👗35- Radio Silent 👔

411 41 15
                                    

SEKARANG ni aku sudah berada di Ipoh, di rumah keluarga Deris. Aku memang dah kosongkan jadual weekend minggu ni semata demi Laika. Sebab itulah pagi semalam lagi aku ikut Deris datang ke sini. Saja datang awal untuk tolong apa yang patut.

Lagipun Deris cuma dua beradik, dia dan Laika. Saudara mara pun ramai lelaki. Perempuan berapa kerat je, boleh dikira dengan jari. Yang ada pun kebanyakan masih sekolah. Jadi aku sebagai kawan baik dan kenal rapat dengan keluarga dia pelawalah diri untuk menolong.

Aku diberikan tugasan untuk menjadi PIC (person incharge) bahagian goodies. Dan sekarang aku berada di ruang tamu sedang melaksanakan tugas dengan melekatkan telur pada bunga telur.

Aku memang tak boleh lupa betapa cerianya riak wajah aunty Mariam dan Laika masa nampak muka aku keluar dari kereta Deris. Aku disambut dengan mesra amat! Punyalah seronok kak Ifti dia datang, melompat-lompat si budak Laika tu. Tinggi pulak tu. Mujur je kepala tak cecah siling rumah. Heh.

Oh, lupa. Dia bukan budak lagi. Dah besar. Dah nak jadi isteri orang pun. Dan harinya adalah esok. Disebabkan Laika dan bakal suami mengalami kekangan masa untuk ambil cuti lama-lama jadi majlis nikah akan dibuat dua bulan sebelum majlis resepsi. Walaupun esok cumalah nikah tapi aku dapat rasa majlis ni tetap grand dan meriah. Aku dengar dari Deris jemputan tetamu pun hampir seribu orang.

Perghh! Ramai bukan? Itu baru majlis kecil-kecilan, bukan lagi majlis resepsi. Aku dengar jugak dari jiran-jiran semalam, jemputan kenduri kahwin sepuluh ribu.

Perghh kuasa dua! Boleh bayangkan macam mana ramai dan padatnya majlis Laika nanti. Rupanya begini gaya proses anak EXCO negeri bila berkahwin. Dan mungkin jugak disebabkan walaupun yang sulungnya Deris tapi Laika anak pertama YB Dato' Seri IR Mohammad Dhamiri yang berkahwin jadi sebab itulah majlis dirancang dengan meriah.

Nak tau tak apa? Si Deris ni punya tahap low profile walaupun dia anak 'somebody', bukan beshe-beshe tau. Selama empat tahun di universiti, tak seorang pun tahu pun background keluarga dia sebegitu. Tak seorang pun tahu yang dia anak kepada ahli politik yang disegani dan digemari ramai disebabkan mempunyai sikap seorang YB yang berjiwa rakyat.

Dulu yang aku dan kawan-kawan tahu cuma keluarga Deris ada empat orang. Papa, mama dan adik perempuan. Yang kitorang pernah jumpa masa belajar dulu adalah aunty Mariam dan Laika. Uncle Dhamiri pula masa hari konvo barulah kitorang ada peluang untuk berkenalan. Dan masa tu jugaklah aku dan yang lain baru tahu anak siapakah manusia yang bernama Luth Idris.

Mereka anak beranak punya gaya memang tak nampak macam orang berpengaruh. Nampak sangat biasa. Mesra dan merendah diri. Apa jenis Uncle Damiri punya posisi dan jawatan pun kitorang tahu dari berita dan internet je. Tahu-tahu aje dah jadi EXCO. Tahu-tahu je dah dinobatkan sebagai Dato' Seri. Jangan haraplah dapat dengar dari bibir Deris sendiri. Dia memang tak pernah dan tak akan kupas langsung topik ayah dia seorang EXCO.

"Deris..."

"Tenang, Ifti....tenang."

"Aku dah cuba tapi gagal!"

"Benda jadi gagal sebab your mind and heart were not synchronized in motion." Kenyataan yang aku tak dapat sangkal sebab itu ternyata tepat, meniti dibibir Deris dengan nada yang tenang. "Kan?"

"Caner aku nak tenang? Caner otak dengan hati aku can be synchronized? I've never been through something like this before. It's totally new for me." Pahar kayu yang aku baru sempat cucuk tiga batang bunga telur, aku tolak sedikit ke depan untuk cari ruang sembamkan muka pada meja. "Derisss... help me! Aku tak tau nak buat apa." Aku menggumam lemah pada kain alas meja yang bersulam manik-manik tebal.

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now