#Sorry for disappearing for a while and not updating this story. I'm back with a fresh burst of energy and mood. And hopefully I can complete this story cepat-cepat. Aminnn 🤲😊
***
KALAU ada yang beranggapan orang yang sedang duduk di kerusi sebelah aku ni berubah sikap menjadi ceria dan ramah dari biasa lepas dia sendiri yang ajak aku keluar tengok wayang harini, sila matikan anggapan korang itu!
Sila matikan sekarang jugak! Ternyata anggapan korang itu salah sama sekali.
Nak tahu tak apa?
Manusia tinggi lampai sebelah aku ni dari awal babak naik kereta, beratur beli popcorn sampailah sekarang dah ada dalam panggung dah separuh pun movie berjalan boleh dikira berapa perkataan yang keluar dari bibir dia.
Sebagai manusia normal kalau tengok movie yang bergenre action-thriller macam ni paling tidak mesti mulut akan terkumat-kamit memuji ketangkasan watak-watak beraksi, paling tidak mesti akan komen sepatah dua mengenai latar belakang movie yang menarik. Tapi tidak bagi manusia bernama Umar Darius. Dia boleh jadi patung mannequin, duduk senyap kat kerusi tanpa berkata apa.
Ada kot dalam empat lima dialog yang berlaku diantara aku dan dia. Itupun ringkas aje. Dengan gaya beku dan tak mesra. Macam biasalah. Hmmm...
Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Dari tadi aku sorang je mengunyah tapi dia sekali pun tak. "You want some?" Bekas popcorn ditangan aku halakan ke arah dia.
"No, thanks."
"Oh, come on! Popcorn dengan wayang macam air dengan tebing kot. Macam isi dengan kuku."
"I know. But right now I'm not really into popcorn."
Mendengarkan itu aku otak aku jadi blank. Seumur hidup, ini adalah kali pertama aku jumpa orang yang tak suka popcorn. "Why're you not into popcorn?"
Ya, aku tahu yang preference manusia tak sama. Tapi aku tak suka tertanya-tanya sendiri, jadi aku terus tanya dia. Teringin jugak nak tahu kenapa dia tak suka.
"It's messy and noisy. I prefer to enjoy a movie in peace and quiet."
Secara mata kasar memanglah tak nampak. Tapi kalau guna mata halus mesti boleh nampak ada benda tajam yang sedang tusuk jantung aku sekarang.
Oh, walaupun gambaran ini cuma hiperbola, tapi jawapan dia sangat deep dan makan dalam! "Jadi awak nak cakap saya buat bising dari tadi ke ni?"
"Takde pun cakap macam tu." Balas dia dengan nada mendatar, tanpa toleh ke sini.
Terkebil-kebil aku pandang dia yang cuma muncul di pandangan secara samar-samar. Sesekali je muka dia muncul jelas di penglihatan bila skrin panggung cerah. Walaupun sekejap tetap jugak aku boleh nampak air muka dia yang beku tak berperasaan.
"Well... different strokes for different folks, right? Saya sangat suuuuuka makan popcorn." Walaupun kerusi sebelah kiri aku kosong dan sebelah kanan dia pun sama, nada suara yang aku gunakan tetap jenis berbisik, mengelak dari mengganggu penonton yang lain. Kotak saiz besar mengandungi bertih-bertih jagung disaluti dengan gula karamel yang semestinya sangat lazat sehingga menjilat ibu jari dalam pelukan aku sekarang, aku seluk. "I don't care. Saya tetap nak makan popcorn sambil tengok movie."
"Go ahead. I never asked you to stop eating, though."
Oh, betul jugak. Dia tak suruh pun aku stop makan popcorn. "Tapi kalau bising sangat, bagitahu. I'll try to be quiet while I munch on these." Pesan aku sambil betulkan duduk ke posisi asal, menghadap skrin.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Short Story"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...