#First update cerita ni untuk tahun 2023 🎉💃. Ya, tahu dah lambat tapi Ifti still nak wish jugak. Happy new year gaiss... Semoga yang baik-baik aje untuk awak semua. Aminnnn 🥰
#Sajalah nak bagitahu...salah satu azam Ifti untuk tahun baru ni adalah kurangkan silent reader. Aaaacepatlah vote reramai k 😜🤗. Thank youuuu 💝❤️❤️🔥
***
"SEDIM pun cantik. Aku pernah pergi dua kali." Orang pertama yang petik calon tempat yang bakal kitorang pergi bercuti satu geng pada tahun ini adalah Syifa.
"Ke nak panjat Janda Baik? Sana sejuk pun sejuk." Cadangan kedua datang dari Im atau nama penuh dia Imran Hakim.
"Sungai Yu pun lawa." Celah Daus pula dengan mulut penuh dengan muruku. "Aku dah pergi tiga kali."
"Hari tu officemate aku recommended satu tempat campsite ni...dekat Gerik." Apa nama entah, yang?" Taufiq pandang sekilas ke arah isteri dia, Sofea di kerusi sebelah.
"Fuiyoh Campsite ke?" Tanya Sofea balik yang sedang menyuap nestum pada anak sulung mereka, Tariq.
"Ya..ya, Fuiyoh Campsite."
"Kitorang baru je sampai sana last month. Kalau situ aku hundred percent vote. Murah pun murah. Korang bayangkan eh... untuk tiga hari dua malam, whole campsite tu dalam RM1500 je wei. Khemah, BBQ tools semua provided." Selit Kinah, ahli group kitorang yang terpaling ramah tamah. "Im, nakkk..." Lepastu fokus dia beralih pula kepada bekas kapten pasukan bola sepak kolej selama tiga tahun berturut-turut itu.
Buka dulu penutup, keluarkan beberapa keping cookies dan susun dalam pinggan, balang ditangan Im hulurkan pada perempuan yang bukan aje paling ramah tamah tapi dia juga orang pertama yang berkahwin dalam group kitorang berlapan. "Last year dah turun belah sana. This year kita pergi Selatan la pulak."
"Mana?" Tanpa dirancang kitorang enam orang bergabung suara.
"Port Dickson jom?" Im angkat kening. "Lama tak main pasir laut doe."
"Aku on! " Laung Daus pula sambil tangan menyumbat muruku ke mulut buat untuk kali berapa puluh dah pun. Dua saat lepastu dia terbatuk-batuk. "If--ti... Air...air..."
Mentang-mentang jag air memang duduk aje depan aku semata beralasankan risau tertumpah gara-gara anak-anak diorang yang sangat aktif, kerja aku dari tadi dok tuang air dekat diorang. "Muhammad Firdaus, kau dengan perangai rakus kau memang berpisah tiada ke hah? Dah masuk anak dua pun makan tu dok tercekik lagi." Geleng kepala dengan perangai tak semengah si bekas MPP tersohor universiti itu dulu, aku tetap juga tuangkan dia air. Sambil tu sempat aku mengagah Dhuha yang berada di riba ayah dia.
"Helleh! Mengata Daus konon..." Seruan itu datang bersama tolakan pada pipi aku. Siapa lagi kalau bukan kerja si Kinah? "Jangan buat-buat lupa daratan eh, Ti... Padahal kau dengan Daus sama je. Asal makan aje tercekik. Makan aje tercekik."
"Mananya tidak kalau dah suka sangat bercakap time makan." Komen tulus lagi jujur itu datang dari isteri Daus sendiri, Suhaila. "Sampai perangai tu menurun dekat Dhuha pun." Tambah dia lagi merujuk kepada anak sulung diorang yang berumur tiga tahun itu. "Kadang-kadang tu anak beranak ni boleh pulak tercekik serentak. Kitalah yang cuak. Anak dengan ayah dua kali lima, lima kali dua."
"Jawapannya sepuluh." Si bakal ibu yang sedang membawa kandungan anak pertama, Syifa...mencelah lagi. "Haihh... Nasib sayang kan, Ila kannn..." Sambil tangan tak berhenti menyeluk hirisan mangga ke dalam mulut.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Short Story"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...