👗13- Hah! Kan Dah Kata 👔

524 44 18
                                    

KESELESAAN BMW X3 ni memang bukan kaleng-kaleng wei. Dah la selesa, wangi pulak tu. Wangi kereta satu hal. Wangi tukang bawak kereta pun satu hal. Perlu ke dia sembur perfume pukul tiga pagi macam ni?

Haih! Menduga keimanan seketul Ifti betul.

Rasa-rasa dah tiga puluh minit kitorang berada di atas highway ni. Aku jadi sangat bersyukur. Nasib baik tak datang sorang-sorang tadi. Keadaan atas highway kosong lagi sepi! Ni kalau aku drive sendiri tanpa teman memang takkan pernah tenang otak aku. Macam-macam yang bakal aku bayangkan. Dan dalam imaginasi aku tu mesti banyak jenis hantu yang muncul di sepanjang jalan. Berderet aje macam orang beratur dekat restoran-restoran viral tahan kereta aku cakap nak tumpang.

Uish! Mintak simpang la!

Dan kalau aku cakap selama tempoh aku dan dia berada di dalam kereta, berdua dan masing-masing dalam keadaan sedar...langsung tak berlaku aktiviti perbualan aku dengan dia, ada yang percaya tak? Kalau tak ada pun aku tetap nak paksa suruh percaya.

Ya, sila percaya sebulatnya.

Jangan ragu-ragu.

Kitorang memang tak bercakap pun. Yang menghidupkan suasana cuma lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio. Dan aku bersyukur buat kali kedua sebab radio kereta dia tak rosak. Kalau tak memang pishang la aku kat sini. Larat ke nak main fon je. Mata aku dah berpinar dah. Kepala pun naik pening kalau tenung fon lama-lama.

Tak, bukan aku taknak bercakap. Bibir ni gatal aje bergerak-gerak untuk bersuara. Hati ni meronta-ronta untuk ajak dia bersembang. Tapi bila awal-awal masa naik kereta tadi dia dah cakap dia tak suka berborak waktu tengah drive, dah tu caner? Takkanlah aku nak membantah? Karang dia cakap aku tak faham bahasa. Dia sudi tolong bawak aku pergi Melaka waktu macam ni pun dah dikira satu anugerah tak terhingga dari Allah tahu tak?

Jadi, gatal atau tak gatal bibir...meronta atau tak meronta hati...aku turutkan saja permintaan aneh dari dia. Kekal diam sejak saat pertama empat tayar kereta ni bergerak keluar dari pintu pagar rumah dia.

Ya, sila maintain diam Ifti walaupun kau rasa macam nak meroyan. Tolonglah!

Aku halakan pandangan ke luar kereta. Dah tak ada benda nak dibuat. Nak tidur tapi tak mengantuk. Aku sambung berzikir dan berdoa dalam hati supaya selamat sampai ke destinasi jelah.

Sejak tadi aku perasan dia asyik main pedal minyak. Tak seratus lapan puluh, dua ratus. Tak dua ratus, seratus lapan puluh. Pergerakkan kereta memang smooth je, takder bergegar ke apa. Yelah, dah nama pun kereta mewah. Tapi sebagai manusia biasa yang hina, aku tetap ada rasa risau jugak. Aku kat dalam ni tak rasa macam laju. Tapi bila tengok setiap kali jarum meter tu asyik consistent je, telan air liur jugaklah aku pun.

Laju-laju nak pergi mana entah? Bukan boleh terbang pun!

Tapi tu la...siapalah aku untuk menegur cara pemanduan orang sebelah ni. Dah stereng dia yang pegang. Pedal minyak pun kaki dia yang tekan. Level confident memandu pun dia punya sekarang. Aku ni penumpang bidan terjun je. Makanya kekal diamlah kau wahai Ifti. Yang penting jangan putus doa.

Lima minit.

Keadaan okey.

Tujuh minit.

Masih terkawal.

Sepuluh minit.

Aku dah mula rasa sesuatu.

Dua belas minit.

Okey, aku dah mula gelisah.

Empat belas minit.

Sumpah, benda ni betul-betul meresahkan aku.

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now