"IS he your boyfriend?"
Soalan biasa aje pun tapi kenapa jenis penerimaan aku macam ini sangat luar biasa? "B-bwo!? Michyeosseo!!?" Mujur aku bukan kartun. Kalau tak mesti biji mata dah terjojol keluar sekali dengan spring.
Heh, kartun sangat!
Tak berkelip aku pandang dia yang masa ni pun ikut pandang aku dengan riak budak umur tiga tahun kena marah dengan mak dia sebab buat perangai mintak beli coklat Cadbury padahal dekat tangan dia dah ada coklat KitKat paket besar. Melampau betul ya budak tu. Melampau bertingkat-tingkat!
"Eh- tak! Tak! I mean...what? Are you for real?" Aku betulkan ayat bagi nampak semengah sikit. Nada pun lapan puluh persen kurang tinggi dari yang tadi.
Tu la kau, Ifti...banyak sangat tengok drama korea. Kan dah terbawa-bawa.
Apedia tadi?
Bwo? Michyeosseo?
Kau fikir dia faham bahasa korea ke? Kau pun faham satu dua perkataan aje. Huh!
Lahai... Sudahlah suara aku masa menjerit tadi kemain kuat. Jomlah tolong berdoa supaya aku tak ganggu tidur jiran-jiran tetangga. Amin....
"So, dia bukan boyfriend kau?" Dah hilang riak budak umur tiga tahun, wajahnya kembali tenang. Perbuatan menyiram pokok bunga dia pun bersambung semula.
"Of course la bukan. He is Deris, my bestfriend." Lepastu aku tergelak-gelak. Hanya semata sebab aku terfikir benda tu akan jadi lawak terpaling kelakar dalam dunia andaikata Deris tu boyfriend aku. Ya ampun...sumpah aku tak boleh imagine sampai ke situ! "Kitorang kenal sejak degree dulu." Sambung aku dengan sisa gelak yang masih berbaki. "Dari kena jadi gang group assignment masa semester satu sampailah jadi kawan baik macam sekarang."
Ya, aku tahu dia tak tanya pun. Tapi sajalah aku nak bagitahu. Apa salahnya aku kenalkan kawan baik sendiri dekat crush sendiri walaupun secara tak langsung. "Selain Deris, saya ada lagi dua orang kawan baik. Khai dan Yaya. Diorang ni lagi lama kenal. Since zaman pra sekolah. Dua-dua dah kahwin. Oh, ya... Deris tadi belum kahwin." Aku selit pasal status kawan-kawan aku pula. "Yaya dengan Khai dah nak masuk anak ketiga. Due Yaya bulan depan. Khai pulak baru aje tadi buat announcement mengandung lagi. Tu pelepah kelapa tu kerja dia la tu. Dah tiba-tiba mengidam nak makan dodol buat sendiri dengan kawah dan pelepah kelapa."
"So, Khai tu perempuan?" Selit dia ditengah aku bercerita.
"Yelah. Takkan dia lelaki? Baru je tadi saya cakap dia mengidam dodol-- eh, jap." Aku pandang dia yang masa ni sedang pandang aku. Dia nampak keliru. "Laaaaahhh...mesti awak fikir dia lelaki sebab saya panggil dia Khai aje kan? Taklah... Dia perempuan. Nama penuh dia Khairina Fartini. Kitorang yang rapat je panggil dia Khai."
Tau tak apa?
Lepas penat-penat aku buat penjelasan, dia terus toleh kesana dan bagi aku tengok belakang dia aje. Dah tu tadi kenapa bertanya macam berminat dengan topik cerita aku? Atau tu memang cara halus yang dia guna untuk halau aku masuk rumah cepat-cepat? Dah menyampah tengok aku kat sini lama-lama la tu.
"That Deris guy... Is he still single?" Baru aje mahu berpusing, soalan itu menjengah telinga aku. Tak jadi lagi aku untuk masuk ke dalam rumah.
Macam terkena renjatan elektrik gaya aku sekarang masa cari muka dia. "K-kenapa awak tanya?" Perasaan tergamam yang bertandang buatkan suara aku tersekat-sekat.
"Saja nak tahu." Jawab dia, senada.
Wei! Dah kenapa dia tanya soalan tu? Tolonglah jangan cakap yang dia... "Awak...berminat dengan Deris ke?"
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Short Story"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...