Part 36

6.4K 342 32
                                    

Enjin kereta dimatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Enjin kereta dimatikan. Tubuh dibawa keluar sebelum pintu itu dihempas kuat. Riak wajahnya dingin. Mata tajam melihat sekeliling. Dia menarik dan menghembus nafas kuat lantas kaki melangkah masuk ke dalam.

Muzik nyaring itu menampar gegendang telinganya. Inilah kali pertama dia jejak kaki ke sini. Dan tidak pernah sekalipun dia terfikir untuk ke sini. Namun, hari ini, tercipta dalam sejarah, dia datang hanya kerana seseorang.

Matanya yang tajam itu meliar seperti mencari mangsa.

"Aqeel." Tegur seseorang dari belakang sebelum dia menoleh melihat figura itu.

"I'm Dee." Ujar gadis itu.

Samar-samar Aqeel dapat mendengar suara gadis itu memandangkan muzik layar di situ terlalu kuat.

"Where's she?" Soal Aqeel dingin. Dia tiada masa untuk sesi suai kenal. Ada yang lebih penting dari ni.

Dee meneguk liur payah. Jika melihat pada riak lelaki itu sekarang, sangat berbeza dengan Aqeel yang sebelum ini. Lelaki yang berada di hadapannya seperti mempunyai sisi yang lain.

"Dia... ada dekat situ." Dia menunjuk ke arah ramai orang yang berkerumun itu.

Aqeel mendengus kasar. T shirt hitam berlengan panjangnya disingsing hingga ke siku. Dari luar nampak dia tenang, tetapi sebenarnya sekarang dia sedang menahan rasa. Hatinya meluap-luap panas apabila kelibat seseorang yang dicarinya sudah ditemui. Membara sahaja hatinya apabila melihat gadis itu sedang dikelilingi ramai lelaki.

Tanpa membuang masa, Aqeel terus melangkah ke arah gadis yang dicarinya. Ditolak kuat lelaki-lelaki yang menyendeng di sisi gadis itu.

Zandra seperti tidak sedar apa yang terjadi. Dia masih lagi melenggokkan tubuhnya sebelum tanpa sempat dia membuat apa-apa, tubuhnya telahpun dicempung.

"Hei!" Jeritnya kuat.

Aqeel langsung tak peduli dengan jeritan isterinya. Dia menonong keluar dari situ dengan Zandra yang berada di bahunya. Kuat gadis itu memukul belakang tubuhnya tetapi dia buat tak endah sahaja.

Tiba-tiba Zandra ketawa. Dia sepenuhnya telah dikawal dengan air arak yang diteguknya tadi.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Aqeel meletakkan Zandra di tempat penumpang. Dia melangkah ke tempat pemandu. Matanya tajam memandang Zandra yang senyum tetapi mata tertutup.

Sungguh dia kecewa dengan isterinya. Suami mana sahaja tidak sedih melihat isterinya mabuk di depan mata sendiri?

"Kenapa buat macam ni, Zandra? Adakah saya salah dalam mendidik awak sebagai seorang isteri?" Soalnya sendiri. Sayu. Dia tahu Zandra telahpun lena. Namun, dia tak mampu menahan rasa kecewanya.

Seketika Zandra mencelikkan matanya. Redup pandangannya menentang mata Aqeel.

"Aqeel..." panggilnya perlahan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia dapat rasa suaminya berada di hadapan mata. Ataupun itu semua khayalan? Entahlah, dia sendiri separa sedar tika ini.

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now