Part 8

6.3K 349 14
                                    

"Wah, umi, abi, tengok cerita apa ni?" Tegur Aqeel sebaik sahaja dia turun dari biliknya dan melihat figura Encik Aziz dan Puan Aqilah di ruang tamu sedang khusyuk melihat skrin televisyen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah, umi, abi, tengok cerita apa ni?" Tegur Aqeel sebaik sahaja dia turun dari biliknya dan melihat figura Encik Aziz dan Puan Aqilah di ruang tamu sedang khusyuk melihat skrin televisyen.

"Cerita umi lah. Drama kesukaan dia." Balas Encik Aziz menyakat isterinya. Puan Aqilah mencebik bibir apabila diusik.

"Alah, abang pun join tengok sekali. Saya tahu lah cerita saya ni best, kan?" Ujar Puan Aqilah tidak mahu kalah.

"Iya lah." Akhirnya Encik Aziz mengalah. Perempuan kan? Mana pernah salah.

Aqeel hanya tersenyum melihat kemesraan umi dan abi nya. Walaupun sudah bertahun melayari bahtera perkahwinan, mereka masih sama. Masih mesra. Dia juga berharap suatu hari nanti, apabila dia berkahwin, dia dan isterinya akan jadi seperti umi dan abi. Sentiasa berkasih sayang.

"Ha, Aqeel, termenung pula dia. Pagi tadi umi kata Aqeel pergi rumah keluarga bakal isteri, betul ke?" Tegur Encik Aziz tika melihat Aqeel termenung jauh.

Aqeel yang seperti baru tersedar terus memandang wajah Encik Aziz dan Puan Aqilah. Dia mengukir senyum tipis. Kepala diangguk perlahan.

"Macam mana? Apa kata pihak sana?" Teruja Encik Aziz mahu mengetahui apa yang terjadi. Puan Aqilah hanya sepi. Tidak terasa hendak membuka mulut walau sepatah pun. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia juga mahu tahu apa yang berlaku di sana.

"Dia orang okay. Cuma mereka minta bawa umi dan abi ke sana. Jumpa dengan mereka."

"Pasal Zandra, nanti dia orang beritahu jawapan."

Encik Aziz mengangguk perlahan.

"Jadi, Aqeel memang betul-betul berkenan dengan anak perempuan dia orang ke? Dah fikir masak-masak?" Soal Encik Aziz inginkan kepastian.

Aqeel mengangguk perlahan sambil tersenyum.

"Kalau macam itu, baguslah. Abi tak ada halangan. Apa pun keputusan Aqeel, abi ikutkan saja. Asalkan Aqeel bahagia."

"Tapi ingat, nak jaga anak orang, bukan suatu hal yang mudah. Apabila keluarga dia dah setuju untuk izinkan Aqeel berkahwin dengan anak mereka, bermakna mereka sangat-sangat percayakan Aqeel untuk jaga, bimbing dan bahagiakan anak mereka. Faham?" Pesan Encik Aziz.

"Faham, abi. Terima kasih sebab restukan hubungan kami."

Encik Aziz hanya mengangguk kecil sebelum perhatiannya mulai teralih ke arah isterinya.

"Ha Qilah, awak okay tak ni? Diam je. Awak dengar tak anak kita cakap apa tadi?" Tegur Encik Aziz. Bukan dia tak perasan raut wajah muram Puan Aqilah. Dia sendiri tidak tahu apa yang mengganggu fikiran isterinya. Anak mereka hendak berkahwin saja, bukan hendak larikan diri. Dia punya risau sehingga berfikir yang bukan-bukan.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now