"Ifti! Hati-hati!"
Ish! Dia ni laaa... "Baikkk.." Tanpa menoleh, aku angkat tangan kanan tanda faham dengan pesanannya. Pergi depan tu je pun. Dia punya gaya berpesan tu macam aku nak pergi perang game PUBG je. Tsk!
Haih Luth Idris ni! Saja nak menduga hati perempuan aku tau. Dah la aku tahan je perasaan ni supaya tak tersadung suka ke apa. Kawan baik sampai syurga tak kawan baik sampai syurga. Sekali kalau Allah terbalikkan hati aku, tak suka lebih dari kawan boleh jadi suka lebih dari kawan apa.
Wohoa! Parah tu. Sumpah aku tak boleh nak bayangkan situasi aku dan Deris lebih dari sahabat. Sungguh sangat tak indah tahu?
Tak!
Bukan!
Aku bukan menolak jodoh dengan Deris. Tapi aku tak pernah pulak mendoakan supaya aku dan dia berjodoh. Yang aku selalu doakan supaya Allah sentiasa berkati persahabatan aku dan dia. Demi Allah, aku sayang dia. Aku nak sangat jaga hubungan kitorang kalau boleh kekal 'till jannah'. Sayang sangat sampaikan aku tak mahu rosakkan apa aku dan dia tengah 'ada' sekarang.
Bukan apa, kalau antara aku dan dia lebih dari sahabat tapi 'benda' tu tak boleh bertahan dengan lama sehingga boleh mengundang kepada terjejasnya hubungan aku dan dia, macam mana? Ada satu quote yang aku pernah baca dan aku pegang sampai sekarang.
'Friendship can turn into love but love cannot turn back into friendship again.'
Woahh! Mintak simpang! Sumpah aku tak boleh nak bayangkan kalau aku dan Deris jadi orang asing. Jadi sebab itulah walaupun dia ada lesung pipit, punya perangai dan rupa yang tergolong dalam lelaki idaman aku, aku tolak segala nasihat dan hasutan-hasutan dari orang-orang kesayangan yang cuba mengkenenkan aku dengan Deris. Tak cuma Khai dan Yaya je tau, mama dan adik-adik aku pun tak terkecuali. Lagi-lagi mama... Tak putus-putus bibirnya memuji Deris dengan menyatakan kawan baik aku tu sememangnya memenuhi segala ciri-ciri calon menantu. Tapi tu la... Aku dengan Deris cuma kawan je kot. Takkan pergi jauh. Aku pasti!
Jadi sebab tulah aku sentiasa nasihat diri sendiri dengan ayat, Ifti... tolong jaga hati dan mohon berhati-hati! Jangan sampai tergelincir!
Dalam dok bermonolog dalaman sendiri, aku kini sudah berdiri dikawasan garisan kuning yang disediakan untuk orang berjalan kaki melintas. Lampu merah pedestrian belum bertukar warna. Lagipun kenderaan banyak yang lalu lalang. Sementara tunggu nak melintas baik aku call kak Sarah.
Skrin Galaxy Note20 aku sentuh lalu nombor Kak Sarah aku dial. Talian bersambung tapi tak berjawab. Jarang kakak sorang ni tak jawab call aku.
Aku cuba lagi kali kedua. Pun sama. Tak berjawab. Agaknya dia busy menguruskan anak kot. Kalau macam tu baik aku hantar whatsapp je.
Sedang aku gigih menaip pembukaan ayat untuk Kak Sarah, telinga aku didatangi dengan satu bunyi hon yang kuat. Dengan kadar jantung yang mengepam laju, aku lipat leher ke kanan. Allah! Macam mana aku boleh ter-melintas jalan pulak ni?
Pinn! Pinnn! Pinnnnnn!
Melihat sebuah lori besar sedang meluru ke arah aku, jantung aku macam nak melompat keluar. Aku tak tahu nak buat apa. Mahu bergerak tapi kaki bagai kena gam pada tar yang aku berdiri sekarang. Yang aku mampu hanya menyeru seraya pejam mata rapat-rapat.
"Allah... Allah... Allah... Mamaaaa-"Terasa seperti tubuh aku dirempuh lalu berpusing dua kali sebelum akhirnya aku tersembam ke atas tar. "Auchh!" Hentakan keras yang dirasakan pada dahi dan puncak hidung buat aku menyeringai sakit.
"Urghh!" Rengusan kasar dari satu suara garau menampar gegendang telinga. Belum sempat aku mencerna situasi, tubuh aku ditolak supaya menjauhi dada bidang kat depan aku ni.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Short Story"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...