HARI ni hari Ahad. Hari minggu. Hari yang paling orang nanti-nantikan. Hari dimana kebanyakan 'buruh' bercuti dari pergi kerja. Termasuklah aku dan warga-warga Butik Natalia.
Jadi, hari ini aku dah ada plan. Plan baik punya. Nak sambung tidur dari lepas solat Subuh sampai nak masuk waktu Zohor. Tapi sayang, plan aku tak menjadi. Ada yang menghalang. Dan orang itu adalah mama.
"Ikan tenggiri tak ada ke, dik?" Soalan itu mama tanyakan kepada taukeh gerai ikan yang punya longgokan jualan yang paling banyak di barisan menjual barang basah.
Kalau tak bagitahu pun aku rasa ada yang dah boleh agak sekarang ni aku berada di mana bukan?
Ahah, tepat sama sekali! Pasar pagi. Ya, aku sekarang sedang berada di pasar pagi yang terletak di Stadium Shah Alam. Sejujurnya, aku tak suka datang tempat-tempat crowded macam ni. Tempat sesak yang penuh dengan puluhan, ratusan atau ribuan orang hinggakan bila berjalan pun perlu berlaga bahu juga tangan antara satu sama lain bukanlah kegemaran aku. Sumpah aku tak suka!
Akan tetapi disebabkan kuasa jampi yang ada pada mama, aku akur. Yang boleh jadi akur pun bila dah hampir berbelas kali bantahan aku ditolak. Bantahan untuk tak sertai mama dalam aktiviti membeli barang dapur di pasar pagi seperti sekarang.
Abah, lepas balik dari masjid pagi tadi terus pergi court, main badminton. Salah satu aktiviti mingguan yang abah akan buat waktu cuti. Dah tu memang aku tak ada alasan kukuh nak menolaklah. Kalau tak aku siapa lagi nak temankan mama?
Tadi sebelum memusingkan stereng ke sini, ada jugalah beberapa kali aku pujuk mama untuk ke Tesco. Namun apa kan daya, Ifti cuma seorang anak sulung yang lemah. Bila mama dah guna kuasa vetonya, aku terus kalah serta merta. Tidak boleh berkata tidak. Bersungguh mama nak datang ke pasar. Katanya ikan dan sayur kat pasar berpuluh kali ganda segar dari Tesco.
Eheh! Berpuluh ganda segar ya, mama? Dah tu, kalau hari selain Ahad bukan ke Tesco jugak ke pergi beli barangnya pun? Mama...mama...
"Kaklong! Dengar tak ni?"
Sedang aku membebel di dalam hati, kedengaran suara mama memanggil. "Ya, apadia ma?"
Mata mama membulat. "Dari tadi mama dok bercakap dengan kamu, kamu boleh buat tak dengar?"
Aku menyegih. "Sorry, ma. Kaklong terberangan sekejap."
Mama pandang je mata aku dalam-dalam. "Berangan apa? Berangan kahwin dengan anak raja?"
"Apa ke random sangat soalan tu, ma? Mama teringin nak bermenantukan anak raja ke? Kaklong on je." Sengaja aku layankan saja sindiran dari mama itu.
Mama tak membalas. Hanya jelingan berserta cubitan kecil pada pinggang yang aku terima. "Sebelum tanam angan nak kahwin dengan anak raja tu, mama cadangkan lebih baik tanam rasa nak berkenalan dengan calon-calon bakal jodoh yang mama cari terlebih dulu ya, anak?"
Giliran aku pula pandang mata mama dalam-dalam. "Again with that, ma? Di pagi yang indah macam ni? Di tengah-tengah pasar pagi yang sesak sebegini? Seriously?"
"Yes, I am very serious. Di pagi yang indah ini, di tengah-tengah pasar pagi yang sesak sebegini... Still, we are again with that topic. Right here, right now!" Selamba je mama bidas aku seraya mula mengatur langkah ke depan.
Kata-kata mama buat aku terkedu sekejap sebelum langkahnya aku kejar dari belakang. "Ma... Come on lah... At least not here..." Lengan mama aku paut dan aku mula merengek.
"With one condition." Langkah mama terhenti. Muka aku mama pandang.
Okey, macam biasa. Mama selalu letak syarat. Aku angkat kening sebelah menunggu apa yang bakal mama tawarkan pada aku.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Conto"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...