👗05- Merak Dan Pipit👔

1.2K 62 9
                                    

OKAY, problem solved!

Lepas puas memujuk, puas meyakinkan Kak Sarah, akhirnya masalah aku selesai. Tukang solek profesional aku tak jadi berhenti kerja. Jadi aku tak perlu nak susah hati lagi.

Alhamdulillah...

Dan pasal masalah pengasuh anak Kak Sarah juga hampir selesai. Minggu depan Qistina akan dihantar ke nursery dekat blok belakang bangunan ni. Atas saranan aku.

Iyalah, senang kak Sarah nak hantar anak dia pagi-pagi. Sekali harung datang kerja. Senang juga dia nak pergi jenguk budak perempuan comel umur tiga tahun tu kalau ada emergency kes ke apa.

Oh ya, Kak Sarah punya suami kerjanya offshore. Jauh di Terengganu sana. Dua bulan sekali baru balik Shah Alam. Memang tak dapatlah dia nak ambil alih jaga anak. Jadi, sementara nak tunggu Isnin depan, Qistina ikut mama dia datang kerja sekali. Dan buat sementara juga secara tak langsung aku dilantik menjadi pengasuh budak petah bercakap itu.

"Now it's your turn darling..." Aku bertepuk tangan dengan riak muka ceria. Walaupun tak ada sijil pengiktirafan sebagai pengasuh yang berhemah dan bertauliah, aku tetap cuba memainkan peranan sebaik mungkin.

Macam sekaranglah. Aku dan Qistina berada di dalam studio aku, bermain jigsaw puzzle. "Okay, aunty will help you." Aku tunjuk ruang kosong dalam frame jigsaw puzzle yang aku dan dia sedang selesaikan ini.

"Here..." Qistina meletakkan sekeping puzzle yang punya gambar kepala kartun Didi di sudut paling hujung frame.

"Here, darling. Put it here..." Aku menyentuh tangan kanannya membetulkan koordinat dimana sepatutnya kepingan itu dicantumkan. "Yeayy! Good girl. Muah cikeddd..." Aku menunduk, menyamakan paras muka aku dan dia. Muncung aku kedepankan untuk melabuhkan ciuman pada pipi gebu Qistina."Mmmuahhh!"

Berkali-kali pipi dia aku gomol. Punyalah geram dengan kecomelan dia.

"Lemas karang budak tu, Ifti..." Suara Deris datang dari muka pintu studio. Ditangannya aku nampak ada plastik berlogokan Secret Recipe.

"Wow! Kek untuk aku ke tu?"

Soalan yang penuh keterujaan dari aku, dia palau sambil buat muka. Fokus Deris beralih kepada Qistina. "Hai, Qish..."

"Hai Uncle Iyish..." Teguran dari Idris Qistina balas dengan ramah. Oh ya, disebabkan budak ini masih pelat, jadi nama Deris bertukar kepada Iyish. Comel kan? Ya, aku tahu itu. Eheh!

Pipi Qistina aku lepas. Kesan lipstik yang melekat di kulitnya aku kesat perlahan dengan jari. Fokus aku alihkan kepada Deris. "Sekejap sangat kau sampai. Tak jam ke?"

Tadi tu...rasanya kurang dari sejam lepas Deris bagitahu dia baru sampai dekat RnR Dengkil. Tup-tup sekarang dah berdiri dekat depan aku. Siap sempat singgah Secret Recipe lagi. Bawa kereta terbang ke apa dia ni?

Tiga hari aku tak jumpa dia. Dia pergi  Melaka hari Jumaat baru ni. Ada kerja fotografi disana untuk dua pasang pengantin.

"Office hours... Tak berapa nak jam sangat." Deris menapak ke arah aku dan Qistina. Plastik ditangan dia hulur pada aku.

Plastik bertukar tangan. "Rose lychee or hokkaido triple cheese?"

"Both."

"Uwowww! I really really like you lah!" Aku bersorak suka.

"Ceh! Dan-dan je." Deris tayang cebik aku buat tak nampak. "Darling, look. I've got something for you..."

Oh naa... Jangan nak fikir yang bukan-bukan. 'Pet name' dari Deris tu bukan ditujukan kepada aku okey. 'Darling' itu merujuk kepada Qistina. Dah kenapa dia nak panggil aku macam tu pulak? Tsk!

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now