👗15- Lame Joke 👔

624 49 36
                                    

"IFTI, jom?"

Jawab je panggilan itu dulu yang Deris sergah. Dah la tak bagi salam, tak ada ayat mukadimah yang semengah pulak tu. "Mana?"

"Clubbing ah. Mana lagi?"

Auto aku buat muka. "Ha.Ha.Ha. Lame, partner...lame. Takder modal best nak dibawak gurau ke? Heh."

"Kalau lawak ajak clubbing tu lame...lawak aku tiba-tiba rasa nak ikut NASA naik bulan pastu stay sana dua tahun...lame tak?"

Perbuatan aku untuk cucuk jarum peniti pada baju pengantin yang sudah enam puluh peratus siap, terhenti serta merta! Smartphone aku tarik dari telinga untuk pandang skrin lama-lama. Memang nombor Deris. Memang jugak suara Deris. Tapi kenapa soalan dia luar biasa? Nada pun sayu semacam aje. 

"Partner...?"

"Hmm."

"Kau okey ke tu?"

Kedengaran satu keluhan berat yang dilepas sebelum dia bersuara. "Okey je.

"Asal? Ada benda tak best jadi dekat Bali ke?" 

"Taklah." Yang sebenarnya dia dah balik dari negara jiran tiga hari lepas lagi dah. Sejak balik, dia belum lagi datang cari aku sebab terus balik Ipoh. Katanya nak stay dekat rumah family sampai esok. 

Dahi aku berkerut. Aku abaikan kerja aku terus untuk halakan fokus sepenuhnya pada Deris. "Mind to share?"

Dia mengeluh lagi. Sampai aku kat sini pun boleh rasa dia punya serabut tu macam mana sekarang. Jarang Deris bersikap sebegini. Jarang sangat-sangat. Biasanya kawan aku sorang ni ceria aje. Dia yang selalu main peranan hidupkan suasana.

"Takder apa ah... Biasa la premenstrual syndrome."

"Banyak ah kau punya premenstrual syndrome." Tempelak aku lepas dengar dia cakap macam tu. "Biasa orang sebut PMS jelah. Skema betul sebut satu-satu."

Kemudian telinga aku disapa gelak ketawa dia.

"Hah, cepat! Cerita sekarang. Apa yang tak kena? Dan sila jangan bagi alasan bodoh untuk ngelat."

Aku tak tahulah aku salah cakap ke apa. Tapi dia yang tengah ketawa terus terdiam. 

"Deris...?"

"Ada ni ha..." Lepas sahut panggilan aku, dia kembali diam.

Aku dengar lagi dia mengeluh. "Deris..."

"Ya, I'm still here Ifti..." Pun sama. Diam balik.

Aku pulak yang tarik nafas panjang-panjang. "Kau macam tak okey je ni. Wanna meet up?"

"Bila?"

"Now."

"Lupa ke? Aku kat Ipoh ni."

"Halah! Shah Alam dengan Ipoh jauh mana sangat." Sambil tu tangan kiri aku bergerak mengemas barang-barang menjahit atas meja. "Aku pergi cari kau sekarang?"

"Kau nak bazirkan dua jam untuk datang sini?"

"Bila benda yang melibatkan kau bukan setakat dua jam...kalau kau still dekat Bali sekarang pun aku sanggup terbang pergi sana cari kau hari ni jugak!"

"Perghhh! Iftiiiii...Sumpah aku terharu weii!"

"Dah nama pun member, tak ke?" Aku tayang muka bangga walaupun dia tak ada depan mata.

"It's okay, partner. Tak perlu kot sampai kau nak datang sini. Esok aku dah nak balik sana. Aku terus pergi cari kau, 'kay?"

"Tak. Serius ni. Aku memang dah ready nak bertolak. Tunggu kau bagi go signal je memang aku lompat masuk kereta terus."

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now