TAK perlu susah cari, sekejap je aku dah nampak figura tinggi lampai milik lelaki yang selalu mencuri rasa tenang aku tiap kali kami berdua berhadapan. Sengaja aku perlahankan langkah untuk ambil kesempatan curi padang dia dari sini. Nak dipandang secara depan-depan, secara terang-terangan... malu. Jadi bila dah ada peluang macam ni, sayanglah kalau aku tak guna, bukan?
Okey, masa untuk penilaian. Mari kita mula!
Satu, wajah: Kacak.
Memanglah tak sekacak Ji Changwook atau Kim Namgil pelakon hebat dari Korea Selatan tu, tapi bagi skala meter ukuran kacak seketul Ifti Natalia...dia lulus kacak.
Dua, ketinggian: Perfect.
Aku syak tinggi dia hampir 180cm. Kalau tak sampai pun mungkin dalam 178cm macam tu. Buatkan aku yang punya ketinggian 158cm ini perlu mendongak setiap kali mahu berbual dengan dia. Tapi sama sekali ia bukanlah masalah bagi aku.
Aku suka je dengan jarak perbezaan ketinggian antara kami. Teringat lagi dulu masa zaman sekolah aku suka sangat baca manga dan tonton anime. Kebanyakan hero anime yang aku minat semua besar dan punya ketinggian macam galah. Terbalik dengan heroin-heroinnya dimana kebanyakan semua kecik molek aje. Tapi tetap diorang nampak serasi dan comel. Lepastu mula la aku berdelulu berangan pasal ciri-ciri lelaki idaman aku. Lahaiiii...
Tiga, tubuh badan: Sedang-sedang.
Tak tegap sangat, tak kurus sangat. Tapi dia punya dada yang agak bidang dan lengan-lengan yang berotot. Tengoklah cara dia pakai sekarang. Kemeja denim berwarna khaki berlengan panjang yang disinsing ke siku buatkan dari sini pun aku dah nampak urat-urat tangan dia. Tapak tangan dia nampak kekar ya. Ni kalau ada yang kena lempang agaknya orang tu tak sempat mengucap apa. Adalah lebih baik jangan cari pasal.
Empat, tona kulit: Cerah.
Tak adalah cerah yang jenis putih melepak tu. Aku lagi cerah dari dia. Orang cakap apa tu...hah! Kuning langsat. Haah, ya... warna kulit dia jenis kuning langsat. Yang penting dia tak nampak jambu macam lelaki-lelaki kpop yang aku minat tu. Aku ni memanglah minat kpop tapi kalau boleh pilih, semestinya yang jambu bukan masuk dalam list ciri-ciri lelaki idaman secara real. Tapi kalau dah katanya jodoh nanti-nanti, tak boleh nak buat apa la. Aku terima aje dengan hati yang rela.
Lima, lesung pipit: Double perfect!
Tak perlu ulas panjang-panjang. Kalau betul aku dengan dia boleh 'go', aku dengan dia ada masa depan... yang aku boleh cakap cuma ini sangat rezeki. Sangat bonus! Ahakz!
Tolak tepi sekejap sikap dia yang berat mulut, perangai yang kerek, yang selalu menduga tahap sabar aku...pokoknya, serba serbi tentang Mr Dimple Yang Manis itu memenuhi citarasa aku. Pokoknya, dia sangat, sangat, sangat lulus.
Lulus dengan cemerlang! Kalau diukur dari academic term; classification of honours, tak adalah sampai tahap 4 Flat. Tapi masih boleh dikategorikan dalam kelompok First Class.
Tapi tu ah tu... apa yang aku rasa sekarang cuma perasaan jenis satu hala sahaja. Aku tak rasa pun yang dia juga turut rasa benda yang sama. Aku je yang rate dia tinggi-tinggi tapi entah-entah pada dia aku ni langsung tak ada ciri-ciri wanita idaman dia. Entah-entah dia tu pandang aku pun tak. Pastu entah-entah jugak mungkin sebab bosan dan tak ada kawan lain sebab itulah dia ajak aku keluar hari ni.
Andai benar bagai dikata, marilah berhuhu bersama. Huhuhuuu...
Langkah aku semakin hampir pada dia namun disebabkan malas mendongak untuk melihat sekeliling jadi dia tak perasan aku kat sini. Dia memilih untuk terus kekal bersandar dengan tenang pada dinding. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar manakala lagi sebelah memegang iphone dimana sesekali dia menunduk untuk mengerling skrin. Tengah sabar tunggu aku ke tu?

YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Conto"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...