👗16- Pelepah Kelapa 👔

563 44 11
                                    

"IFTIIIIII... datang kutip aku sekarang." Belum pun sempat aku bagi salam, Khai dah serang aku dulu.

Jatuh bahu, spontan aku buat muka poker. Bergaduh dengan laki dia lagi ler tu. "Kalini pasal apa pulak?

"Dia tak sayang aku."

Seperti selalu, statement tu wajib keluar dari mulut bila dia mahu mula bercerita masalah rumah tangga."What makes you say that? Apa masalah korang sebenarnya? Cuba cerita."

Aku dengar dia sedut air hidung. Tadi tu mesti meraung sakan. Suara pun dah serak-serak sengau.

"Aku teringin nak makan dodol." Cerita mula dibuka.

"Okay, then...? Uwais tak dapat cari?"

"Dapat. Tapi aku taknak dodol beli. Nak yang homemade punya. Homemade by Uwais. Aku mintak Uwais buat."

Eh? "Maksud kau dengan 'buat' tu...buat lah kan? Uwais kena buat sendiri? Kena masak sendiri? Uwais yang kena kacau dodol tu sendiri?"

"I believe I've mentioned 'homemade by Uwais' a few seconds ago, tak ke?"

Aku buat muka dengan soalan berbaur perlian itu. Boleh je dia bagi jawapan ringkas. Ya atau tak. Nak jugak perli orang panjang-panjang dah kenapa entah?"Okay, then...? Uwais taknak buat?"

"Dia buat."

"Tapi?"

"Dia buat guna pressure cooker. Tapi aku nak dodol yang masak guna kawah besar macam dekat kampung wan aku dekat Bukit Mertajam tu. Yang masak guna kayu api lepastu kacau guna senduk yang wan buat dengan pelepah kelapa. Aku nak fefeeling aroma pelepah tu."

Aku rasa macam nak lempang muka sendiri dengan tangan besi Terminator lepas dengar apa yang keluar dari mulut Khai. Aneh-aneh ya manusia sorang ni. Ya, aku faham je hukum alam sebagai manusia... kadang-kadang kita diserbu dengan perasaan teringin nak makan sesuatu atau dalam erti kata lain, mengidam.

Tapi kalau dah mengidam benda luar alam macam tu, pening jugak! Nak makan dodol tapi nak suami dia masakkan. Dah tu pulak dia boleh pergi request cara nak masak tu macam mana. Nak dodol yang dimasak dalam kawah besar dan dikacau dengan pelepah kelapa.

Apa masalah budak ni hah?

Haihh!

Tak tengok pun aku dah boleh bayang betapa berkerutnya muka Uwais sekarang. Mesti suami kawan aku tu tengah serabut tahap dewa. Bini pergi buat perangai yang bukan-bukan! Nasib kau ah, Wais. Aku mohon kau bersabar jelah. Dah kata sayang kan?

Perbualan aku dan Khai berlangsung sehingga tiga puluh lima minit. Dari mengadu pasal dodol sampailah melarat ke cerita Lay Zhang nak datang Genting Highlands buat concert.

"Kalau kau nak pergi tengok buah hati kau, aku boleh temankan."

Aku tarik nafas tak berapa panjang tak berapa pendek. Sedang-sedang je. "Aku memang minat dia tapi mengenangkan tahap sesaknya tempat tu nanti, aku rasa lebih baik aku kuburkan jelah niat nak tengok dia depan-depan. Dah ah aku jenis fobia dengan tempat ramai orang. Bukan apa, buatnya jadi hal yang bukan-bukan hah...viral sedunia."

"Betul jugak. Kang tetiba nak jadi cerita...Kau sesak nafas kat sana naya je. Tak pepasal esok tu muka kau terpempang kat semua stesen TV, socmed bagai dengan headline 'Keterujaan Seorang Wanita Awal Tiga Puluhan Menghadiri Konsert Idol Kesayangan Berakhir Dengan Ngeri Apabila Dia Diserang Semput Dengan Tiba-Tiba'. Hah, caner? Dah jadi satu hal kita kena naik ambulan pergi kecemasan pulak." Panjang lebar Khai mereka cerita dan lepastu dia ketawa berdekah diakhir ayat.

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now