Part 9

5.8K 328 14
                                    

Tok! Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok! Tok!

Pintu yang diketuk hanya dibalas sepi. Tiada sahutan mahupun tanda-tanda pintu itu bakal dibuka. Sekali lagi dia mengetuk pintu tersebut.

Tok! Tok! Tok!

Masih sama. Tiada sahutan.

"Haih, tidur lagi ke anak dara seorang ni?" Ujarnya kepada diri sendiri.

Tok! Tok! Tok!

"Zandra sayang... buka pintu ni... ni mama..." ujar Puan Sri Dian. Pintu itu diketuk bertalu-talu. Namun, masih sama.

"Zandra... bangun, sayang..."

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu dibuka dari dalam. Terus kornea matanya terhidang dengan wajah kusut Zandra yang seperti baru bangun tidur. Gadis itu menggosok mata.

"Mama, nak apa ni pagi-pagi ketuk pintu bilik orang ni? Orang nak tidurlah." Bebel Zandra. Dia sudah bersandar ke pintu sambil mata tertutup.

"Ish, bangunlah, Zandra... ada orang datang tau kat bawah tu." Balas Puan Sri Dian lembut.

"Ish, siapa pula datang? Suruhlah dia datang hari lain. Ataupun mama je pergi layan dia orang." Dia sudah mahu menutup pintu sebelum dihalang Puan Sri Dian.

"Ish, mana boleh macam tu. Yang ada dekat bawah sekarang ni keluarga bakal mertua Zandra tau. Zandra kena bangun sekarang."

"Apa? Bakal mertua? Sejak bila Zandra cakap nak kahwin ni?" Kantuk yang singgah sebentar tadi hilang serta-merta apabila mendengar kata-kata mama. Dia belum beri kata putus lagi, memandai sahaja datang ke rumah orang ni kenapa?

"Zandra, Zandra dah lupa ke kata-kata papa tempoh hari? Zandra nak ke kena kurung dalam bilik? Nak?" Dia terpaksa mengugut anaknya seperti yang dikatakan suaminya. Jika tidak, pasti gadis itu akan buat hal nanti.

"Zandra tak nak kahwin, mama!"

"Lepas itu, Zandra nak ikut cakap papa lah? Nak kena kurung ke? Nak macam tu?"

Terdiam gadis itu. Seketika dia teringat kata-kata Noah. Sudah lama dia tidak bertemu lelaki itu. Jika dahulu, setiap hari pasti wajah Noah sajalah menjadi santapan matanya. Entah apa lah jadi pada lelaki itu. Bukan dia tidak mahu memghubunginya, tetapi apa yang berlaku pada mereka sebelum mereka menjauh membuatkan dia terasa janggal. Noah benar-benar meletakkan dia ke satu situasi yang menjanggalkan. Tetapi, walau di mana pun Noah berada, dia harap lelaki itu akan baik-baik sahaja.

Tidak pernah dia sangka hubungan mereka akan berakhir seperti ini. Tidak disangka lelaki itu menaruh hati padanya. Sangkanya, Noah memang seorang lelaki yang sangat prihatin. Tidak tahu lah pula lelaki itu sukakan dirinya. Tetapi, kalaupun dia tahu, belum tentu dia hendak membalas cinta Noah. Dia menganggap lelaki itu tak tumpah seperti seorang sahabat sahaja.

"Dah, Zandra pergi bersiap sekarang. Kejap lagi turun. Mereka dah tunggu kat bawah. Zandra jangan buat hal ya? Papa perhati saja tau." Dia mengugut anaknya supaya gadis itu tahu takut. Zandra mendengus geram. Mengapa ya semua orang hendak mengatur hidupnya?

𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘Where stories live. Discover now