Mikael: Bab 8

1.9K 171 10
                                    

SEPASANG mataku memerhatikan Mikael yang sedang sibuk menanda buku pelajar-pelajarnya. Tak angkat muka langsung pandang isteri dia yang cantik ni ha. Sesekali Mikael menggeliat sikit untuk membetulkan semula uratnya yang terasa kejang dan sakit. Aku menggigit bibir.

"Abang." Seruku dengan lembut.

Mikael mengangkat wajah memandangku. Sepasang matanya yang fokus menatap wajahku membuatkan aku menguntum senyuman. Aku buka ikatan rambutku didepannya lalu dikibas sedikit bersama-sama senyuman menggoda.

"Kitten buat iklan rambut ke?" Soalan Mikael mematikan senyumanku. Terbang mood nak mengurat dia tadi. Mikael ni tak sweet langsung!

"Bukanlah. Saya buat gaya menggoda depan abang ni. Tergoda tak?" soalku semula.

Mikael merenungku.

Aku saja jatuhkan sedikit bajuku sehingga mendedahkan bahu. Muka manja ditayangkan di depan Mikael dengan harapan Mikael akan tergoda. Tapi Mikael masih sibuk dengan buku pelajar-pelajarnya. Takkanlah tulisan pelajar dia tu lagi cantik dari muka aku? Hello, ini Nada Hania okey. Perempuan paling cantik yang Iman Mikael pernah bertemu!

"Abanggg!"

"Kitten. Abang tahu Kitten nak abang manja-manja dengan Kitten. Kitten pergi masuk bilik dulu okey? Nanti abang peluk Kitten." Tuturnya dengan lembut.

Aku memuncungkan bibir.

"Kenapa pula buat muncung macam tu?"

"Abang tak sayang saya. Saya dan baby rasa sangat-sangat sedih." Ujarku dengan muka mengada. Lantaklah kalau orang jumpa aku dia kata aku ni gedik dengan Mikael. Suka hati akulah aku nak gedik atau apa sebabnya Mikael itu suami aku.

Dia aje tempatnya aku nak menggedik.

"Abang tak layan saya. Saya bawa tiga helai baju balik rumah saya." Omelku dengan penuh rajuk. Mikael ketawa lembut. Suara dia gelak pun buat aku cair. Mikael menolak kerusinya ke belakang lalu dia menepuk ribanya.

"Meh duduk atas riba abang." Gamitnya.

Tanpa membuang masa terus saja aku melabuhkan punggung diatas ribanya. Mikael sambung melakukan kerjanya. Semasa dia buat kerja aku tiliklah muka dia. Aku cium rambut dia. Haih, mengandung ni buat aku rasa addict dengan suami aku sendiri. Aku cium sekilas pipi dia.

Aku sandar pada bahu dia. Mikael mengusap lembut pinggangku tapi dia masih fokus melakukan kerjanya. Aku ni tak cantik ke?

"Saya gemuk ke sejak mengandung ni?" soalku ingin tahu.

"Hah?" Mikael memandangku hairan.

"Taklah. Abang macam dah tak berminat dengan saya. Mesti sebab saya gemuk sejak mengandung ni kan? Saya dah tak seksi sangat. Saya dah tak cantik. Orang luar lagi cantik dari saya. Nanti dia orang mesti senang nak rampas abang." Aku mula bertutur dengan nada lirih.

Mikael menekup pipiku.

"Apa cakap macam tu? Kitten ingat abang ni senang sangat ke nak kena tunduk dengan perempuan? Kalau betul abang senang tergoda dengan perempuan lain dari dulu lagi abang dah ada perempuan lain." Omelnya.

Aku diam.

"Abang nak siapkan menanda ni sebab esok pengetua nak buku budak-buxak ni. Pengetua nak periksa. Abang tak siap tanda nanti apa yang abang nak jawab? Kitten nak tengok abang kena marah ke?" lembut suaranya menyoalku.

Aku menggeleng perlahan.

"So, isteri abang yang cantik dan seksi ni kena duduk diam-diam sebab abang nak buat kerja."

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now