banyak lagi sakit yang perlu dia rasa.
"Zandra, please... jangan macam ni..."
"Jangan macam ni apa?! You tak nampak ke layanan umi you pada I?! Sampai bila lagi I kena bertahan dengan perangai dia?!" Sungguh dia sudah tak mampu bersabar. Siapa saja mampu terima dihina, dicaci malah ditengking setiap hari? Dia dah buntu apa salahnya sehingga begitu sekali Puan Aqilah melayannya. Terkadang dia rasa tak adil. Dia tak patut terima semua ni. Tetapi mengapa dia yang perlu hadapi segala ni?
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...