Daripada tadi suasana antara mereka sunyi sahaja. Jika sebelum ini, merekalah paling riuh jika berjumpa. Tetapi, segalanya berubah hanya sekelip mata.
"Ehem!" Dia berdehem perlahan mengusir rasa canggung di antara mereka.
"You nampak cantik, Zandra..." dia membuka mulut. Tidak betah dengan keadaan mereka yang hanya sepi sahaja.
Zandra menayang senyum kecil.
"Thank you..." balas gadis itu ringkas. Bukan apa, dia terasa sangat janggal tika ini. Berdua-duaan dengan lelaki itu walaupun di tempat terbuka benar-benar menyesakkan dadanya.
"Congratulations. I doakan you bahagia dengan your husband until forever." Ujar Noah dalam nada perlahan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Tangan digenggam menyalurkan kekuatan yang hanya tinggal sisa.
"Thank you, Noah. Thank you juga sebab sudi datang. I ingat you tak nak datang tadi." Balas Zandra. Tipulah jika dia tidak menunggu kedatangan Noah di hari perkahwinannya. Noah itu sahabatnya. Pasti dia mahu lelaki itu ada.
"I minta maaf sebab tak dapat datang majlis nikah you pagi tadi. I baru balik dari outstation. Tu yang terus ke sini."
Zandra mengangguk perlahan. Dalam hati, terbit juga rasa terharu kerana lelaki itu sanggup juga datang ke majlisnya walaupun baru balik dari kerja.
"I ada jumpa dengan husband you tadi." Bicara Noah tiba-tiba.
Kepala Zandra terus menoleh memandang wajah Noah dengan pandangan curiga. Jumpa?
Noah tertawa kecil melihat reaksi Zandra. Takut sangat lah tu kita serang suami dia?
"You jangan risau lah. I tak ada buat apa-apa pun kat dia. I belum gila lagi." Jelas Noah apabila melihat riak Zandra.
Gadis itu seperti mengeluh lega.
"I cuma berborak biasa saja dengan dia. Tak dinafikan, he's such a good man. I rasa you tak salah pilih dia sebagai suami you."
Zandra hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apakah keputusannya berkahwin dengan Aqeel adalah suatu keputusan yang tepat atau tidak. Dia masih dalam dilema.
"He's now your husband, Zandra. Tak salah kalau you cuba cintakan dia kan?" Susah untuk dia ungkapkan kata-kata ini memandangkan Zandra sendiri tahu perasaannya terhadap gadis itu. Tetapi melihatkan suami Zandra, dia yakin gadis itu menemui lelaki yang tepat untuk menjaganya sepanjang hidup. Walaupun perit untuk menerima kenyataan itu, kenyataan tetap kenyataan. Kita harus hidup dengan realiti kehidupan walaupun pahit dan perih.
"Bukan senang nak cintakan seseorang, Noah." Balas Zandra perlahan. Jujur dia katakan, dia tiada rasa sayang pun terhadap Aqeel. Dia terima lelaki itu hanya kerana ingin memuaskan hati semua orang kerana semua orang tidak berhenti hendak menyatukan dia dengan lelaki itu. Dia jadi rimas pula.
YOU ARE READING
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘
Romance[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang su...