"EH, awak!!?"
"Awak lagi!!?"
"Apa awak buat dekat sini?"
"Awak tu ah buat apa kat sini?"
"Awak ikut saya ke?"
"Eh, tolong sikit! Jangan nak perasan! Awak ingat awak cantik sangat ke yang saya nak ikut awak sampai ke sini?"
"Awak kata saya tak cantik? Sini jap! Nak cili mulut tu!"
Kalau ada yang meneka dialog-dialog antara hero dan heroin dalam drama romantik yang bermula dengan pergaduhan puaka dan berakhir dengan percintaan syahdu seperti diatas berlangsung diantara aku dan makhluk yang tiba-tiba muncul depan pintu rumah aku sekarang, tekaan itu salah sama sekali!
Lepas aku buka pintu dan nampak muka dia, dia terus bagi salam dan bagitahu sebab kedatangan dia ke rumah aku. Dia datang sebab mama dia minta ambilkan kari. Itu saja. Tak ada perkataan mahupun ayat tambahan selepas aku menjawab salam dia dengan gagap yang melampau!
Haih!
Bila teringat balik peristiwa memalukan tadi. Dah kenapa boleh gagap sampai macam tu sekali, Ifti oi? Buat malu keturunan betul ah kau ni! Jap! Ada benda keras tak dekat sini? Aku nak hentak kepala barang sekali dua.
Kiri kanan aku pandang. Depan belakang aku intai. Kemudian aku buat perbuatan yang sama dengan menganalis suasana di sekitar halaman. Hah! Ada kerusi batu dekat sana tu. Boleh tak aku nak lari pergi hentak kepala dekat situ sekejap? Biar hilang malu.
Lepas sense aku balik semula lepas hilang sekejap gara-gara terkejut tahap langit ketujuh gara-gara nampak muka crush dekat depan pintu rumah, aku mula bersuara. "Jemput masuk."
Tapi dia tolak. Dia tak tolak secara lisan. Cuma guna bahasa tubuh dengan menggeleng dua kali.
Dan paling penting aku nak highlight dekat sini... dia tak pandang muka aku langsung! Lebih berminat pandang ikan-ikan koi abah dekat dalam mini kolam depan rumah. Yang bercakap dengan dia, aku. Bukan ikan-ikan tu! Jentik dahi tu kang ha!
Tapi takde ah aku nak marah secara terang-terangan, dengan jerit dekat depan muka dia semata-mata tak buat eye-contact dengan aku. Adab melayan tetamu masih aku pratikkan walaupun tetamu tu sombong ya amat!
Dia taknak masuk takper. Dah dia mampu berdiri macam tiang lampu jalan dekat luar tu, biarkan dia. Aku dah berbudi kan... dia yang taknak berbahasa. Suka hati kaulah.
Sebelum minta diri, aku tinggalkan pesan suruh dia tunggu sekejap sementara aku nak pergi belakang panggil mama. Lepastu, aku tinggal pintu tak bertutup dan terus pergi dapur untuk bagitahu mama akan kunjungan dari anak jiran rumah sebelah. Tahu tak macam mana reaksi mama?
Super happy plus excited!
Langsung mama hentikan kerja memotong kek. Dengan wajah yang tertampal senyuman manis macam gula kapas, mama bergegas ke depan.
Dan kelakuan mama itu buatkan aku rasa aneh. Dah kenapa mama punya tahap teruja semacam je? Kemain lebar lagi senyum tu. Bukannya aku bagitahu bakal menantu datang ke apa. Anak jiran rumah sebelah je kot.
"Ifti!" Tak sampai satu minit bayang mama hilang dari pandangan aku, datang suara mama sayup-sayup kendengaran dari depan sana. "Ifti!"
Tapi bila dah masuk dua kali mama melaung nama aku, kalau tak pergi memang cari nahas. Nak tak nak aku kena keluar lagi sekali. Kalau tak, mahunya bengkak telinga kena bebel nanti.
Yang jadi malas tu bukan apa...tetamu yang mama sedang sambut tu berlagak gila tahu tak? Aku sambut dia dengan ramah dan mesra. Okey, tak adalah ramah mana. Tak ada mesra mana. Walaupun terkejut dan gagap, aku masih berbahasa dengan tetamu tau. Dia punya reaksi tu macam nak ajak gaduh je.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Short Story"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...