BIRU betul langit hari ni. Sangat cantik dan mendamaikan. Buat hati aku yang memandang ke atas rasa tenang aje. Tapi bila pandang bawah balik urghh! Terus hati aku jadi tak tenang!
Jadi sebal dan geram!
Otak pulak serabut yakmat! Mata aku sakit tengok tayar belakang kereta sebelah kiri yang kemek teruk. Disebabkan aku sangat bebal dalam hal-hal sebegini jadi aku tak dapat nak agak tayar ni pancit atau pecah. Yang aku pasti kereta aku ni tak boleh berjalan sekarang. Kalau berjalan jugak memang rasa macam naik roller coaster.
Semuanya gara-gara entah menatang besi apa yang tersadai tengah jalan tadi tu. Tak pepasal aku pergi langgar tanpa sengaja. Tapi aku bersyukur la tak tekan minyak laju mana tadi. Mujurlah masa tayar meletup aku sempat kawal stereng dan berhenti di tepi jalan. Kalau tak agaknya aku dah naik ambulans apa sekarang ni.
Allahu!
Mintak simpang!
Aku dah tak tahu nak buat apa. Orang-orang yang aku rasa boleh diharap sorang pun tak jawab call. Seriuslah semua orang komplot taknak jawab call aku?
Abah dah tiga kali aku cuba cari. Satu pun tak berjawab. Mama aku dah sedia maklum. Memang dua tahun sekali baru tengok telefon. Deris pun sama. Dia palau lima panggilan aku tahu tak?
Ya, aku bukan lupa dia sekarang tak ada di sini. Dia ada dekat Sabah sana tu ha. Kalau dia jawab call aku pun tetap dia tak dapat datang sini tolong aku. Tapi tula... memang dah jadi kebiasaan seketul Ifti Natalia bila apa-apa jadi mesti dicarinya seketul Luth Idris.
Walaupun manusia sorang tu jauh dari aku, tetap dia juga manusia paling wajib aku cari. Paling tidak untuk dijadikan tempat mengadu. Dan walaupun dia tak dapat datang ke sini secara fizikal, sekurang-kurangnya dia boleh guide aku untuk buat sesuatu. Dan dia juga boleh comfortkan aku yang sedang cuak, gelabah tahap dewa sekarang ni.
Okey, bab Deris tolak tepi. Ni aku nak bahaskan pasal mekanik-mekanik yang aku cuba contact dari tadi. Aku cuba call workshop yang terdekat pun tak ada orang jawab.
Memang harini hari workshop tutup sedunia ke apa? Kalau hari Sabtu atau Ahad aku fahamlah mungkin ada sesetengah workshop tak buka. Tapi harini Jumaat kot. Hari bekerja. Hari-- eh, jap! Sekarang pukul berapa?
Teringat sesuatu, aku terus pandang jarum jam di tangan. Tepuk dahi, aku jatuh bahu dengan kebebalan diri sendiri. "Laaaa patut laaaaaa... Harini kan Jumaat. Sekarang pukul dua. Memang taklah diorang nak jawab call aku. Tengah solat Jumaat rupanya. Patutlah jalan ni pun orang tak lalu. Kalau tak boleh jugak aku sekat orang untuk mintak tolong."
Tahu tak apa? Aku ada meeting dengan client pukul 3.30 dekat Starbucks Damansara Perdana. Tapi sekarang aku stuck dekat sini. Padahal tadi tu aku kemain keluar awal untuk elak traffic jam. Dah jadi macam ni pulak dah...
Sudahlah orang tu bukan beshe-beshe. Anak pak menteri bak hang! Sebab tu ah dia punya level diva lain maciam. Aku suruh datang butik untuk bincang, tengok-tengok baju dengan mata sendiri dia taknak. Nak jugak aku pergi menghadap dia dekat sana.
Katanya dia tak ada masa nak pergi butik. Ini pun dia curi masa untuk jumpa aku. Kalau tak sebab dia cakap sanggup bayar berapa saja untuk aku uruskan majlis kahwin dia, memang sepuluh kali jugaklah aku fikir sebelum setuju untuk terima projek ni. Well... Aku kan mata duitan. Mana ada orang berniaga taknak untung, betul tak?
Sedang aku ralit fikirkan masalah tayar kereta, smartphone ditangan aku berbunyi. Nampak aje nama Deris pada skrin, aku terus jawab panggilan. "Kau tak pergi solat Jumaat ke?" Itu dulu yang aku terjah. Bukan salam, bukan 'hai'.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Conto"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...