👗22- Kebetulan Atau Suratan👔

512 60 39
                                    

#Komen-komen di previous chapter Ifti reply later ya. Thank you very much for your sweet comments. Ifti baca semua. Satu pun tak tinggal. Pastu senyum sorang-sorang 😍🥰

***

DAH selesai buat hal bodoh atas pelamin tadi  aku terus menonong duduk dekat tempat aku balik. Masa melintas meja-meja tetamu aku disapa mesra oleh orang-orang yang aku tak kenal. Walau tak dengan suara, aku tetap membalas dengan mengangguk dan senyum.

Oh, well... Aku kan dah famous. Jadi ramailah peminat, tak ke? Tak sangka aku boleh kumpul peminat dengan cuma datang ke kenduri Mika hari ni. Mujur tak ada yang datang mintak tandatangan. Hiks..hikss...

"Jangan cakap dengan aku tiga minit!" Aku bagi warning siap-siap pada Kinah dan Syifa  sebelum diorang sempat buka mulut.

"Perghh, Ifti--"

"Dan korang..." Renungan maha tajam aku lempar pada Daus dulu, sekaligus mematikan suara dia sebelum aku jeling pula Imran dan Taufiq. "Diharam bercakap dengan aku sampai balik! Titik!"

"Laaaaaahh...Ifti? Serius ah kau sentap?"

Soalan Taufiq aku palau macam tu je. Satu lagi jelingan yang aku syak tajamnya lebih dari pisau belati aku lempar pada Taufiq sebelum aku bangun semula untuk pergi beratur ambil cendol.

Yang sebenarnya, aku bukan sentap betul-betul pun. Acah je la. Sajalah nak gertak kawan-kawan aku tu. Biar diorang rasa bersalah teruk. Siapa suruh pergi petik nama aku tadi?

Dan yang sebenarnya lagi, aku memang nak pergi beratur ambil cendol. Dari tadi tau aku nak makan pemanis mulut kegemaran aku tu. Tapi booth tu tak pernah lengang. Kemain panjang queue. Kalini ni tak kira! Panjang pun panjanglah. Aku lagi rela beratur dari menghadap senyuman syaithon dan usikan puaka dari kawan-kawan yang juga puaka.

Dan-dan aku teringat Deris. Kawan baik aku tu mesti takkan buli aku macam diorang. Aku yakin kalau Deris tak busy ke hulu ke hilir dengan Lady Non,  mesti dia offer diri jadi wakil dari kawan universiti merenjis tepung tawar tadi tu. Deris takkan biar aku aku malu macam tadi. Dia rela jadi pengganti. Itu aku pasti.

"Ifti..."

"Shushh!" Aku hantar insyarat diam pada Daus sebelum berpaling untuk meninggalkan meja.
Sempat lagi aku capai fon lepas teringat Deris bagitahu dia ada hantar gambar manusia yang buat aku terbodohkan diri depan khalayak.

Relaks, Ifti...relaks. Rasa bodoh tu tolak tepi sebab benda dah jadi kan  Mana boleh patah balik. Kita perlu jalan terus ke depan. Jangan tengok belakang. Jangan dikenang benda yang dah lepas. Tak ke? 

Ya, betul! Aku memang tengah tenangkan diri sendiri sebenarnya ni. Mana mungkinlah aku mampu tolak rasa bodoh tu seratus peratus. Aku masih belum move on dari rasa malu sepenuhnya. Haih, Ifti! Kenapalah aku boleh pergi buat benda bodoh macam tu?

"Ifti!"

Aku kejung sekejap lepas nama aku dipanggil dari belakang.

Eh? Kenapa macam kenal aje suara tu? Macam suara--

"Ifti! Ya Allah..."

Riak tergamam skala sepuluh aku yakin terpampang di wajah sekarang. "Aunty?" Kalaulah watak aku ni kartun, memang dah melantun-lantun biji mata aku terkeluar dari kelopak. Punyalah terkejut dengan kemunculan potential mak mertua yang tak disangka-sangka. Adakah aunty Murni turun dari langit? Boleh pulak tiba-tiba ada dekat depan aku.

"Tak sangka kita berjumpa dekat sini." Lengan aku dicuit dulu sebelum ditepuk-tepuk perlahan. 

"Itu la aunty... Tak sangka betul boleh jumpa jiran sebelah rumah jauh sampai sini." Aku ikut senyum dengan cara manis yang sama macam aunty Murni senyum pada aku.

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now